Chapter 70

353 16 0
                                    

' Apa nama dia ? ' Tanya Narzeel . Matanya masih tertumpu kepada anaknya yang terbuai dengan sentuhannya .

' Wan Naqeeb Aldric ' Balas Haura . Narzeel tersenyum tipis . Dia menjatuhkan ciuman atas dahi Naqeeb .

Kemudian matanya memandang Haura . Sebelah tangannya naik memegang pipi Haura .

' I'm sorry.. ' Katanya perlahan dengan air mata yang masih lagi mengalir . Haura hanya diam membisu , matanya juga turut bertakung .

Penglihatannya tiba tiba kabur . Haura memejam mata sejenak , kepalanya terasa memberat .

' Ya Allah Haura.. ' Narzeel pantas menyambut tubuh Haura yang sedikit melembik itu . Sebelah tangannya menahan tubuh Haura dan sebelah tangan menudukung Naqeeb .

' Sayang.. Bangun.. ' Bahu isterinya digongcang sedikit . Tapi mata Haura sudahpun tertutup rapat .



Nawal menghantar doctor yang datang merawat Haura dihadapan pintu rumah . Selepas kelibat doctor itu pergi , dia mengatur langkah ke bilik Haura .

Haura yang sedang lena itu ditemani oleh Narzeel yang duduk disebelah katil . Tangannya mengenggam erat tangan Haura .

' Untuk apa lagi ya kau datang ? Tak habis lagi nak sakitkan hati Haura ? Nak tipu dia apa lagi ? ' Nawal memeluk tubuh sambil bersandar di dedaun pintu .

Matanya memandang ke arah Narzeel yang tertunduk sambil mencium tangan Haura .

' Saya tahu saya salah , tapi percaya la saya betul - betul cintakan Haura . Saya langsung tak tahu tentang surat mahupun kotak tu ' Balas Narzeel dengan suara yang sedikit serak kerana menangis .

' Tak tahu kau cakap ? Habistu mana datang surat dengan gambar - gambar tu semua ? Kau jangan ingat kitorang bodoh macam kau la ! '

Suara Nawal sedikit meninggi . ' Nawal.. ' Harriz menegur dari belakang . Dia tak mahu kalau suara Nawal yang meninggi itu menganggu lena Haura atau Naqeeb .

' Kau berambus sekarang . Aku tak nak tengok muka kau , aku tak nak Haura ni bertambah sakit lagi dengan kau . Selama ni pun dia tak perlukan kau , dia lahir dan jaga anak dia sorang sorang '

' Kau dah tak ada guna pada dia.. ' Narzeel memejam mata erat . Urat dilehernya naik .

Tangan Haura kembali diletak dengan perlahan .

' Ya , aku tahu aku salah . Tapi tolong jangan salahkan Narzeel , dia tak tahu apa - apa '

' Dua orang dalam satu badan . Ya , ia wujud . Aku , aku antara salah satunya '

Nawal mengerut dahi mendengar apa yang dikata Narzeel . Dua dalam satu ?

' Narzil Athif dan Narzeel Aathif . Dua orang dalam satu badan '

' N A R Z I L . Itu aku , yang sedang bercakap sekarang '

' N A R Z E E L . Itu Narzeel yang sedang bersembunyi disebalik diri aku . Dia tak salah , yang salah aku . Aku yang gunakan Haura '

Mata iris kelabu itu menikam anak mata Nawal dan Harriz .

' Split personality Nawal . Suami Haura ada dua orang dalam badan ' Kata Harriz yang berdiri disebelah Nawal .

Nawal menelan air liur . ' Aku mengaku aku kahwin dengan Haura sebab wajah dia sama dengan Haura Medyna . Tapi selepas aku sedar yang Narzeel dah jatuh cinta dengan Haura , aku serahkan Haura pada dia dan aku langsung tak keluar '

' Sehingga la Haura tahu tentang kotak tu . Salah aku , aku yang suruh Narzeel rahsiakan semua ni . Jadi tolong , dia datang sini untuk jumpa Haura dan terangkan segalanya , bagi dia peluang . Aku janji , aku tak akan keluar lagi selepas Narzeel dan Haura berbaik '

Terang Narzil yang baru bertukar dengan Narzeel . Dia tak mahu sesiapa salahkan dirinya yang lagi satu . Dia rela dibenci kerana kesilapannya .

Tapi tidak untuk Narzeel . Ini tak adil padanya . Sekarang , dia terima segala caci makian orang padanya . Apa pun.. Dia tak akan biarkan Narzeel mengalah untuk dapatkan Haura semula .

Haura sememangnya milik Narzeel Aathif .

' Biar dorang luang masa berdua , mari kita keluar.. ' Ajak Harriz . Nawal hanya mengikut tanpa membantah . Dia masih lagi terkejut dengan apa yang didengarnya tadi .

Dia sendiri tak sangka bahawa dua orang dalam satu badan itu wujud .

' Sudah.. Jangan melopong sangat mulut tu . Lepas ni abang tak nak Nawal masuk campur hal dorang.. '

' Perasankan masa Nawal masuk bilik tadi mata Narzeel hitam ? Tapi masa dia bercakap dengan Nawal , mata dia tukar jadi kelabu '

' Itu la perbezaan Narzil dan Narzeel . Narzil sendiri bagitahu yang Narzeel tak salah , jadi Narzeel betul - betul ikhlas untuk dapatkan Haura semula.. '

Nawal menggaru kepalanya sendiri .
' Pening la abang nak faham semua ni . Rasa tak percaya , sepupu Nawal sendiri ada suami split personality . Sebelum ni tengok kat tv je '

Harriz tergelak kecil . Kepala digeleng sedikit , dia pun terkejut sebenarnya . Tapi nak buat macam mana kan ? Dah itu benda nyata .

' Abang balik dulu la , ingat jangan ganggu dorang ' Pesan Harriz sebelum dia menapak keluar dari rumah itu . Nawal hanya mengangguk .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now