Aku melabuhkan duduk sambil meletakkan pinggan berisi nasi dan lauk diatas meja. Aku mengambil tempat sedikit tersorok dari tetamu. Bukan segan. Saja aku mahu mengelak dari ditanya bila pula aku nak kahwin.
Aku mula menjamah makanan. Sambil sebelah tangan lagi membalas pesanan dan komen dari sosial media. Suapan aku terhenti apabila merasakan ada seseorang yang melabuhkan duduk di tempat yang sama aku duduk. Anak mata aku bergerak memerhati tanpa mengangkat kepala.
"Inilah budak zaman sekarang. Telefon tak pernah lekang dari tangan. Sampai makan pun hadap phone"tegur satu suara. Terus aku tersedak dengan kata-kata pedas itu. Gelas air aku capai lalu aku teguk rakus.
"Tya, kau okay tak ni?"tanya Eliza datang menghampiri aku. Belakang badan aku ditepuk seraya sebelah tangannya lagi meletakkan pinggan berisi makanan.
"Abah ni.. janganlah cakap macam tu"kata Eliza kepada Ghazli.
"Abah cakap perkara yang betul. Liza pun sama. Abah yang businessman ni pun tak adalah pegang phone selalu"balas Ghazli.
"Eh! Pak cik! Boleh tak pak cik jaga diri sendiri je. Tak payah nak sibuk hal orang"bidas Aku angin.
"Dah ada depan mata aku. Aku tegur. Bukannya aku tegur benda tak betul".
"Kalau tak suka, boleh je kan duduk tempat lain. Kenapa dekat sini juga pak cik nak duduk! Hugh!"marah aku. Hilang selera makan aku.
"Tya.. sabarlah. Ada betul juga abah aku tegur tu"Eliza berkata cuba untuk menenangkan aku.
"Dahlah. Hilang selera makan aku". Terus aku bangkit dan berlalu dari situ. Hangat.. hangat. Kalau aku berlama dekat situ, ada juga yang terbalik meja nanti.
"Abah.."kata Eliza bercakak pinggang.
"Biarlah dia tu. Budak tu manja sangat. Itulah jadinya bila terlalu terpengaruh dengan arus kemodenan. Bersosial, tak hormat orang tua, pakaian pun tak mencerminkan seorang perempuan yang elok".
"Liza tahu abah cuma nak tegur Tya, tapi janganlah melampau sangat. Ibu dengan papa dia pun tak adalah tegur keras macam abah".
"Mak ayah dia tak tegur tulah kita kena tegur. Tak naklah nanti menjadi buah mulut orang". Ghazli menyuakan nasi ke dalam mulutnya.
"Haih.. suka hati abah lah"Eliza menggeleng. Nasi disua ke mulut.
"Tapikan abah, kenapa abah suka sangat cari kesalahan Tya eak? Abah suka dekat kawan Liza ke?"tanya Eliza selamba. Tersedak Ghazli mendengar pertanyaan anak tunggalnya itu.
"Mustahillah. Abahkan dah ada aunty Delaila"kata Eliza lagi dan menyambung kembali santapannya.
Ghazli memandang anaknya dengan gelengan kepala. Pertanyaan Eliza tadi bagaikan tersekat di kepalanya. Apa betul dia suka mula sukakan budak itu?.
'Ish! Apahal aku terfikir pasal budak tu? Budak tu sebaya anak akulah. Bawa istighfar Ghazli'getus hatinya.
▪️▪️▪️
"Adik.. pi ambil kawah dalam stoq sat!!"pinta ibu dari halaman rumah.
"Baik ibu.."jawab ku.
Kaki aku turun dari sofa. Aku melangkah keluar dari rumah. Anak mata aku terarah pada sekumpulan mak-mak yang sedang sibuk mengupas bawang untuk merewang kerana esok merupakan majlis menyambut menantu.
Aku mengorak langkah ke halaman belakang dimana stor berada. Tiba-tiba langkah kaki aku terhenti. Muncul satu idea yang bernas keluar dari otak bijak aku ni. Terus senyum sinis terjungkit dibibir.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...