Hari ini merupakan hari terakhir aku berkhemah. Aku, Eliza, Riri dan Hani mengemas khemah dan barang masing-masing. Aku memasukkan khemah yang sudah digulung ke dalam begnya. Aku menoleh memandang Eliza yang agak serious bercakap di telefon. Eliza mengerling aku sekilas seraya melakar senyum. Terus dahi aku berkerut seribu. Aku mula rasa tidak sedap hati.
"Ish! Awat aku ghasa macam tak sedap hati ja ni"kata ku sendiri.
Eliza menghampiri aku dengan senyum masih terukir dibibirnya.
"Tya, erm.. abah aku minta aku tumpang kau balik. Sebab dia outstation. Boleh.."Eliza mengerdipkan matanya meminta belas kasihan.
"Haih.. ye lah..nanti aku hantar kau balik"aku menarik senyum.
"Thank you"lantas Eliza memeluk aku.
"Ih! Lepaih. Rimas tau dak. Pi kemas barang sana"suruh ku. Aku ni tak boleh sangat orang nak peluk-peluk ni. Rimas.
Eliza hanya tersengih macam kerang busuk. Dia meninggalkan aku disitu dan menolong yang lain mengemas tapak perkhemahan.
▪️▪️▪️
Kaki ku atur menuruni bas sebaik sahaja kami tiba di kampus. Aku menapak ke bonet bas dimana memuatkan semua beg yang dibawa. Anak mata aku liar mencari beg pakaian aku. Mata aku terskru pada beg yang berada di belakang. Nafas ku hela berat.
"Tya, jom"ajak Eliza yang sudah sedia dengan beg pakaiannya.
"Sekejap. Beg aku dekat belakang tulah.. macam mana aku nak ambil ni"renget ku.
"Let me help you"satu suara menyinggah telinga aku. Sepantas kilat aku menoleh. Guess who?
"I don't need your help Amirul". Yah. Pemilik suara itu ialah Amirul. Tangan aku silang dengan bebola mata aku gulingkan.
Amirul tidak mengendahkan pertuturan aku. Dia tetap ingin membantu aku mengeluarkan beg pakaian aku dari bonet bas. Aku berdecit kesal.
Amirul menyerahkan bagasi kepada aku dengan senyuman manis terlakar dibibirnya. Aku merampas beg aku kasar. Terus aku melangkah pergi sambil menarik beg bagasi aku ke arah kereta. Eliza yang masih terpinga disitu bergegas mengikut jejak aku. Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Amirul. Nak tunggu aku cakap? Kiamat dulu agaknya.
Aku membuka bonet kereta lalu memasukkan bagasi aku ke dalam. Eliza turut memasukkan beg pakaiannya.
"Tya, kenapa kau marah sangat dengan Amirul tu?"Tanya Eliza seraya menutup bonet kereta.
Aku berpaling ke arah bas dimana Amirul masih berdiri disitu memerhati aku.
"Dia nak aku terima dia balik. Kau tahukan aku ni macam mana. Kau ingat aku nak terima dia senang-senang macam tu je ke lepas apa yang dia dah buat dekat aku? Sakit hati ni tak hilang lagi tau".
"Alah Tya.. itu cerita lamalah. Dia pun dah terima akibatnyakan. Dah bercerai dah pun"Eliza berusaha untuk memujuk aku agar memaafkan Amirul.
"Hah! Baguslah kalau di dah bercerai. Baru dia tahu erti derita aku lepas tengok dia satu katil dengan Farrah"tuntas aku. Kaki tu menapak ke pintu bahagian pemandu. Badan ku bolos masuk.
Eliza sekadar mengeluh berat dengan perangai aku. Kakinya dihayun masuk ke dalam perut kereta. Kereta aku bergerak keluar dari perkarangan kampus. Sempat aku menoleh melihat Amirul yang menghantar pandangannya mengekori kereta aku keluar dari pekarangan kampus.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...