Aku menceritakan segalanya pada Eliza. Eliza yang mendengarnya turut berasa bengang. Mulutnya tidak henti menyumpah seranah pada Daria. Rasa kesal pada abahnya pun sudah membuak-buak. Mahu saja dia menghambur kata-kata kesal pada abahnya itu.
Aku sudah tidak terdaya lagi mahu mengalirkan air mata. Hati aku seperti sudah mati dengan apa yang telah terjadi. Kenapa begitu cepat sekali Ghazli berubah. Baru sekejap aku merasa apa itu bahagia, sudah dilamun badai.
Aku duduk termenung di jendela menikmati permandangan petang yang cerah dan angin petang meniup sepoi-sepoi. Telefon bimbit aku tidak henti-henti berdering. Panggilan itu aku hiraukan.
"Buat apa dia nak call aku. Puas dia tuduh aku lepas tu nak call aku. Hati aku dah hancur buat ke sekian kalinya Ghazli. Aku dah penat nak hadap drama yang kau buat hari-hari"diksi ku sendiri dengan pandangan kosong.
Ghazli berdecit kesal apabila aku tidak menjawab panggilannya. Dia bermundar-mandir di luar wad Daria. Penat berdiri, dia melabuhkan duduk di kerusi menunggu. Telefon ditangan di tatapnya.
"Kenapa aku bodoh sangat! Kenapa dengan aku ni! Takkan disebabkan rancangan kau tu, kau nak buat Tya macam tu!"diksi Ghazli memarah diri sendiri.
"Tak payahlah nak telefon dia tu Li. Buang masa kau je"sampuk mak ngah keluar dari wad.
"Mak, Tya tu isteri saya mak. Saya tak patut buat dia macam tu. Walaupun dia ada niat nak apa-apakan Daria, saya sebagai suami kena tegur dia. Bukan menuduh dia macam tu"jawab Ghazli.
"Buat apalah nak pertahankan isteri yang tak ada hati perut macam tu"hasut mak ngah. Benci betul dia pada aku.
Ghazli mengeluh berat. Dia bangkit dari duduk dan menapak untuk pulang bagi memujuk aku dan menjelaskan segalanya kepada aku.
"Nak pergi mana tu?"soal mak ngah apabila melihat Ghazli berlalu.
"Li nak pergi jumpa Tya sekejap mak"jawab Ghazli. Walaupun begitu, rasa hormatnya pada ibu mentua tidak pernah diabaikan.
"Tak payah. Daria lagi memerlukan kau dekat sini. Tya tu mengada je lebih. Dah, masuk"arah mak ngah lantang. Nak tak nak, Ghazli terpaksa akur. Sempat dia menghantar pesanan ringkas kepada aku yang berupa kata maaf dengan apa yang dia katakan tadi.
▪️▪️▪️
Usai sahaja solat isyak, hati aku terdetik mahu membuka telefon bimbit. Aku lihat terdapat sepuluh panggilan tak dijawab dari Ghazli dan satu pesanan juga darinya melalui Whatsapp. Aku membuka pesanan itu.
Aku hanya membiarkan pesanan itu tanpa jawapan. Tiada gunanya meminta maaf kalau melakukan kesalahan yang sama.
Telefon aku matikan dan aku campak di atas katil. Aku bangun dari duduk, membuka telekung solat lalu aku sangkut pada penyangkut kain. Kaki aku menapak keluar dari bilik menuju ke dapur. Bila patah hati ni, perut pula jadi lapar.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...