Bab 18

6.7K 235 3
                                    

Suasana di dalam masjid menjadi sedikit haru disebabkan pengantin perempuan masih lagi belum tiba. Ghazli yang duduk di hadapan tok kadi memandang ke arah jam tangan di pergelangan tangannya. Lalu kepalanya menoleh ke arah pintu masjid. Masih tiada tanda-tanda bahawa pengantin perempuan akan muncul.

"Boleh saya tanya?"tok kadi mula bersuara.

"Apa dia tok"jawab encik Khalid.

"Ini jadi ke tidak nikahnya ni. Lama sangat ni. Nasib baik hari ni saya tak ada pernikahan lain"kata tok kadi.

"Jadi tok. Jalan jem agaknya. Itu yang tak sampai-sampai lagi".

"Baiklah. Kalau macam tu kita tunggulah sekejap lagi. Kalau pengantin perempuan tak datang juga, saya terpaksa minta diri dululah ya".

"Assalamualaikum, maaf kami lambat"sahut satu suara dari muka pintu masjid.

Semua mata mula menoleh ke arah suara itu datang.

"Ha.. itu pun pengantin perempuan"kata salah seorang dari pihak lelaki.

Anak mata Ghazli tidak lepas dari memandang aku sehinggalah aku selamat duduk diatas pelapik.

"Li.. sabo. Aku tahu kau nak kahwin. Tapi sabo"usik Encik Khalid.

"Kau nak rasa penumbuk aku tak? Aku rasa kau dah lama tak makan penumbuk aku"kata Ghazli.

"Okay-okay. Sorry Li. Pengantin tak elok marah-marah"Khalid tersengih membetulkan duduknya.

"Baiklah, sebelum kita mulakan, saya nak bertanyalah dekat pengantin perempuan ni. Setuju ke nak kahwin dengan pengantin lelaki ni"tanya tok kadi.

Aku mengangkat wajah aku. Aku menatap wajah papa. Laman wajah papa penuh ceria seakan menerima pernikahan paksa ini. Anak mata aku beralih pula pada ibu yang duduk di sebelah kanan aku. Kata-kata ibu semalam masih terngiang-giang di telinga aku.

'Adik dah besar, dah boleh tentukan hidup adik sendiri. Fikirlah sebaiknya'

Perlahan-lahan kepala ku angguk. Senyuman papa dicarik lebar. Tok kadi juga mengerti akan isyarat aku.

Aku memandang Ghazli yang tekun mendengar setiap tutur dari tok kadi mengenai perkahwinan. Betul ke keputusan aku ni? Dapatkah dia menjaga dan membahagiakan aku? Kali ini aku hanya redha dengan ketentuan tuhan. Jika dialah jodoh aku, aku harap dia dapat bimbing aku dan jaga aku sepertimana papa menjaga dan membesarkan aku. Dan jika dialah jodoh aku, aku harap dia dapat memberikan kasih dan sayangnya pada aku sepertimana ibu melimpahkan kasih sayangnya kepada aku.

"Aku nikah akan dikau dengan Etyani Meerlina binti Khalid dengan mas kahwinnya sebentuk cincin dan seutas gelang tunai".

"Aku terima nikahnya Etyani Meerlina binti Khalid dengan mas kahwinnya sebentuk cincin dan seutas gelang tunai".

"Macam mana saksi? Sah?".

"Sah".

"Sah".

Mendengar sahaja perkataan 'sah' keluar dari mulut abang-abang aku, terus air mata aku gugur setitis demi setitis. Jiwa aku memberontak akan apa yang sedang berlaku. Tetapi apakan daya, kini aku sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bergelar pakcik.

"Adik, hulur tangan tu. Suami adik nak sarung cincin tu"tutur ibu.

Aku tersedar dari lamunan. Wajah ku angkat melihat Ghazli yang segak berbaju melayu putih dan bersongkok melutut dihadapan aku. Tiba-tiba rasa benci mula menyelubungi jiwa.

"Tangan"kata Ghazli sepatah.

Aku tidak memberi sebarang reaksi. Hanya renungan tajam yang aku berikan. Pantas Ghazli menarik tangan aku lalu menyarungkan cincin dijari manis aku. Sungguh aku terkejut dengan tindakannya. Sesuka hati dia je tarik tangan aku.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now