Bab 38

6.4K 182 8
                                    

Eliza menuruni anak tangga sambil meregangkan badannya. Lama betul dia tidak tidur selama ini. Memandangkan hari ini merupakan hari cutinya, dia memanfaatkan cutinya dengan tidur sepuasnya. Dia tiba-tiba berasa aneh dengan situasi rumahnya.

"Asal sunyi semacam je ni. Mana mummy dengan abah?"Eliza tertanya sendiri. Matanya liar mencari kelibat kehidupan didalam rumah itu.

Eliza menangkap bukan satu, malah dua suara dari arah halaman belakang. Kedengaran seperti sedang berbual mengenai sesuatu. Kaki Eliza perlahan-lahan menapak ke arah pintu gelangsar menembusi halaman belakang.

Terlihat akan abahnya sedang rancak berbual dengan sorang wanita lewat 40 an. Tanpa menunggu lama, dia terus menyerbu tanpa usul periksa.

"Abah! Apa abah buat ni?"soal Eliza.

"Liza, kenapa ni?"tanya Ghazli apabila Eliza tiba-tiba sahaja menyerangnya.

"Who is she? Kenapa dia ada dalam rumah kita? Sanggup abah buat mummy macam ni!"marah Eliza melulu.

"Eliza, aunty rasa Eliza dah salah faham ni"sampuk wanita itu.

"You shut up! Oh..! Kau ingat aku tak tahu muslihat kau. Kau nak rampas abah aku dari mummy kan?!"amuk Eliza.

"Liza! Apa yang kamu merepek ni?"tegah Ghazli apabila Eliza sudah mula naik angin.

"Abah ingat Liza tak tahu ke yang sebelum ni abah ada jumpa perempuan ni. Siap bertepuk tampar bagai. Apa semua tu? Bukan sekali tau Eliza nampak abah jumpa dengan dia. Dah banyak kali"hambur Eliza melepaskan geramnya.

"Enough Eliza! Jaga kelakuan kamu tu. Jangan nak tuduh orang secara melulu"tegas Ghazli apabila Eliza sudah mula melampaui batas.

"For your information, she is event planner yang abah bayar untuk buat suprise birthday mummy esok"jelas Ghazli. Terus mati kutu Eliza disitu.

"Event planner?"tutur Eliza.

"Ya. She just doing her job. Kenapa Liza tak siasat dulu sesuatu perkara sebelum membuat andaian. Tengok sekarang ni siapa yang malu?"sembur Ghazli.

"I'm sorry aunty"tutur Eliza menunduk dengan penuh rasa bersalah.

"It alright. Such a cute growing women. But make sure after this, siasat betul-betul tau"pesan wanita itu mencarik senyum. Eliza mengangguk faham.

"Okaylah Ghazli. I got to go now, i kena jumpa client i yang lain pula. Pasal esok jangan risau. I will do as you wish for"kata wanita itu sambil mengemas barang-barangnya.

"Thank you and sorry again"ucap Ghazli. Wanita menapak pergi meninggalkan Eliza dan Ghazli disitu.

Setelah bayangan wanita itu hilang dari pandangan, Ghazli mengcekak pinggangnya lalu memandang Eliza dengan pandangan tajam. Eliza menunduk takut.

"I give you a chance to depend yourself"kata Ghazli tegas.

"Sorry abah. Eliza salah. Eliza cuma tak nak abah rapat dengan perempuan yang salah. Itu je. And..."Eliza terjeda.

"And what?" Ghazli memeluk tubuh.

"Eliza nak buat satu pengakuan. Sebenarnya..."

▪️▪️▪️

Aku menutup bonet kereta lalu mengangkat plastik yang terisi barang dapur memasuki rumah. Dapur aku tuju. Segala barang aku letakkan di atas island dapur. Setelah itu, aku keluar dari dapur dan meneriak memanggil Eliza. Malah tiada sahutan.

Kaki ku atur ke tangga dan menapak menaiki anak tangga pertama. Langkah ku terhenti apabila telinga lintah aku menangkap suara perbualan yang kedengaran agak tegang dari halaman belakang. Terus kaki ku hayun ke halaman belakang.

"Eliza nak buat satu pengakuan. Sebenarnya, Eliza yang tolak mummy masuk dalam stor rumah lola dan kunci mummy dan abah dekat dalam"tutur Eliza menunduk.

"WHAT!!"terkejut Ghazli mendengar pengakuan itu. Aku yang berdiri di balik pintu gelangsar turut terkedu mendengarnya.

"Eliza minta maaf abah. Eliza dah buat kesilapan besar. Waktu tu Eliza nampak abah keluar dengan aunty tu. Eliza tak nak abah kahwin dengan aunty tu. Jadi.. Eliza ambil keputusan untuk perangkap mummy dengan abah supaya mummy dan abah kahwin"jelas Eliza masih lagi menunduk.

"Ya Allah... Eliza! Apa yang kamu dah buat ni hah?!"marah Ghazli meraup rambutnya kebelakang.

"Eliza minta maaf"tutur Eliza. Matanya mula merembeskan air jernih.

"Eliza!"sahut ku keluar dari balik pintu gelangsar. Kaki aku satu persatu melangkah menghampiri.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Eliza. Terteleng kepalanya menerima tamparan dari aku.

"Mummy?".

"Kau jangan panggil aku mummy. Tergamak kau buat aku macam ni Eliza. Aku buat salah apa dekat kau! Selama ni aku anggap kau kawan baik aku! Tapi ini yang aku dapat! Kau hancurkan hidup aku Eliza! KAU HANCURKAN HIDUP AKU!!"amuk ku seiring dengan air mata aku mengalir.

"Mum..mummy, Eliza minta maaf"rayu Eliza memegang tangan aku. Lantas aku menepis.

"Kau jangan sentuh aku! Disebabkan kau! Aku kena kutuk sebab kahwin dengan orang tua. Kau ingat aku ni apa?! Kau buat aku macam pelacur, kau tahu tak!!"amuk ku. Air mata tidak henti mengalir. Begitu juga Eliza yang menangis kesal dengan tindakan yang dia telah lakukan.

"Sayang"kata Ghazli cuba memujuk aku.

"Dan kau! Stop calling me sayang. Aku benci kau anak beranak. Aku benci! Aku tak nak tengok muka kau berdua lagi!!"marah ku lantas aku mengangkat kaki dari situ. Beg tangan di atas meja makan aku capai dan aku berlari keluar dari rumah. Badan aku bolos ke dalam kereta. Melihat Ghazli dihadapan pintu, terus aku memasuki gear reverse dan kereta aku mengundur keluar dari pagar rumah. Kereta aku pandu laju memasuki jalan raya.

Ghazli berpaling melihat Eliza terduduk diatas sofa dan masih lagi menangis. Wajahnya di tekup dengan kedua belah tangannya.

"Look what have you done. Pernah tak, sekali je. Eliza berfikir sebelum buat sesuatu perkara tu. Pernah tak!. Eliza buat abah kecewa sangat-sangat". Tuntas Ghazli menahan amarahnya.

"Habis tu Eliza nak buat apa?"soal Eliza.

"You think lah! Eliza pandai buat masalah, pandai selesaikan sendiri. I dont care how, you must bring your mummy's back and fix it back what you did"tegas Ghazli langsung keluar dari rumah.


"Assalamualaikum". Sahut Ghazli menapak masuk ke dalam rumah.

"Wa'alaikumsalam. Awat tak habaq nak mai"jawab ibu menyapa.

"Tak apa, ni aku nak tanya sikit ni".

"Tanya apa? Awat Tya buat hai lagi ka? Budak tu memang tak gheti nak berubah langsung"serbu Ibu melulu.

"Eh! Tak.. Tya okay. Ni tentang..."Ghazli mula menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku. Raut wajah ibu yang tadinya ceria terus berubah tegang. Dia mendengar teliti segala penceritaan Ghazli.

Ibu menayangkan wajah terkejut. Mulutnya ditekup dan tangannya satu lagi mengurut dada. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang disampaikan Ghazli.

"Habis tu sekarang ni Tya dekat mana?"tanya ibu sudah mula gelisah.

"Aku tak tahu. Itu yang aku datang sini ingat dia ada dekat sini". Jawab Ghazli.

"Kau dah cari dekat-dekat area sini ka Li?"tanya Ibu.

"Belum. Aku terfikir Tya akan balik sini. That why aku datang sini".

"Okay-okay. Erm.. kita tunggu Khalid balik dulu, then baru kita discuss. Aku rasa Tya tak lari jauh pun i know my daughter. Kau sabaq ya"kata Ibu cuba menyedapkan hati Ghazli yang gundah gulana.



Bersambung...

Sanggup Eliza buat macam tu dekat Tya. Kesian Tya yang jadi mangsa. Tapi, mana Tya pergi? Apa yang bakal terjadi kepada rumah tangga Tua dan Ghazli? Stay tune.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now