Bab 16

6.8K 231 18
                                    

Aku tiba di sebuah restoran dimana aku akan bertemu dengan suplier pertama untuk project kali ini. Senyuman aku yang tadinya melebar terus mati apabila melihat Ghazli sudah ada di meja reservation. Apa pasal dia ada jugak.

Aku melangkah menghampiri meja. Pandangan penuh kebencian aku lemparkan ke arah Ghazli yang bersandar pada kerusi sambil merenung telefon bimbitnya.

"Pak cik buat apa dekat sini?"tanya ku berdiri si sisinya sambil berpeluk tubuh.

Ghazli terus menoleh. Anak matanya memandang aku dari bawah hinggalah naik ke laman wajah aku. Serta merta dahinya berkerut.

"Kau pakai apa ni?"tanya Ghazli.

"Bajulah. Takkan tak kenal baju kut"jawab aku menarik kerusi di sebelah Ghazli lalu melabuhkan duduk ku.

"Aku kenallah baju. Tapi baju yang aku kenal tak adalah macam ni. Eh! Kita nak jumpa suplier tau"kata Ghazli.

"Apa? Salah ke kalau Tya pakai macam ni. Still in office attire".balas aku.

"Suka hati kau lah"Ghazli sudah tidak mampu untuk berdebat. Aku tersenyum kemenangan. Bila dilihat pada diri aku, tak adalah terlebih sangat cara permakaian aku. Aku hanya mengenakan blouse lower cut dan mengenakan skirt atas lutut. Over ke macam tu?.

Tidak lama kemudian, orang yang di tunggu-tunggu akhirnya memunculkan diri. Aku dan Ghazli bangun dari duduk lalu berjabat tangan dengan orang itu.

"Thank you for coming dato' even you so busy" tutur ku mesra.

"I mesti datang kalau anak gadis Khalid nak jumpa I"kata Dato' menarik senyum.

"Alah.. dato' ni.. oh ya! This is my project partner. Kenalkan Encik Ghazli Alamshah"ujar ku. Ghazli dan Dato' berjabat tangan.

"Okay have a seat dato'"jemput ku.

"Shall we start our discussion?"tanya aku lagi.

"Okay. Teruskan"kata Dato'.

Aku memulakan penerangan aku mengenai project yang akan dijalankan. Setiap perincian aku jelaskan satu persatu. Aku juga perasan yang wajah Dato' tidak lepas dari tersenyum memandang aku. Hanya sesekali sahaja dia memandang Ghazli. Itu pun jika Ghazli berbicara.


"So, dato' setuju ke untuk ambil tander ni?"tanya ku kepada dato'

"Of course I setuju."jawab Dato'.

"Thank god. So, our clerk will do the calculation for the cost. And we will proceed with the payment". Jelas ku.

"Okay. That good".

"Thank you again for coming. I hope we can cooperate during this project".

"You are welcome". Dato' menapak ke arah parkin di mana letaknya kereta miliknya. Sempat pula Dato' itu melambai ke arah aku sebelum badannya masuk ke dalam perut kereta.

"Kau jangan nak menggedik sangat boleh?"sembur Ghazli secara tiba-tiba.

Aku menoleh ke sisi dengan wajah yang berkerut. Apa kena dengan orang tua ni.

"Apa masalah pakcik sekarang ni? Sehari kalau tak cari pasal dengan Tya memang tak aman ke hidup pakcik. Ke hidup pakcik ni memang suka cari pasal dengan orang!"bidas aku.

"Kau ingat aku tak nampak apa yang Dato' tu buat dekat kau. Pegang-pegang tangan. Kau ingat elok ke? Oh.. ini lah trick kau untuk goda suplier. Murah sangat ke macam tu?".

Pang!

Terteleng kepala Ghazli menerima tamparan dari aku. Tahap kesabaran aku sudah sampai kemuncak. Dia ingat dia tu bakal suami aku, dia boleh hina aku sesuka hati ke?

"Enough Ghazli! Aku dah lama bersabar dengan kau! Aku tahu aku ni liar. Bebas bergaul. Tapi aku masih lagi ada maruah! Aku masih ada harga diri. Kau ingat, kau tu bakal suami aku. Kau boleh pijak aku macam semut?!"tengking ku. Mata aku sudah mula berkaca. Tanpa berlama disitu, aku terus melangkah pergi.

Ghazli hanya menghantar kepergian aku. Dia hanya berdiri kaku dihadapan restoran sehinggalah kereta milik aku hilang dari pandangan.

'You are to much Ghazli'desis hatinya.

▪️▪️▪️

Sudah seminggu kejadian aku menampar Ghazli berlalu. Itulah kali pertama aku menampar wajah maskulin milik Ghazli. Aku tidak mahu bersemuka dengannya. Setiap kali mesyuarat, aku memutuskan untuk mewakilkan abang Malieq sahaja. Dan hari ini juga, aku menyuruh Abang Malieq menggantikan aku untuk mesyuarat bersama suplier dan ahli kerjasama yang lain.

"Malieq, adik tak masuk meeting juga ke hari ni?"tanya papa kepada Malieq.

"Tak, pa. Malieq pun tak tahu apa masalah adik. Bila Malieq tanya dia cakap malas. Itu je"jelas Malieq.

"Haih.. bilalah adik tu nak berubah. Okaylah. Mari kita mulakan mesyuarat kita hari ini"kata papa.

'Dia tak masuk meeting lagi ke hari ni? Patut ke aku pergi minta maaf. Salah aku ke?'gumam hati Ghazli.


Aku mengemas barang-barang untuk pergi makan tengah hari. Beg tangan aku capai lalu aku melangkah keluar dari pejabat aku ke meja Raudah.

"Assalamualaikum.."sahut aku sambil mengetuk meja Raudah.

"Eh! Bos.. cepatnya".kata Raudah.

"Apa ni? Tak payahlah panggil bos. We are in the same age"kata ku.

"Tak selesalah kalau tak panggil bos".

"Raudah.. aku ni business manager je tau. Tak perlu nak panggil bos sangat. Panggil Tya pun dah cukup".

"Baiklah Tya.. so, nak makan dekat mana ni?"tanya Raudah.

"Ha.. itu rahsia. Jom". Aku memaut lengan Raudah dan beriringan turun ke lobi. Sepanjang aku bekerja di syarikat papa, pekerja yang aku paling rapat ialah Raudah. Dia bukanlah PA aku. Dia cuma kerani biasa. Tapi, aku lebih selesa bercakap dengan dia berbanding pekerja aku yang lain.

Aku dan Raudah menapak keluar dari lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Tawa kami terhenti apabila anak mata kami terkunci pada sebuah kereta kelabu dihadapan pintu utama.

"Tya, aku rasa kita keluar makan lain kali jelah ye. Tu bakal suami kau dah sampai"kata Raudah.

"Tak nak lah. Aku nak makan dengan kau. Jom. Abaikan dia. Buat-buat macam kau tak nampak"ajak aku. Raudah rasa serba salah.

Aku dan Raudah menuruni tangga dan terus melangkah melepasi empunya kereta itu.

"Etyani Meerlina"kaki kami terhenti apabila nama aku diseru.

"Tya, kau pergi jelah. Nanti angin puting beliung keluar"bisik Raudah.

"Tak nak.. dia dah buat aku sakit hati. Buat apa aku nak ikut cakap dia"balas aku berbisik.

"Etyani Meerlina!"sekali lagi nama aku diseru.

"Kau pergi jelah. Okay. Bye"pantas Raudah berlari anak meninggalkan aku disitu. Bibir aku muncungkan. Dengan keterpaksaan aku berpaling menghadap pakcik berlagak tu.

"Masuk dalam kereta"arahnya.

"Tsk! Hishh!! Suka hati nak arah orang. Macamlah aku ni bini dia. Dia ingat dia tu siapa? Tak boleh ke biar aku hidup dengan aman"omel aku seraya menapak menghampiri kereta Ghazli.

Pintu bahagian penumpang aku buka. Badan aku bolos memasuki perut kereta dengan wajah cemberut. Pintu aku hempas kuat tanda protes. Ghazli juga turut sama memasuki kereta.

Ghazli memandu keretanya keluar dari perkarangan Khalid Treading Sdn. Bhd.


Bersambung da...

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now