chapter 4

265 20 0
                                    

Haura turun dari tangga , dari tadi dia mencari kelibat Adeena dan Naula tapi tak dapat dikesan . ' Mana la dua anak itik ni pergi , haih.. ' Haura mengeluh . Dia memandang jam ditangan , dah lewat mesti Pakmat tengah tunggu dia .

Baru sahaja Haura mengangkat kepala dia terlanggar dengan seseorang . Hampir sahaja Haura terlentang kebelakang namun lelaki itu cekap menangkapnya . Haura memandang wajah gerangan yang memeluknya . Dia terkaku sejenak memandang mata helang lelaki itu .

' Haih.. You lagi ? You memang jenis jalan tak pandang depan ke ? ' Haura mengerutkan keningnya . Dia menolak tubuh Narzil dan membetulkan dirinya . ' Kalau you tu jalan tengok depan kenapa you tak elak ? ' Tanya Haura semula .

Semenjak lepas rehat tadi dia perasan yang lelaki bernama Wan Narzil ini sangatla beku ! ' Eh orang dah tolong tak terima kasih , marah pula Haura menjulingkan mata ke atas . Dia tidak membalas kata kata Narzil dan hanya pergi dengan beriak kosong

Tak ada masa dia nak layan benda benda macam ni . Tapi hairan.. Kenapa jantungnya berdetak laju saat memandang mata helang Narzil ? Haura menggeleng laju , menafikan setiap kata hatinya .

Haura berjalan ke tempat penunggu yang disediakan oleh sekolah . Dia melihat notification yang naik di apple watch nya . " kitorang dah balik , bas sampai awal tadi . Petang ni kita study , bye Haura ! "

Message dari Adeena dibiar tidak berbalas . ' Haura ! ' Haura mengangkat kepala ketika namanya diseru . Seperti dia kenal pemilik suara itu . Bibirnya mengukir senyum .

Dia berlari itik ke arah kereta . ' Akak !! ' Dua gadis itu berpelukan . ' Eee rindunye akak dengan adik akak ni.. Lama akak tunggu tau ! ' Pipi Haura dicubit . Dia ketawa kecil .

Kakak kepada Haura Aatisya , Hani Heryana . ' Haura ada kerja tadi , akak ni nak balik tak bagitaupunn ' Haura memuncungkan mulutnya . Hani terglak kecil , dia mencubit sekali lagi pipi adik perempuannya

' Comel la adik akak nii , akak saja je nak surprise Haura . Dah jumla masuk ' Haura mengangguk . Pintu dibuka oleh Hani buat adiknya . ' Thankyouuu ' Hani hanya mengangguk lalu tersenyum ke arah Haura .

Setiba dirumah , mereka berdua bergelak tawa masuk ke dalam rumah . Aii maklumla lama tak jumpa . Hani merupakan seorang athlete renang negara . Dia baru sahaja pulang dari France dengan membawa pulang piala dunia ke Malaysia .

' Lewat Haura balik ' Tegur satu suara garau menyentakkan dua gadis itu . ' Haura ada kerja tadi pa.. Tak sengaja pun nak balik lambat ' Balas Haura dengan nada perlahan .

' Can you be a punctual person next time ? Kakak kamu ni balik dari France penat penat lepastu nak tunggu kamu pula.. ' Tak meninggi suara Dato' Mokhtar tapi tegas . Haura hanya menunduk . ' I'm sorry pa.. ' Pinta Haura .

' Kerja menyusahkan orang aje ' Haura senyum kelat mendengar ayat itu . Dia terus naik ke dalam biliknya . Datin Hallen hanya menggeleng kepala dengan sikap suaminya .

' Papa , apa ni . Kesian dia.. Dia baru balik sekolah kut ' Sampuk Hani . Jujur dia juga tidak suka dengan sikap Papa nya yang terlalu tegas terhadap Haura . ' Jangan dimanja sangatkan dia Hani . Papa kesiankan kamu aje '

Balas Dato Mokhtar lalu dia menghirup air teh panas yang dibuat Datin Hallen . ' Oh ya.. Minggu depan papa ada organize majlis untuk kamu . Papa nak la juga cerita pasal kejayaan anak papa pada kawan kawan papa.. '

Hani menghela nafas berat . ' I'm not the only your daughter pa . Haura pun anak papa , she is top student for two years.. Takda pula papa nak buat majlis ke apa ' Kata Hani lalu terus naik ke atas .

' Hani.. Papa tak habis cakap lagi.. Hani ! ' Hani langsung tidak endahkan panggilan Dato Mokhtar . ' Papa enough.. Diorang penat pa.. Jangan desak anak macamtu ' Datin Hallen mengusap bahu suaminya .

Hani membuka pintu bilik . Matanya tertuju ke arah Haura yang berselumbung di dalam selimut . ' Haura.. ' Panggilnya perlahan . Namun Haura tidak mengendahkan panggilan itu . ' Haura.. Dah la tu , jangan fikir sangat apa papa cakap . Haura kenal dia macam mana kan ? '

Bahu Haura ditepuk perlahan . Diam . Masih tiada balasan . Hani menurunkan sedikit selimut yang menutupi wajah adiknya . ' Heyy.. Baby akak ni menangis hm ? ' Air mata Haura diusap dengan ibu jarinya .

Haura bingkas bangun dan mengesat air mata itu . ' Sorry kalau Haura menyusahkan akak.. ' Sayu sahaja suara itu . Lalu Haura menunduk . ' No baby.. Haura tak susahkan akak pun . Lagipun akak yang salah timing datang ambil Haura '

Kepala Haura diusap . Haura tersenyum tipis . ' Kenapa papa selalu bersikap dingin dengan Haura ? Hina sangat ke Haura ni ? Atau.. Sebab akak-- ' Belum sempat gadis itu ingin habiskan ayatnya , bibir Haura ditekap dengan jari telunjuk Hani .

' Don't talk about it again . Benda dah lepas , kita lupa aje . Itu bukan salah Haura , bukan salah sesiapa pun ' Haura hanya mematuh . Dia sedar dia tak patut cakap tentang hal itu lagi .

' Papa sayang kita sama rata , cuma cara dia tunjuk tu aje tak sama . Haura tak perlu jadi macam akak untuk banggakan Papa dengan Mommy . You just have to be your self to make them proud . But first.. Think about your feelings first.. ' Kata kata itu dihadam dengan baik .

Bagi Haura , Kakaknya adalah tulang belakangnya . Yang selalu ada dengannya . Ya kadang dia cemburu . Papa selalu lebihkan Hani berbanding dia . Dia selalu dibandingkan oleh Hani , Tak lupa juga Nawal.. Sepupunya sendiri .

' Dah , Haura dah solat ke belum ni ? Kalau belum , solat dulu . Lepastu siap . You need a ME TIME ! ' Kata Hani teruja . Haura turut tersenyum dengan tingkah laku kakaknya . Dia hanya mengangguk .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now