Bab 11

6.9K 248 18
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan dipapah oleh Ghazli. Ibu yang melihat terus menghampiri aku. Terkejut ibu melihat lengan pada siku aku berbalut dan juga kaki.

"Adik, pasaipa boleh jadi lagu ni? Ghazli, awat ni?"tanya ibu.

"Nyaris kena langgar kereta tadi kak. Itulah dia. Lintas tak tengok kiri kanan"jawab Ghazli. Anak mata aku cerlung ke arah Ghazli.

Pap! Kepala aku dihempuk oleh ibu.

"Ibu! Awat pukui kepala adik? Sakit lah.."kepala ku gosok.

"Hang tu loqlaq sangat pasai pa? Nasib baik uncle ni ada. Kalau tak, hang dah mati katak dekat situ tau dak"bebel ibu.

"Ibu ni.. tak baik doa dekat anak lagu tu. Adik jalan dah elok dah. Kreta tu yang tiba-tiba muncui. Bukan salah adik".

"Melawan! Mulut tu ada ja nak menjawab. Dah, pi duduk sana. Sat gi ibu letak ais dekat kaki tu"ibu mengorak langkah ke arah dapur. Ghazli membantu aku untuk duduk diatas sofa. Eliza bingkas bangun mendekati aku.

Dari kejauhan, Daria memandang aku sinis. Cemburu agaknya bila Ghazli melayan aku baik. Terus dia mengambil langkah mendekati aku.

"Tya, kau okay tak ni?"tanya Daria.

"Aku okay. Sikit je ni"balas ku tersenyum.

"Em.. abang Ghazli okay? Ada cedera tak?"tanya Daria pada Ghazli. Terbeliak mata Eliza mendengarnya.

"Abang?"bisik Eliza terkesima.

Aku menjungkit kedua bahu aku. Malas mahu masuk campur. Bukan urusan aku pun. Lantak pi dekat dia nak panggil apa pun. Ada aku ni kisah.

▪️▪️▪️

Sepanjang hari persiapan perkahwinan Abang Raqil dan Kak Azi, pakcik tua tu mesti ada sekali. Aku pun tak tahu kenapa dia nak ada sekali. Setakat Eliza seorang je cukuplah tak payahlah dia ikut juga. Menyemak permandangan aku. Si Daria ni lagi satu. Dia ni memang tak ada rasa malu ke? Duk terkinja dekat lelaki macam tu. Tua pula tu. Acik Emi dah banyak kali nasihat. Satu pun tak didengarnya. Makin menggedik adalah..

"Tya, kaki kau macam mana? Dah okay?"sapa Daria melabuhkan duduk disebelah aku.

"Dah okay dah sikit. Esok, lusa dah boleh jalan macam biasa"jawab ku menarik senyum.

"Oo.. baguslah"kata Daria.

"Em.. boleh aku tanya kau something?"tanya Daria.

"Tanya apa?".

"Kau dengan Abang Ghazli tu ada apa-apa ke? Aku tengok kau berdua rapat semacam je"tanya Daria. Aku sedikit kegelian mendengar Daria memanggil Ghazli itu dengan panggilan 'abang'.

"Kau ingat aku ada taste ke dekat pakcik tu. Euw.. not my taste. Duda anak satu tu tau"kata ku.

"Serious? Macam mana kau tahu?"tanya Daria.

"Erm.. dia kan kawan papa. So, aku tahulah pasal tu"kata ku cuba untuk menyorokkan akan Eliza itu merupakan anak pakcik.

"Kalau macam tu, kau bagitahulah aku siapa anak dia. Boleh aku rapat dengan anak dia. Mana tahu.. kut-kut nanti aku ni boleh jadi isteri abang Ghazli tu"angan Daria.

"Daria, dia tu pangkat pakcik tau. Tak payahlah kau ber-abang bagai dengan dia. Geli aku dengar"sembur ku.

"Are you jealous?"Daria menjungkit senyum.

"Aku jealous? Huh! Dalam mimpilah Daria. Kalau setakat pakcik tu, aku boleh dapat sepuluh lelaki yang nak kan aku. Aku just tak nak kau jadi murah. Terhegeh-hegeh dekat lelaki macam tu. Kau tak malu ke?".

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now