Dua bulan sudah pun berlalu. Hari-hari aku ditemani oleh ibu sejak kejadian Ghazli menjelaskan segala perancangannya. Aku percaya dia hanya merancang mahu memerangkap Daria. Tetapi, aku tidak percaya mengenai perasaannya. Hari demi hari sikap dan perangainya makin berubah. Daria juga aku lihat dia sudah menunjukkan perubahan pada dirinya. Ikhlas atau tidak itu bukan urusan aku. Aku turut tumpang gembira kalau dia mahu berubah.
Aku duduk di halaman untuk mengambil angin petang. Melihat anak saudara aku yang girang bermain membuatkan aku turut berasa gembira.
"Mummy!"sahut Eliza yang baru pulang dari kerja berlari anak mendapatkan aku.
"Awal balik hari ni"tegur ku dengan senyum lebar.
"Dari meeting luar tadi. Boss izin balik awal. Aku apa lagi, peluang jangan di sia-siakan"jawab Eliza. Aku tertawa kecil dengan tutur kata Eliza.
Tiba-tiba tawa aku mati apabila aku merasakan ada sesuatu yang mengalir di kaki aku. Kain aku selak sedikit bagi melihat apa yang mengalir.
Membuntang mata aku apabila melihat cecair merah pekat mengalir ke kaki aku. Lantas aku menoleh ke arah Eliza. Dahi Eliza berkerut.
"Kenapa?"soal Eliza. Dia menjenguk ke arah kaki aku. Terus melopongnya melihat darah mula membasahi kaki aku. Pantas dia meneriak memanggil ibu.
"Lola! Mummy berdarah!"teriak Eliza. Ibu yang kelam kabut keluar dari rumah terus menerpa ke arah aku yang sudah berkerut menahan rasa sakit yang mula menyinggah.
"Astarghfirullah halazim.. Liza, cepat bawa mummy ke hospital"arah Ibu. Pantas Eliza dan ibu memapah aku ke kereta untuk dibawa ke hospital. Aku cuba mengawal pernafasan aku agar rasa sakit itu dapat dikurangkan.
Eliza memandu keluar dari perkarangan rumah dan meluncur laju ke hospital. Sebelah tangannya mendail nombor telefon abahnya bagi memberitahu tentang keadaan aku.
"Hello, abah. Mummy bleeding. Sekarang Liza on the way ke hospital. Abah cepat datang tau"tutur Eliza.
"Ya Allah. Okay, okay. Abah datang sekarang"jawab Ghazli. Panggilan terus dimatikan.
Eliza kembali fokus pada pemanduannya. Sesekali dia menoleh ke arah aku yang sedang menahan rasa sakit.
"Tahan sikit tau. Jangan bersalin lagi. Aku dah habis laju dah ni"kata Eliza cemas.
Ghazli menapak ke pintu sambil mengcapai kunci keretanya. Setapak kakinya mahu melangkah keluar, Daria datang menegur.
"You nak pergi mana?"soal Daria.
"Erm.. nak pergi hospital. Tya dah nak bersalin"jawab Ghazli.
"Tapi bukan due dia lagi seminggu ke?"soal Daria berkerut dahi.
"Alah! Alasan dia je tu nak Ghazli balik jumpa dia. Dia tu tak fikir ke yang Daria masih belum sihat sepenuhnya"sampuk Mak ngah.
"Mak, takkan Tya nak tipu Li pula"kata Ghazli dia berkeras mahu ke hospital.
"You, betul juga cakap mak tu. Lagi pun due Tya kan lagi seminggu"Daria mengiyakan kata-kata emaknya.
Ghazli berasa serba salah. Adakah benar Tya hanya berpura-pura demi mendapatkan perhatian dari aku. Atau dia benar benar mahu melahirkan.
"Dah.. tak payah fikir sangat pasal dia tu. Meh makan. Mak ada buat pisang goreng. Nanti dah sejuk tak sedap"ajak Mak ngah. Daria memaut lengan Ghazli dan menarik Ghazli mengikutinya ke halaman belakang.
▪️▪️▪️
Ibu dan papa tiba di hospital. Kakinya laju menapak mendapatkan Eliza yang berjalan ke hulu ke hilir di luar dewan bersalin. Dia sudah tidak keruan disitu.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...