Deringan telefon bimbit mengganggu konsentrasi Ghazli memandu. Dia mengeluarkan earbud lalu di sumbatkan ke dalam telinga terus panggilan itu di jawab.
"Assalamualaikum. Buat apa yang lambat bebeno ngangkat teleponnye tu.."
"Wa'alaikumsalam, orang tengah drive ni mak. Ada apa call Li ni?"tanya Ghazli seraya matanya fokus pada pemanduan.
"Mak nak tanya sikit ni. Ate kamu balik ke idok hujung minggu ni?".
"Tak tahu lagi mak. Kenapa?"tanya Ghazli lagi.
"Mak ingat nak buat kenduri sikit untuk kamu dengan si Tya tu".
"Kenduri apa pula mak.. tak payahlah. Malu dekat orang. Li ni dah tua mak". Tolak Ghazli tertib.
"Apa pasal tak mahunye. Eh! Kenduri belah lelaki tu wajib kamu tahu. Takde, hujung minggu ni Li balik rumah".
"Yelah mak.. nanti Li bagitahu Tya. Okay mak. Assalamualaikum". Setelah emaknya menjawab salam terus dicabutnya earbud itu dari telinganya.
"Kenapa?"tanya ku.
"Mak suruh balik hujung minggu ni. Nak buat kenduri katanya".
"Ow.. rumah mak pakcik tu dekat mana?".
"Perak. Kalau balik sana nanti aku tak nak kau pakai baju tak cukup kain kau tu. Nanti orang cakap aku tak reti ajar bini". Kata Ghazli memberi amaran. Aku hanya mendengar.
"Dan aku tak nak kau panggil aku pakcik".
"Kenapa pulak? Tya selalu panggil pakcikkan. Habis tu nak panggil apa?"cengih ku.
"Panggillah abang ke.. baby ke.. honey ke..". Terus berkerut dahi aku mendengarnya.
"Ee!.. tak nak, tak nak. Geli tahu tak"balas aku kegelian. Meremang bulu tengkuk aku. Ee.. memang taklah aku nak panggil dia macam tu.
"Habis tu, kau nak mak tahu ke kau panggil aku pakcik? Nak mak bagi tazkirah dekat kau". Laju aku menggeleng.
"Tahu pun tak nak. Jadi, panggil je apa-apa. Asalkan bukan nama aku, atau pakcik. Fullstop". Tuntas Ghazli.
Aku merengus berpeluk tubuh. Suka hati je nak mengarah orang. Huh! Ibu.. tolong adik ibu.
▪️▪️▪️
Kereta berhenti dihadapan sebuah rumah kayu yang kelihatan agak besar dan masih kukuh berdiri. Mata ku dicelikkan apabila merasakan bahawa kereta tidak lagi bergerak. Tubuh aku regangkan. Boleh tahan sakit juga belakang aku ni tidur dalam kereta.
"Dekat mana ni?"tanya ku masih mamai.
"Rumah mak. Jom turun"kata Ghazli.
Mata aku tenyeh beberapa kali. Badan aku pusingkan ke bahagian tempat duduk belakang. Terlihat Eliza masih lagi tidur. Lantas aku menepuk peha Eliza kuat sehingga menyentakkan dia dari tidur.
"Amboi.. sedap betul kau tidur. Dah! Jom turun."ajak ku. Pintu kereta aku buka lalu kaki ku menapak keluar dari perut kereta begitu juga Eliza.
"Kereta ibu dengan papa mana?"tanya ku sambil kaki menapak menghampiri Ghazli yang berada di belakang kereta.
"Nanti dia orang sampailah. Katanya nak cari buah tangan sikit".jelas Ghazli sambil mengeluarkan beg pakaian dari bonet kereta. Kepala ku angguk menerima penjelasan Ghazli itu.
"Assalamualaikum.. atok!"Laung Eliza girang sambil kakinya menjejak anak tangga kayu rumah itu.
"Wa'alaikumsalam. Ha.. sampai pun. Ingat tak sampai dah tadi"sahut emak Ghazli keluar dari dalam rumah.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...