Telinga aku seperti mendengar alunan ayat suci Al-Quran. Sungguh mendayu alunan suaranya. Sepertinya aku mengenali akan suara itu. Tetapi, mata aku tidak memberi kerjasama untuk aku melihat si pemilik suara itu. Rindu, Ya aku rindu akan suara itu. Sakit, Ya aku masih sakit dengan apa yang dia lakukan. Tapi kenapa badan aku begitu berat untuk bangun. Adakah aku telah meninggalkan dunia ini. Ya Allah, kau berikanlah aku kesempatan untuk melihat anak aku.
Aku cuba untuk menggerakkan jari aku tetapi tidak berjaya. Nafas ku tarik dalam. Dengan lafaz bismillah dan laungan nama Allah, kelopak mata aku serta-merta terbuka luas.
Perkara pertama yang menyinggah kornea mata aku adalah siling putih. Aku masih lagi berada di hospital. Bebola mata aku gerakkan ke tepi. Figura Ghazli yang memegang Yassin aku pandang. Raut wajahnya jelas menyatakan bahawa dia terkejut melihat aku yang tiba-tiba sahaja tersedar.
"Sayang"tegur Ghazli yang masih lagi terkejut.
"A..bang"tutur ku serak. Lantas Ghazli menutup buku yassin ditangannya lalu memeluk aku yang masih terbaring. Pelukan di leraikan dan dia bergegas keluar untuk memanggil doktor.
Ghazli berdiri di luar sambil menunggu doktor yang memeriksa aku keluar. Tika itu, ibu dan papa tiba datang menghampiri Ghazli dalam keadaan tergopoh-gapah.
"Tya macam mana?"tanya papa.
"Dia dah sedar. Sekarang doktor tengah periksa"Ghazli menjawab. Dia sudah pun mendapat kemaafan dari ibu dan papa aku dengan bersyarat agar dia menjaga aku sehingga aku sedar semula. Dan dia kotakan syaratnya itu.
Pintu wad di kuak. Doktor keluar bersama dengan seorang jururawat. Jururawat itu berlalu ke tempat kerjanya meninggalkan doktor untuk berhadapan dengan ibu, papa dan Ghazli.
"Alhamdulillah. Keadaan puan Tya sudah kembali sedia kala. Tiada sebarang kesan sampingan yang berlaku. Buat masa ni, saya minta agar tuan dan puan tidak terlalu banyak menyoalnya. Kerana dia masih lagi dalam keadaan keliru. Insya Allah dalam masa dua ke tiga hari lagi puan Tya akan dibenarkan pulang"jelas doktor.
"Baiklah. Terima kasih doktor. Boleh kami jenguk Tya"pinta Ghazli.
"Eh! Sila-sila"doktor pun berlalu dari situ dan mereka menapak masuk ke dalam wad.
Kelihatan, aku sedang menggendong bayi aku dan melempar senyum lebar. Inilah kali pertama aku memegang bayi aku. Sebuah permata pertama dalam hidup aku. Air mata gembira mengalir di pipi.
"Ibu, anak adik ibu"bergetar suara aku dek kerana menahan sebak.
"Ya adik, itu anak adik. Anak adik dengan Ghazli"kata ibu merapati aku. Air mata aku disekanya. Anak mata aku jatuh pada laman wajah Ghazli.
"Kau, kau buat apa dekat sini! Kenapa kau tak ada dengan aku waktu aku memerlukan kau!"herdik ku. Air mata aku makin galak merembes keluar.
"Adik, sabar dik. Ghazli datang dia nak tebus balik silap dia. Waktu adik tak sedarkan diri, seminggu dia berkampung dekat hospital ni jaga adik, jaga anak adik"jelas ibu cuba memujuk aku.
Ghazli yang berdiri di hujung katil diam seribu bahasa. Anak matanya tepat memandang ke arah aku. Renungan tajam mata aku menikam ke dalam anak matanya.
"Adik tak boleh terima dia ibu. Hati adik terlalu sakit dengan apa yang dia dah buat dekat adik bu.."tangis aku. Aku tidak sanggup lagi hidup dalam kesakitan yang dicipta oleh seorang lelaki bernama Ghazli Alamshah.
"Sayang, abang nak kita hidup bahagia macam dulu balik"ghazli cuba memujuk aku tetapi, tidak cukup untuk memujuk hati aku yang sudah terlanjur berdarah.
"Kau nak aku hidup bahagia?"soal ku. Perlahan Ghazli mengangguk kepala.
"Kau ceraikan aku Ghazli Alamshah!"tuntas aku. Ghazli terus tergamam mendengar kenyataan aku. Ibu dan papa juga turut tersentak dengan apa yang aku katakan.
Kereta milik Ghazli berhenti di perkarangan rumah ibu dan papa. Perlahan aku melangkah keluar dari kereta sambil menggendong anak aku. Ghazli pantas mendapatkan aku bagi membantu aku untuk berjalan. Tangannya aku tepis. Kaki aku menapak perlahan masuk ke dalam rumah dengan disambut oleh ibu dan atok.
Ghazli mengeluh pasrah. Pintu bahagian penumpang belakang di buka. Beg pakaian milik aku dan bayi di bawa keluar. Pintu kereta di tutup kembali dan dia melangkah masuk ke dalam rumah.
Kelihatan, aku sudah berbaring di ruang tamu yang telah disediakan oleh ibu dan atok untuk aku berpantang. Atok cukup menjaga tentang etika berpantang ni. Kalau di langgar hanya satu sahaja pantangnya, pasti akan diomelinnya.
"Li, tolong rebuskan daun serom yang atok dah bubuh dalam periuk tu. Untuk Tya mandi nanti"pinta atok kepada Ghazli. Laju Ghazli mengangguk terus menuju ke dapur.
"Tok, buat pa minta tolong dia. Biaq pi lah dia dengan bini dia nuh"kata ku.
"Aku katok pala hang sat gi. Mulut tu jaga sikit. Tengah dalam pantang duk kata lagu tu dekat laki sendighi"marah atok yang meriba anak ku.
"Awat? Betui apa. Masa Tya beranak, tak dok pun nampak batang hidung dia. Dia pi mana? Memang sah lah dia pi dekat nenek sihir nuh"sembur ku lagi dengan rasa geram.
"Hang lupa, yang dia jaga hang seminggu masa hang tak sedaq tu. Sudah, kalau aku dengaq lagi hang kata lagu tu dekat laki hang, aku tenyeh ayaq garam dalam mulut hang"cengih atok memberi amaran. Langsung senyap aku dibuatnya. Laman wajah aku berubah cemberut.
Sudah pasti apa yang aku katakan tadi didengari oleh Ghazli. Kepulan awan mendung di wajahnya tidak hilang dari hari pertaman aku sedar lagi. Setiap hari dia mendapat kata sinihan dari aku. Waktu ini, dia hanya perlu bersabar untuk mengambil hati aku kembali.
▪️▪️▪️
Sudah tiga hari aku berpantang dirumah, dan tiga hari itu jugalah Ghazli tak dapat tidur malam kerana menjaga anaknya yang asyik terjaga. Aku duduk di meja makan untuk menyantap sarapan pagi aku. Anak mata aku memandang ke arah Ghazli yang lena tidur diatas sofa.
"Tu, tak nampak lagi ka apa yang laki hang buat"tegur atok datang melabuhkan duduk disamping aku.
"Tok, apa yang dia buat tu, tak setanding rasa sakit yang Tya ghasa ni tok"jawab ku tetap mempertahankan ego aku.
"Suka hati hang lah. Apa aku kata itu jugak yang hang balaih. Ni perabih ayaq ni. Hang luah balik, aku katok pala hang"arah atok. Aku memandang kosong ke arah cawan air itu. Entah air apa yang direbusnya pun aku tak tahu. Tapi rasa dia memang aku tak boleh nak telan. Itu yang atok asyik membebel je dekat aku. Katanya untuk segarkan balik dalaman aku.
Usai makan, aku kembali duduk di atas tilam di mana tempat aku berpantang. Aku berbaring di samping bayi aku yang sedang nyenyak tidur. Selepas sahaja di mandikan tadi dan menyusu, terus dia tidur lena. Tungku yang sudah dibakar oleh atok tadi aku tuam pada bahagian rahim. Tujuannya agar rahim aku cepat kecut.
Sedang aku asyik bertungku, tiba-tiba dada aku rasa berdenyut dan sakit. Aku meletakkan tungku itu ke tepi. Badan ku angkat dari pembaringan. Wajah aku berkerut menahan sakit.
Ghazli terjaga dari lenanya. Anak matanya tertancap pada aku yang berkerut menahan rasa sakit. Pantas dia bangun dan mendapatkan aku.
"Sayang okay? Kenapa ni?"tanya Ghazli.
"Kau tak nampak aku tengah sakit ni? Pergi tanya tu kenapa?"kata Ku lancang.
"Abang tak tahu tu yang abang tanya. Boleh tak jangan marah-marah"kata Ghazli masih lagi berlembut dengan aku. Tinggi betul kesabarannya melayan aku.
"Aduh.. sakitnya.."aku mengaduh. Pandangan ku angkat melihat Ghazli yang bercangkung di hadapan aku.
"Duduk dekat sini lagi buat apa? Pergilah panggil atok". Tersentak Ghazli apabila intonasi aku sedikit meninggi. Terus dia bangkit memanggil atok.
Bersambung...
😭😭😭 tinggal 4 bab lagi. Dah nak habis dah cerita. Tak sangka lama betul author ambil masa nak siapkan cerita ni.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...