Bab 14

6.7K 225 14
                                    

Aku duduk termenung memandang laut yang luas. Angin sepoi-sepoi bertiup mengibarkan rambut aku yang sudah mula memanjang sedikit dari paras bahu.

"Ui! Termenung jauh nampak"sergah Eliza.

"Eloklah.. aku termenung. Daripada bergaduh dengan bapak kau"jawab ku kembali merenung laut.

"Ish.. tak bestlah macam ni. Kita datang sini nak picnic tau. Bukan nak layan perasaan"Eliza sedikit cemberut.

Aku menoleh melihat Eliza. Mata aku larikan ke arah Ghazli yang seronok berborak dengan adik beradiknya. Masalahnya sekarang ni. Kenapa si Eliza ni ajak aku picnic sekali dengan keluarga besar dia? Tak ke terkebil-kebil aku dekat situ. Dengan tak kenal sesiapanya.

"Ni, aku nak tanya kau sikit"anak mata aku memandang Eliza kembali.

"Tanyalah. Apa dia?".

"Kau apasal ajak aku sekali? Ni picnic family kau tau".

"Kau kan bakal ibu tiri aku. Mestilah kene ajak"dengan selamba badaknya Eliza menjawab dengan sengihan.

Puk!

"Aduh.. sakit lah.."Eliza mengaduh. Tangannya naik menggosok kepalanya yang ditepuk oleh aku. Aku sedikit terkejut. Kuat juga aku tepuk si Eliza tu sampai nak terbalik dia.

"Kau nak sangatkan aku jadi mak tiri kau"kata ku puas.

"Kalau ya pun, tak payahlah tepuk aku!"macam nak menangis dah aku tengok si Eliza ni.

"Aku ingat nak hempuk sikit je. Tapi terkuat pula. Hahahahaha.. anggaplah tu salam perkenalan dari mak tiri kepada anak tiri ya"aku tertawa geli hati.


Seorang lelaki berusia 30 an menoleh ke arah aku dan Eliza tanpa aku sedari. Lelaki itu sekadar memerhati dari jauh.

"Achik, aku nak tanya kau sikit"lelaki itu bersuara.

"Apa dia?".

"Bakal bini kau tu.. muda lagikan. Kau tak rasa janggal ke nak peristerikan perempuan muda?"Soal lelaki itu. Sepasang anak mata memandang ke arah aku dan Eliza. Beberapa ketika selepas itu, pandangan dilarikan kembali.

"Kalau janggal pun nak buat macam mana. Lagi dua bulan aku kena kahwin. Hadap je lah".

"Seronoklah anak kau lepas ni chik, dapat mak tiri sekepala"sampuk seorang lagi lelaki berusia 50 an.

"Aish! Sudahlah. Aku malas lah nak cakap pasal ni".

▪️▪️▪️

Aku berdiri di hadapan cermin sambil mengemaskan bleazer yang tersarung di badan aku. Rambut aku ikat rendah bagi menampakkan aku sedikit matang. Setelah berpuas hati dengan penampilan aku, aku mengcapai beg tangan lalu aku mengorak langkah keluar dari bilik.

Langkah aku terhenti apabila aku bertembung dengan Raqil di tangga. Dia memandang aku dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Kau pahal pandang aku?"tanya aku sedikit kasar. Aku masih lagi terguris dengan dua abang aku tu.

"Tak ada apa"jawab Raqil berserta gelengan. Aku terus menapak menuruni anak tangga. Malas mahu berlama disitu. Raqil hanya memandang aku turun.

"Morning ibu, papa". Sapa aku melabuhkan duduk di meja makan.

"Wah.. cantik adik hari ni. Nak pergi mana?"tanya papa.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now