Bab 63

6.7K 164 38
                                    

"Aku nak kau ceraikan aku"anak mata aku menikam anak mata Ghazli.

"No! Abang tak akan ceraikan sayang. Abang masih sayang dan cintakan sayang. Takkan sayang tak nampak apa yang abang buat dekat sayang sepanjang sayang berpantang"Ghazli menolak permintaan aku itu. Di tetap berkeras tidak mahu melepaskan aku.

"Apa yang kau buat tak setanding dengan luka yang aku dapat"mendatar suara aku menjawab.

"Tak setanding? Apa lagi yang tak cukup? Abang dah korbankan segala-galanya untuk sayang. Apa lagi?"nada suara Ghazli bergetar.

Aku meletakkan Huraiyah Eryna di atas katil. Aku bangkit dan berhadapan dengan Ghazli.

"Kau dah korbankan perasaan aku dekat kau! Berpuluh kali Ghazli, kau minta maaf dekat aku. Tapi apa kau buat? Kau buat lagi kesilapan yang sama. Kau tak boleh nak mengelak dari Daria, sebab kau dah tidur dengan dia kan?!"marah ku. Air mata bergenang di tubir mata. Ghazli tergamam.

"Kenapa? Terkejut macam mana aku boleh tahu? Huh! Lelaki semua macam tulah. Bila sudah dihidangkan makanan, takkan di tolak rezeki dihadapan"aku bermadah sinis.

"Sayang, abang tak-".

"Tak apa? Cukuplah Ghazli. Aku penat nak hadap drama kau ni hari-hari. Aku nak.. habis je pantang hari ke 45 nanti, kau ceraikan aku"tuntas aku memotong percakapan Ghazli.

Aku mengangkat Huraiyah Eryna lalu menapak keluar dari bilik. Air jernih yang merembes di tubis mata aku lap agar tidak diketahui oleh sesiapa.

Ghazli terduduk di birai katil. Rambutnya diraup ke belakang. Fikirannya bercelaru. Apa yang harus dia lakukan. Dia masih lagi sayang akan isterinya, pada masa yang sama dia tidak dapat menceraikan Daria oleh kerana terperangkap dalam tanggungjawab yang tidak diminta olehnya.




Majlis aqiqah sudah pun berakhir. Aku yang masih mengenakan baju kurung meletakkan anak aku yang sedang tidur di atas sofa sementara aku ke dapur untuk mencuci botol susunya.

Daria memerhati anak aku dari jauh. Dengan penuh hemat, dia menapak menghampiri anak aku di atas sofa ruang tamu. Punggung dilabuhkan di samping anak aku dengan senyum sinis.

"Kau nak main dengan aku ya Tya. Kau tengok apa aku akan buat dengan anak kau"sinis Daria.

Dia mengeluarkan satu botol kecil dari poket bajunya lalu penutup botol itu di buka. Perlahan-lahan dia membawa botol di tangannya itu menghampiri mulut Huraiyah Eryna.

Eliza yang kebetulan lalu di situ melihat akan kejadian itu. Pantas dia menolak Daria menjauhi Huriayah Eryna. Tubuh Huraiyah Eryna diangkatnya lalu dibawa ke dalam dakapan erat.

"Kau buat apa ni hah!"marah Eliza.

Daria tersentak. Cepat-cepat dia menyimpan kembali botol kecil itu di dalam poket bajunya. Dalam waktu yang sama, aku dan Ghazli berlari anak menghampiri Eliza apabila terdengar akan jeritannya itu.

"Kenapa ni?"tanya ku pada Eliza.

"Nenek sihir tu nak masukkan sesuatu dalam mulut Huraiyah"kata Eliza. Dua pasang mata aku dan Ghazli menikam ke arah Daria yang duduk kecut di sofa.

"Kau buat apa hah! Dengan anak aku!"amuk ku. Darah aku mula naik.

"Mana ada aku buat apa-apa. Kau jangan nak tuduh aku sebarangan eah Liza"nafi Daria.

"Kau ingat aku buta ke?!"tengking Eliza.

Disebabkan oleh perbalahan Daria dan Eliza iu, semua yang ada di rumah itu mendapatkan kami bagi memeriksa apa yang sedang berlaku.

"Kenapa kecoh-kecoh ni? Sampai ke luar boleh dengar"tegur papa.

"Daria cuba nak bagi sesuatu dekat Huraiyah. Eliza nampak dengan mata Eliza sendiri"kata Eliza.

"Eh! Kau jangan nak tuduh anak aku melulu macam tu ya. Kau ada bukti ke?"sampuk mak ngah mempertahankan Daria.

"Abah, kalau abah tak percaya abah periksalah poket baju dia"kata Eliza.

"Kau bagi apa dekat anak aku?"giliran Ghazli pula menyoal.

"I tak bagi apa-apa pun"masih lagi menafikan.

"Aku tanya kau sekali lagi. KAU BAGI APA DEKAT ANAK AKU!"nada suara Ghazli naik seoktaf. Terhinjut bahu Daria dek kerana tengkingan Ghazli.

Daria terdiam kaku apabila semua mata memandang ke arahnya. Ghazli yang sudah hilang kesabaran disebabkan Daria berani menyentuh anaknya, lantas dia memeriksa poket baju Daria.

Tangan Ghazli terhenti di poket baju sebelah kiri. Dia dapat rasai satu botol kecil di dalam poket itu. Botol kecil itu dikeluarkan dari poket baju Daria dan jelaslah bahawa Daria cuba melakukan sesuatu terhadap Huraiyah.

"Ubat tidur?"ungkap Ghazli setelah membaca tulisan pada botol kecil itu.

Semua yang ada disitu terkejut beruk. Terutamanya aku. Aku maju untuk bersemuka dengan Daria.

"Tergamak kau nak bunuh anak aku. Apa salah dia dekat kau! Hah! Aku tak pernah pun ganggu hidup kau! Kenapa kau nak ganggu hidup aku!"marah ku terlepas. Air mata aku mula membasahi pipi.

"Aku buat semua tu sebab aku sakit hati dekat kau! Kau dah tahu aku suka dekat Ghazli sejak awal lagi. Tapi kenapa kau kahwin dengan dia?! Kau tunjukkan kebahagiaan kau dekat semua orang, habis hati aku ni! Kau tak fikir! Perkahwinan aku dengan Ghazli pun, aku yang rancang! Aku perangkap dia untuk tidur dengan aku walaupun dia mati-mati tolak untuk sentuh aku sebab dia cintakan kau! Hati aku sakit Tya! Sakit!! Tapi laki kau ni bodoh! Mudah sangat percaya dengan kata-kata aku"Daria membongkarkan segala yang terbuku di hatinya. Hasrat dengki dan busuk hatinya pada aku mendorongnya untuk melakukan segala-galanya.

Pang!

Satu das tamparan hinggap diwajah Daria. Daria memandang emaknya sambil memegang pipinya yang pijar.

"Anak tak guna! Kenapa kau busuk hati sangat ha!"marah Mak ngah setelah sedar dengan apa yang Daria lakukan.

"Mak, Daria lakukan semua ni untuk kebahagiaan Daria. You, I cuma nak you"Daria bangkit dari duduknya cuba untuk membela dirinya yang suda terang lagikan bersuluh melakukan kesalahan.

"Daria Natasya! Selepas kau melahirkan, jatuhlah talak satu ke atas kau"tuntas Ghazli. Dia menapak menaiki anak tangga dengan penuh rasa marah dan lapang di dalam dadanya.

Daria menelan kata selepas Ghazli melafazkan ta'liq ke atas Daria. Air matanya jatuh berguguran. Dengan rasa kecewa, dia menapak keluar dari rumah. Aku menyambut Huraiyah Eryna dari kendongan Eliza dengan helaan nafas lega. Ubun-ubun Huraiyah aku kucup berkali-kali tanda rasa syukur, tuhan masih memberi aku kesempatan untuk membesarkan puteri aku.

Mak ngah menapak satu persatu menghampiri aku. Wajahnya yang ditunduk menekur lantai menunjukkan bahawa dia malu untuk berdepan dengan aku.

"Tya, maafkan mak ngah. Mak ngah terlalu percaya dengan kata-kata Daria. Mak ngah minta maaf"ujar mak ngah mengalirkan air jernih.

"Tya tak pernah salahkan mak ngah. Tindakan mak ngah betul. Sebagai seorang ibu, mak ngah nak yang terbaik untuk Daria kan"ujar ku menarik senyum.

Mak ngah tidak dapat menahan tangisannya. Tubuh aku dibawa ke dalam dakapannya. Air matanya terhambur semahu-mahunya.

Syukurlah semuanya sudah terungkap. Aku masih lagi memikirkan soal Daria. Kemana dia pergi membawa diri. Ghazli, aku mungkin akan mengambil masa untuk menerima nya kembali.




Bersambung...

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now