Bab 29

6.9K 214 16
                                    

Permandangan dari luar pesawat lebih menarik perhatian aku. Aku merenung ke luar tanpa sedikit pun memandang ke sebelah dimana Ghazli berada. Panas dihati masih lagi belum surut. Akan tetapi, fikiran aku pula asyik memikirkan tentang perbualan aku dan Hani semalam. Apa benar hati aku ini sudah mengetuk rasa. Atau ini semua hanya mainan hati semata-mata.

Susah untuk aku mengiyakan perkara yang aku rasa mustahil untuk berlaku. Sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap aku, mengapa aku perlu mengambil serius soal hati. Hubungan perkahwinan ini hanya sementara.

"Excuse me miss may i know what you want for dinner?"Sapa pramugari wanita penuh tertib.

"Oh! Sorry. Erm.. give me a pasta"Jawab aku dengan senyum.

"Okay miss. Just wait for a minute. Do you want anything else?".

"No. Thanks"jawab ku lagi. Pramugari itu kembali ke pantri bagi mempersiapkan makanan buat penumpang-penumpang di business class.

Sorotan mata aku menoleh ke arah tempat duduk sebelah. Terlihat Ghazli sedang sibuk dengan komputer ribanya dan Headphone di kepala. Aku menggulingkan mata aku. Menyampah pula tengok orang tua ni. Aku kembali melihat ke luar tingkap.



Pesawat yang aku naiki tiba di lapangan terbang Italy. Aku menolak troli bagasi aku keluar balai perlepasan. Anak mata aku liar mencari seseorang yang ditugaskan untuk datang menjemput aku dan Ghazli di lapangan terbang.

"Mrs. Tya!"panggil seseorang.

Aku terpaling. Kelihatan seorang lelaki berbaju tshirt dan berjaket memegang kertas tertera nama aku diatasnya. Lantas aku menolak troli mendapatkannya begitu juga Ghazli yang berjalan seiring dengan aku.

"Welcome to Italy Mrs. Tya, Mr. Ghazli. Come, i send both of you to your apartment". Kata lelaki itu mengalu-alukan kedatangan aku dan Ghazli di Italy.

"Sure"jawab ku ringkas.

Kami berjalan menuju ke kereta milik lelaki itu. Segala beg pakaian di angkut masuk kedalam kereta dengan dibantu oleh lelaki itu.

Kereta mula bergerak ke tempat penginapan aku untuk satu minggu di Italy. Sepanjang perjalanan, mulut aku tidak henti menutur kata syukur dengan permandangan yang begitu memukau. Kota-kota di Italy sungguh cantik. Aku amat kagum dengan struktur pembinaan bangunan di sini.

▪️▪️▪️

Kami tiba ditempat menginapan. Setelah membawa segala beg masuk ke dalam apartment dengan dibantu oleh lelaki tadi, lelaki itu meminta diri untuk beredar. Sempat dia meninggalkan nombor telefon kepada Ghazli agar senang untuk dihubungi jika kami mahu berpergian ke mana-mana.

Aku melihat sekitar apartment. Boleh tahan. Tak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kaki aku menapak ke arah balkoni. Pintu balkoni ku buka. Angin sejuk bertiup memasuki ruangan. Tidak lama kemudian, aku kembali masuk ke dalam dan menutup kembali pintu balkoni. Oleh kerana Italy sekarang sedang mengalami musim sejuk, membuatkan aku tidak tahan berada di luar terlalu lama dengan berpakaian nipis.

"Kita rest dulu, lepastu kita keluar lunch"ujar Ghazli.

"Okay"sepatah sahaja yang keluar dari mulut aku.

Aku merebahkan badan aku di atas katil tanpa membuka jaket aku. Sebenarnya aku sedang mengalami jetlag sebaik sahaja tiba di lapangan terbang tadi. Aku jadi mengantuk yang teramat sangat. Tidak sampai beberapa detik aku berbaring, aku sudah lena.

Ghazli yang melihat sekadar menggeleng kepala. Dia membuka jaketnya lalu di sangkutkan pada penyangkut baju. Dia menapak ke ruang tamu lalu melabuhkan duduknya di atas sofa. Kepala dipatahkan ke kiri dan ke kanan agar menghilangkan rasa lenguh di lehernya.

"Haih.. penatnya.."keluh Ghazli. Alat kawalan televisyen di capainya lalu di onkan. Dia menyandarkan belakang badannya dan menonton televisyen yang satu apa pun dia tak faham. Dah nama pun duduk Italy. Mestilah siaran cerita tu berbahasa Italy.

Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata anaknya tempoh hari agar melepaskan aku.

"Apa kena dengan aku ni. Kalau dah suka tu cakap je lah. Janganlah nak sorok-sorok. Macam budak-budaklah kau ni Ghazli. Cakap jelah kau suka dia. Kan senang. Tak adanya kau selalu nak sakitkan hati dia hari-hari sebab nak tutup perasaan kau. Huh!"monolog Ghazli mengutuk dirinya sendiri.


Aku terjaga dari tidur apabila merasakan diri ini sudah lama melelapkan mata. Jam di tangan aku kerling. Jarum menunjukkan pukul 10.30 pagi bermakna di Italy sudah menginjak pukul 4.30 petang kerana waktu di malaysia dan Italy berbeza kurang 6 jam.

Drastik aku bangun dari pembaringan. Kaki aku hayun keluar dari bilik dan terlihat Ghazli sedang tidur diatas sofa sambil berpeluk tubuh. Kaki aku menapak menghampirinya.

"Pakcik, bangun. Pakcik!"kejut ku sambil menggoncangkan bahunya.

"Eh! Liat betul orang tua ni nak bangun. Eh! Pakcik!! Bangun lah!". Sahut aku sedikit kuat.

Kelopak mata Ghazli terbuka perlahan-lahan. Anak matanya memandang ke arah aku. Terus membulat matanya melihat aku langsung dia menjerit terkejut. Jeritan Ghazli itu turut memeranjatkan aku sehingga aku yang tadinya bercangkung terus terduduk kebelakang.

"Ish! Kenapa pakcik ni!"marah ku memukul lengan Ghazli geram.

"Mana aku tak terkejut bila tengok kau macam tu"jawab Ghazli menghosok dadanya yang mengepam laju.

"Kenapa dengan Tya?".

"Tu rambut tu. Dah macam hantu kak limah dah aku tengok. Pergi betulkan dulu. Lepas tu siap. Kita keluar makan"kata Ghazli.

Aku menyentuh rambut aku. Tanpa berlama aku beredar ke bilik untuk membetulkan rambut. Melopong aku apabila melihat keadaan rambut aku didalam cermin. Memang tak terurus.

Aku mengambil sikat rambut lalu aku basahkan sedikit dengan air dan aku sisir rambut aku agar kelihatan kemas.

Usai bersiap, aku keluar dari bilik lalu mendapatkan Ghazli yang sudah siap duduk diatas sofa menunggu aku.

"Jom"ajak aku.

Ghazli memandang aku dengan anggukkan. Kami keluar dari apartment dan berjalan kaki ke luar bangunan. Ternyata di tempat aku tinggal ini sungguh banyak restaurant yang berhampiran. Patutlah orang-orang dikota ini jarang menggunakan kereta. Kalau gunakan kereta pun jika hendak berjalan jauh sahaja.



Bersambung...

Yeay, Tya dah sampai Italy. Tak sabar nak tahu pengembaraan Tya di Italy. Berjayakan Ghazli meluahkan isi hatinya? Atau dia kekal diam membisu. Stay tune.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now