Bab 19

6.9K 243 19
                                    

Majlis berjalan dengan sempurna. Ramai kawan-kawan aku yang datang dan ramai juga yang tidak menyangka bahawa aku berkahwin dengan ayah kawan sendiri. Saudara mara juga tidak putus mengucap tahniah kepada aku. Seperti biasa, aku akan lemparkan senyuman palsu. Daria? Sudah pasti dia ada. Boleh pula dia pakai baju sama warna dengan aku. Lepas tu duduk bergambar dengan Ghazli. Ee! Gediknya..Cemburu? Nehh.. never.

Aku duduk di atas sofa ruang tamu sambil melihat hadiah yang diberi. Sungguh banyak. Aku melabuhkan duduk di atas lantai dan mencapai salah satu hadiah untuk dibuka.

"Ai dik, sorang je ke? Encik suami mana?"tanya Mikael.

"Entah"jawab ku sepatah.

"Kau ni.. orang tunggulah suami dulu. Barulah buka hadiah sekali"kata Mikael mencuit bahu aku lalu dilabuhkan punggungnya di atas sofa menghadap aku.

"Abang, kau ada nampak muka aku ni kesah tak? Tak adakan. So, tak perlu tanya pasal pakcik tu"cengih aku. Kertas pembalut hadiah aku koyakkan. Terus terkesima aku melihat kotak airfryer disebalik kertas pembalut itu.

"Wow! Seriously. Abang, cuba kau tengok ni"kataku.

"Uish! Bapak airfryer. Siapa bagi?"tanya Mikael.

"Riri"aku menarik senyum gembira.

"Hui! Awal kau buka hadiah"sapa Eliza mencuit bahu aku.

"Of courselah.. aku duk perhati je dari tadi"kata ku.

"Eliza tidur sini ya malam ni. Lola dah siapkan bilik Eliza"kata ibu kepada Eliza. Terbeliak mata aku mendengar panggilan ibu kepada Eliza.

"Lola? Ibu.. apa ni.."renget ku.

"Habis tu takkan nak suruh Eliza panggil ibu ni aunty. Dia tu dah jadi cucu ibu tau"balas ibu. Terus meremang bulu roma aku bila mendengar perkataan cucu.

"Ma.."

"Hang toksah mengada-ngada nak panggil aku mama. Aku sepak hang satgi herot mulut tu. Tak pasai-pasai makan pakai straw"pantas aku memotong. Aku dah tahu apa yang dia nak panggil. Ee! Geli!.

"Adik, tak baik cakap lagu tu"marah ibu. Eliza tergelas kecil.

"Sukalah kaukan tengok aku kena marah"laju je tangan aku mencubit pinggang Eliza.

"Uish! Menantu aku dah turun"sapa papa. Kepala aku terus menoleh ke arah tangga. Terlihat akan Ghazli yang memakai baju tshirt dan berkain pelikat menuruni tangga. Lantas aku menjeling.

"Kau ni.. boleh tak simpan sewel kau tu sikit. Patutlah anak kau pun tak berapa nak betul"kata Ghazli.

"Siapa?"tanya papa kembali.

Anak mata Ghazli bergerak ke arah aku. Papa mengangguk faham. Ghazli melabuhkan duduknya di sebelah aku. Hadiah yang ada di tangan aku dirampas lalu dibukanya apabila melihat aku yang bersusah payah mahu membuka.

"Lain kali pakai gunting"bidas Ghazli.

"Suka hatilah"balas ku.

"Apa ni?"tanya ku sendiri. Tangan aku menyentuh sesuatu didalam kotak itu.

"Oh itu hadiah dari aku. Kau mesti suka"sampuk Eliza.

"Kau bagi apa?"aku memandang Eliza tajam.

"Tengok lah dulu"Eliza tersengih.

Aku menarik keluar hadiah itu. Membulat mata aku melihat apa yang diberi oleh Eliza. Ghazli dan yang lain turut terkesima.

"Fuyoo! Sexy siot"ujar Raqil.

Pantas aku menyorokkannya. Boleh pula si Eliza ni beli pijamas seksi dekat aku. Memang nak kena budak tiga suku ni.

"Amacam suka tak? Hehehehe.. selamat pengantin baru ye mama"usik Eliza.

"E. Li. Za! Kau memang nak kena dengan aku!"berdesup Eliza cabut lari. Aku apa lagi, tidak akan melepaskan budak itu. Pantas aku mengejar Eliza. Riuh rumah aku dengan gelak tawa.

▪️▪️▪️

Daria tidak senang duduk dari tadi. Sekejap baring, sekejap duduk, sekejap berdiri, entah apa yang menggangu fikirannya waktu ini.

"Hish! Macam mana aku nak dapatkan Ghazli dari perempuan perampas tu. Ee!! Tak boleh! Kalau Ghazli sentuh dia macam mana? No! Tapi.. dia orang dah kahwin. Ish!! Serabut lah! Lebih baik aku tidur lagi bagus. Kalau fikir pasal tu buat aku sakit hati je"omel Daria sendiri.

Badannya di rebahkan. Dia cuba untuk tidur agar melupakan apa yang bermain dikotak fikirannya. Tetapi masih tidak boleh melelapkan mata. Tiba-tiba satu idea muncul. Lantas dia turun dari katil lalu mengcapai kardigennya dan berjalan keluar dari bilik.

"Daria, nak pergi mana ni?"tegur emaknya.

"Em.. nak pergi rumah cik ngah"jawab Daria.

"Nak buat apa pergi sana? Dah malam ni. Kalau ya pun nak jumpa Tya, esok kan ada. Dah masuk tidur. Tak elok ganggu pengantin baru malam-malam"ujar ayahnya.

"Baik ayah"Daria mengeluh berat. Kakinya di hayun kembali ke dalam bilik.

Badan dihempas diatas katil. Wajahnya di tekup dengan bantal lalu dia berteriak sekuat hati melepas geram.


Aku berdiri kaku dihujung katil sambil melihat Ghazli yang ralit dengan komputer ribanya. Aku menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

'Aduh.. macam mana aku nak tidur ni'bisik hati ku.

"Yang kau tercegat dekat situ kenapa? Nak aku sorongkan bantal?"Ghazli bersuara. Matanya tidak lari dari monitor komputer ribanya.

"M..macam m..mana nak tidur?"aku menepuk mulut aku yang tiba-tiba sahaja tergagap.

"Haih.. kau baring lepas tu kau pejam mata. Itu pun nak kena ajar ke?"bidas Ghazli. Pakcik ni memang tak boleh lari dari kata-kata pedas dia tu.

"Hiish! Macam mana Tya nak tidur kalau pakcik duduk sebelah!"omel ku geram. Selimut aku selak lalu punggung aku labuhkan diatas katil.

"Eh! Aku ni suami kau. Nak tak nak, kau kena tidur dengan aku".

"Siapa nak tidur dengan pakcik!."aku berpeluk tubuh cemberut.

"Haih.. kau.."Ghazli mengeluh dan menyondongkan sedikit badannya ke arah aku. Aku terkejut dengan tindakan itu turut condong ke belakang. Oleh kerana aku duduk betul-betul di birai katil, tubuh kecil aku terus jatuh ke lantai.

"Au! Sakitnya..". Punggung yang sakit aku gosok.

"Itulah.. lain kali duduk tu elok-elok. Jangan asyik nak marah orang je"kata Ghazli melutut dihadapan aku.

Aku menjelingnya tajam. Siku aku yang turut terhentak aku gosok.

"Ni boleh bangun tak ni? Ke nak aku angkat macam petang tadi?".

Pantas aku berdiri dan aku naik ke atas katil kembali. Selimut aku tarik menutupi wajah. Terasa bahang panas mula menyerbu ke wajah. Ghazli menarik senyum.

Bersambung daa...

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now