Chapter 9

224 19 0
                                    

Haura membuka matanya perlahan . Kepalanya terasa berdenyut kuat .
' Tisya... Tisya dah sedar sayang ? ' Buka sahaja mata tubuh Haura terus dipeluk oleh Datin Hallen . Tapi matanya teralih pada arah seorang lelaki yang hanya memeluk tubuh dibelakang mommynya .

' N-narzeel ? ' Haura bersuara lemah . Narzeel berjalan mendekati Haura . ' I'm glad yang you dah sedar.. Dua hari you tak sedarkan diri ' Haura terdiam . Dua hari ? Lama betul aku pengsan . Bisik hati Haura .

' Apa yang jadi ? I tak ingat.. ' Tanya Haura . Dia memang langsung tak tahu apa yang terjadi sekarang . Yang dia tahu dia pengsan . ' Tak perlu ingat pun.. Tisya kena berterima kasih pada Narzeel , kalau tak disebabkan dia taktahu la apa jadi pada anak mommy ni ' Kepala Haura diusap lembut .

' Thankyou.. Sebab selamatkan I ' Narzeel cuma tersenyum tipis dan mengangguk sahaja . ' Nah , this is for you . My mom yang buatkan , dia tak dapat jenguk you sebab ada kerja ' Haura mengambil huluran bekas yang berisi bubur itu .

' Ya Allah.. Susah susah je kamu ni . Terima kasih , kirim salam pada ibu kamu ' Narzeel cuma membalas senyuman atas ucapan Datin Hallen .

Pandangan mereka bertiga teralih kepada pintu yang terbuka itu . ' Ha baru nak bangun ? Ingat dah mampus dah ' Narzeel mengerut dahi mendengar butir ayat yang dikeluarkan oleh lelaki tua itu .

Dia tahu , ini mesti bapa kepada Haura . ' Papa please , show some respect . Kita ada tetamu ' Datin Hallen menegur sikap suaminya yang kurang beradab itu . ' Kamu ni siapa ? ' Tanya Dato Mokhtar dengan nada yang mendatar .

' Saya Narzeel , saya yang selamatkan Haura ' Narzeel menghulurkan tangan kepada Dato Mokhtar tapi langsung tak di pandang oleh Dato mokhtar .

' Kau buat apa dengan jantan ni Haura ? Berdua duaan dengan dia dalam library ? murah sangat ke kau ni ? ' Tanpa disoal terus dia menuduh Haura yang bukan bukan . Haura menahan air matanya dari jatuh

Sanggup papanya menuduh sebegitu teruk sekali padanya . ' Uncle.. Jangan salah faham . Haura hampir dirogol kebetulan saya ada dekat situ jadi saya selamatkan dia . Haura ni anak uncle , macam mana uncle boleh tuduh dia macam tu ? ' Dengan beraninya Narzeel menyoal .

Pandangan tajam dihadiahkan oleh Dato Mokhtar buat Narzeel . Tapi langsung lelaki itu tidak gerun . ' Sebab aku kenal la aku berani cakap ! Dia ni memang miang , menyusahkan orang sahaja kerja ' Jari ditunding ke arah Haura dengan suara yang meninggi .

' Uncle sebagai seorang ayah tak patut cakap macam tu . Kalau dia salah tak bermakna kita perlu menghukum dia sebegitu . Uncle lelaki.. Jadi didikla dia . Saya pergi dulu , Assalamualaikum ' Dato Mokhtar terdiam dengan ayat yang dilontarkan oleh Narzeel .

Haura tak dapat menahan air matanya lagi hanya menangis dalam diam . Kenapa papa benci sangat pada dia ? Dia tahu dan dia mengaku yang dia sudah buat kesalahan tapi kenapa susah sangat untuk papa maafkan dia ?

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now