Chapter 21

233 14 0
                                    

Setelah siap menghidangkan makanan di atas meja . Haura mengejut Narzeel yang tertidur dihadapan tv itu . Bahu Narzeel ditepuk perlahan . ' You.. Bangun ' Narzeel membuka mata perlahan . Wajah Haura memenuhi ruang matanya .

' Kalau mengantuk tidur la dekat atas ' Haura mengusap rambut Narzeel yang masih lagi mamai . ' Dah siap masak ? ' Tanya Narzeel . ' Dah siap dah.. Tapi you macam mengantuk je ' Balas Haura . Narzeel bangun dari baringan .

Dia menggosok sikit matanya yang masih berpisat . ' Penat sikit je ' Narzeel mengoyak senyum tipis , tangan Haura ditarik untuk duduk disebelahnya . ' Kenapa ? ' Tanya Haura yang masih tak faham dengan tindakan Narzeel .

Tangan putih Haura ditarik ke bibirnya lalu ciuman dihadiahkan di kekura tangan milik Haura . Haura mengerut dahi . ' I love you.. Haura ' Haura terkaku . 6 tahun.. Ini kali pertama dia mendengar Narzeel mengucapkan ayat itu .

Haura memandang dalam ke arah mata kuyu Narzeel . Dia perasan setiap kali dia memandang mata Narzeel , seperti ada sesuatu yang dia tak pasti . Ada sesuatu yang kurang di dalam matanya .

' You mimpi apa ni hm ? Tiba tiba je mulut manis eee ' Haura mencubit pipi Narzeel . ' Nothing.. Salah ke i cakap i love you dekat isteri i sendiri ? ' Haura menggeleng kecil . Mana ada salah , lagi dia suka ada la ! Boleh tak kalau dia nak gigit Narzeel dekat sini juga ?

' Dahla simpan je mulut manis you tu , jum makan ? ' Ajak Haura . Narzeel mengangguk . Dia bangun dari duduknya lalu mencempung badan Haura . Haura yang masih tak bersedia itu terjerit kecil . ' Eh youu !! '

Dia menepuk bidang dada Narzeel untuk menurunkannya . Narzeel tergelak kecil . ' Why sweetheart ? ' Tanya Narzeel sedikit berbisik ke telinga isterinya . ' Lepas la nanti Narzeef ke Nara ke nampak kan tak elok ' Haura menggoyangkan sedikit tubuhnya .

Tapi sikit pun tak terkesan pada si suami . ' You ajak i makan kan tadi ? So i nak makan la sekarang ni ' Narzeel mengoyak senyum sinis . ' Maksud i makan makanan bukan-- ' Haura terhenti kata saat tubuhnya diletak diatas kerusi makan .

' You fikir apa ni sweetheart ? Memang la makan makanan , if i makan you.. ' Haura dan Narzeel tersentak apabila suara Narzeef memecahkan kesunyian itu . ' Wahhh sedap bau ni.. Siapa masak ? ' Narzeef menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya disebelah kerusi Haura .

Narzeel hanya memandang adiknya dengan riak wajah beku . Potong line laaa Narzeef ni haih.. Haura terus menolak Narzeel yang mengunci pergerakkanya dengan berdiri dibelakangnya .

' Err duduk la dulu , akak nak ambil pinggan ' Haura bingkas bangun dari kerusi dan belari ke dapur . Nak lucut jantungnya bila diperlakukan begitu oleh Narzeel .

Narzeel pula memeluk tubuh dan memandang ke arah Narzeef yang mengambil bau setiap hidangan di atas meja . Kemudian dia melangut memandang abang sulungnya .

' Lah.. Kau kenapa Long ? ' Tanya Narzeef . ' Tak ada apa la , potong line la kau... ' Narzeel menjulingkan matanya ke atas . Kerusi disebelah Narzeef ditarik dan diduduknya .

Haura mencedokkan nasi ke dalam pinggan yang disua Narzeel . ' Cukup ? ' Tanya Haura . Narzeel hanya mengangguk kecil . Haura melabuhkan punggung dihadapan Narzeel .

' Haura duduk sini berapa hari ? ' Tanya Puan Adila . ' Sehari je kut umi.. Sebab lusa Haura kena balik Uni dah ' Balas Haura . Sesudu nasi itu disuap masuk ke dalam mulutnya . Puan Adila hanya mengangguk .

' Balik Uni pula berapa lama ? ' Tanya Puan Adila lagi . ' Sampai graduate , in Sha Allah kalau lepas tak lama la duduk sana '  Puan Adila mengangguk faham .

' So lepas akak grad boleh la Nara dapat anak sedara kan ? ' Tersedak Haura mendengar ayat itu . Dia meneguk airnya , tengkuknya yang tidak gatal di gosok janggal .

Narzeel tawa dalam diam melihat riaksi Haura . ' Nara ! Apa yang gedik sangat ni ? ' Puan Adila menyiku lengan anak daranya . Sibuk aje pasal anak orang , dia ingat buat anak tu macam buat nasi goreng ke ? huhu

Narzeel memerhati Haura yang masih diam membisu kerana malu . Comel pula isteri dia malu malu , merah satu muka tu . Tiba tiba muncul idea nakal dikepalanya .

Narzeel mendekatkan kakinya dengan Haura lalu dia mainkan jari kakinya di kaki Haura . Terlepas sudu yang dipegang Haura apabila merasa geli di kakinya .

Semua yang ada di meja makan itu memandang Haura . ' Haura kenapa ? ' Haura menggeleng laju . Dia mengalih pandangan memandang Narzeel . Mata dikecilkan dengan riak wajah yang garang .

Narzeel ketawa kecil dengan gelengan . Kenapa la dia ada isteri se comel Haura ni ?

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now