Bab 24

7K 286 22
                                    

Aku melempar pandangan aku ke arah laut yang terbentang luas dan tiada penghujung. Selendang yang terletak di kepala aku bertiup seiring angin petang yang bertiup sepoi-sepoi. Asyik aku mengelamun, sehinggakan aku tidak sedar akan kehadiran seseorang disitu.

"Jauh menung, ingat apa?"tanya orang itu. Lantas drastik aku menoleh dan kembali melihat ke arah laut.

"Ingatkan boyfriend"jawab ku selamba. Terus wajah orang itu berubah kelat. Sorotan anak mata aku melihat ke arahnya melalui ekor mata. Terus bibir aku menarik senyum.

"Tak payah lah cuak sangat. Tya fikirkan pasal masa depan jelah"jawab ku dengan tawa kecil. Terus berang muka orang tua tu bila aku cakap ingat kan boyfriend. Aik! Dah nak kalah ke?

"Mana ada cuak. Kau isteri aku. Berdosa hukumnya jika isteri mempunyai hubungan sulit dibelakang suami".

"Dah mula dah.. tazkirah dia. Pak cik, kalau nak ceramah, tunggu lepas maghrib ya? Kita jemaah ramai-ramai. Baru semua orang dapat ilmu"perli ku. Jelingan aku lemparkan.

"Okay. Kalau itu yang kau nak. Dah jom masuk. Dah nak maghrib ni. Nanti mak bising"ajaknya.

"Iyalah"aku menapak membuntutinya masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba aku terfikir. Kalau orang tua ni betul-betul buka tazkirah lepas maghrib ni macam mana? Mampos aku.

▪️▪️▪️

Aku menayangkan wajah cemberut apabila dipaksa untuk solat berjemaah. Ghazli yang duduk di bahagian imam aku jeling. Memang mengundang betul orang tua ni. Eliza yang duduk disamping aku menyiku aku apabila dia melihat memek buka aku yang buruk itu. Tak adalah buruk sangat sebenarnya.

"Kau dah kenapa?"tanya Eliza.

"Apahal aku kena heret sekali?"tanya ku pula.

"Atok yang suruh. Kau nak ke atok membebel berbakul-bakul dekat kau?"bisik Eliza.

"Memang lah tak nak. Tapi perlu ke solat berjemaah sekali".

"Atok, kalau ramai orang dekat rumah ni, mesti akan suruh solat berjemaah".

"Yelah.."

"Malam ni, Li ada nak kongsikan sedikit ilmu dengan semua orang. Atas permintaan Tya".

Mendengar sahaja Ghazli menyebut nama aku, aku terus terdiam dari bercakap dengan Eliza. Anak mata ku memandang Ghazli dingin. Memang aku cekik juga orang tua ni nanti.

"Baiklah. Seorang isteri senang untuk mendapat pahala. Dengan hanya patuh dan taat pada suami. Jadi, apabila si isteri itu mempunyai hubungan sulit dibelakang suami, apakah hukumnya Ikin?"tanya Ghazli kepada anak saudaranya.

"Berdosa"jawab Ikin.

"Betul. Begitulah sebaliknya...."

Tangan aku kepal disebalik telekung solat. Geram dengan tindakan Ghazli. Sengaja betul dia nak perli aku. Mana aku nak letak muka ni? Malu ya.


Seperti biasa, pada waktu malam aku akan menata wajah aku dengan produk kulit yang aku selalu gunakan dari umur ku belasan tahun. Sesudah itu, aku menyapu lotion pada lengan aku agar kekal lembab dan berseri. Sedang asyik aku memanjakan kulit aku, terdengar akan pintu bilik dibuka dari luar. Siapa lagi kalau bukan pakcik tua tu.

Aku tidak menoleh. Sekadar melihat dari ekor mata sahaja. Dia yang masih berkain pelikat dan berbaju melayu melabuhkan duduk di sebelah kanan. Songkok di kepala di letakkan di meja sisi.

"Kenapa pakcik malukan Tya?"tanya ku sambil melumur lotion pada bahagian kaki pula.

"Apa? Kau yang suruhkan? Aku cuma turutkan sahaja"jawab Ghazli selamba lalu merebahkan badannya.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now