"Dik, bila hang nak pi honeymoon?"tanya ibu.
Psttt!!
Terus tersembur air oren yang aku minum. Eliza yang duduk disebelah aku menepuk belakang badan aku.
"Awak ni.. apa pergi tanya pasal tu masa budak tu tengah makan. Kalau tercekik masuk hospital macam mana"kata papa.
"Saya tanya ja bang. Dari membaziaq cuti duk kat ghumah, baik pi honeymoon. Dapat lah depa ni pereratkan hubungan depa"kata ibu.
"Ibu, toksah lah baziaq duit pi honeymoon. Baik simpan duit untuk masa depan. Kut-kutlah sat gi ibu bagi adik ni, adik"usik ku.
"Hang duk melalut apa dik? Sepatutnya hang tu kena bagi ibu dengan papa ni cucu. Hang tu bukannya muda lagi. Dah 27 taun dah. Sat gi susah dapat anak baghu hang tau. Ghazli ni tak pa, lelaki tak dak tarikh luput. Perempuan ja hak ada expired date"bebel ibu. Tak pasai-pasai aku kena bletiaq.
"Allah awaknya.. sudah lah.. depan rezeki ni tak payahlah membebel sangat. Tak elok. Cuba makan je diam-diam. Ada je dia ni nak bercakap. Budak tu baru je kawin. Biarlah dia merasa hidup berdua dulu. Si...buk nak kan cucu"bidas papa pula. Terus terdiam ibu tidak berkutik.
Aku sekadar mengemam bibir menahan tawa dari meletus. Nasi aku sumbat ke dalam mulut. Melihat abang malieq dan Abang Raqil yang turun menahan tawa, mambuatkan rasa ingin tergelak aku membuak-buak. Cepat-cepat aku hapuskan rasa itu dengan menyumbat cebisan ayam ke dalam mulut. Kalau tidak, mahu seminggu nak memujuk tu.
▪️▪️▪️
Hari berlalu dengan pantas. Sudah seminggu berlalu, tidak sangka aku sudah seminggu menjadi isteri kepada Ghazli Alamshah. Setiap hari aku terpaksa menghadap muka dia. Dekat office pun menghadap muka dia, dekat rumah pun menghadap muka dia. Naik bosan aku rasanya. Ditambah pula dengan mulut pedas Ghazli tu. Setiap hari jugalah aku terpaksa dengar sindiran pedas dia tu.
Pintu kereta milik aku, aku buka lalu badan ku bolos masuk. Pintu kereta aku tarik bagi menutupnya kembali, tetapi ditahan oleh satu tangan kekar. Terus aku keluar dari kereta bagi berhadapan dengan empunya tangan.
"What wrong with you?! Eh! Boleh tak kau jangan ganggu hidup aku. Semak tahu tak!"marah ku.
"Tya please. Give me one more chance. I janji I akan bahagiakan you".
"Eh! Amirul! Kau dah gila ke apa? Aku ni isteri orang. Kau tak faham bahasa melayu ke? I'm married!". Tengking aku. Lelaki macam tu dah tak boleh bercakap secara baik.
"Jom ikut I"Amirul menarik tangan aku mengikutinya. Aku meronta menarik kembali tangan aku.
"Eh! Kau dah kenapa Amir? Kita nak pergi mana?!".
"Pergi mahkamah untuk failkan cerai kau dengan orang tua tu"tuntas Amirul. Lantas aku merentap tangan aku dari pegangan Amirul.
"Kau ingat, kalau aku bercerai dengan dia, aku nak kahwin dengan kau ke? Huh? Eh! Lelaki macam kau ni.. tak layak untuk aku bagi peluang. Dah banyak kali dah aku bagi kau peluang. Tapi apa kau buat? Kau sia-siakan peluang tu. Tetap dengan perangai buaya kau! Tukar ganti perempuan! Dah lah! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Berambus!"halau ku. Kaki ku atur kembali ke kereta. Kereta ku pandu keluar dari kawasan parkin. Sempat aku memberi renungan tajam kepada Amirul yang masih berdiri disitu.
Monitor komputer riba aku tenung. Jemari aku silang lalu aku tongkat ke dagu. Fikiran aku melayang entah ke mana. Kejadian petang tadi kini bermain di kotak fikiran aku.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...