Chapter 28

217 14 0
                                    

Narzeel Aathif

Matanya ralit memandang ke arah skrin laptop . Ketukan pintu menghentikan pandangannya dari terus memandang skrin laptop itu .

' Masuk ' Arahnya . Pintu dibuka dari luar . Terpaparla tubuh tinggi , sasa dan tona kulit yang hitam manis bersuit lengkap menapak masuk ke dalam pejabatnya . ' Yes Isaac ? '

Tangan disilangkan dengan mata yang tepat memandang ke arah Isaac yang menunduk dihadapannya . ' Tan Sri Kamal semakin ketatkan kawalan Tuan Narzeel , dia menambah orang orang untuk ikut gerak geri Tuan ' Kata Isaac .

Narzeel mengeluh perlahan . Kerusi kulit itu dipusing ke arah belakang memandang pandangan di luar cermin kaca itu . ' Kau rasa betul ke pilihan aku untuk terus rahsiakan Haura ? ' Soal Narzeel kepada Isaac yang masih menunduk dibelakangnnya .

' Bagi pihak Tuan.. Saya tak mampu berkata apa , tapi pihak Puan Haura.. Itu pilihan yang betul . Tuan tahu yang ancaman Puan akan lebih bahaya jika Tuan tidak merahsiakan tentang ini ' Balas Isaac dengan tegas .

' Ancaman ? ' Soal Narzeel lagi . Dia memusingkan semula kerusi kulit itu memandang Isaac . ' Tuan sendiri kenal sikap Tan Sri Kamal . Dan saya agak Tuan mesti boleh tahu apa yang Tan Sri boleh buat jika dia dapat tahu yang Tuan memperisterikan orang lain selain Liyan Maisara ' Narzeel merenung lama anak mata Isaac .

' How about.. Ancaman akan lebih bahaya yang kau cakap tadi ? ' Kedua tangannya disatukan dan ditongkatkan dibawah dagu . ' Tuan tahu tentang latar belakang keluarga Puan Haura , jadi Tuan pun mesti tahu siapa yang akan mengancam Puan di dalam keluarga Hairi '

Narzeel menyandar di kerusi . Nafas ditarik dalam . Dia buntu dengan keadaan sekarang . Dia perlu lindungi Haura dari orang orang yang sangat kejam . Dia perlu buat sesuatu untuk selamatkan Haura , meskipun nyawanya menjadi galang ganti..

Dia akan pastikan bahawa dirinya tak akan gagal sekali lagi untuk lindungi orang yang dia sayang.. Haura miliknya seorang .

Haura sibuk mengemas barang barangnya di rak . Dia sudah pun balik ke University untuk semester akhirnya .

Haura memandang ke arah telephone nya yang berbunyi . Telephone itu diambil dan tombol hijau ditekannya .
' Hai ' Mendengar perkataan itu sahaja sudah mampu buat Haura sengih sampai ke telinga .

' Sweetheart.. ? Kenapa diam ? ' Soal Narzeel di dalam talian itu . ' Tak ada apa la , you ni kenapa call ? Rindu eh~~ ? ' Soal kembali Haura dengan usikan . Sudah berapa jam dia pulang ke campus tapi baru sekarang Narzeel menelifonnya .

' So what ? Kalau i rindu pun kenapa ? I rindu isteri i juga , kang kalau i rindu Maisara.. Ada pula yang merajuk ' Narzeel tergelak kecil bila medengar rengusan kecil dari Haura .

' Oh berani you nak rindu dia ? Rindu la rindu i boleh je rindukan orang lain juga.. Afiq ke Arjuna ke tak pun i rindukan Narzeef ha.. ' Balas Haura kembali . Kali ini dia tak mahu mengalah dengan Narzeel .

' Amboi sweetheart.. I sebut satu nama je you bagi sampai tiga nama . Jangan nak gedik eh rindu orang lain tambah tambah si Afiq tu ' Ucap Narzeel dengan nada yang sedikit tegas . Cemburu ? Ya , mungkin .

' Kenapa pula tak boleh rindu Afiq ? Dia kan kawan i.. ' Haura mengoyak senyum sinis apabila dia mendengar nada seolah cemburu dari Narzeel .

' I said no , kawan ke tak no means no . Jangan ingat i tak tahu yang si Afiq tu dah lama suka you.. ' Narzeel menjulingkan matanya ke atas .

Menyampah pula rasanya bila teringatkan gossip dari orang orang nya yang berada di University yang sama dengan Haura apabila isterinya dipadankan dengan jejaka bernama Afiq Darren .

Haura tergelak kecil bila dia merasakan aura cemburu dari suaminya membuak buak . Ini yang best ni bila sakat suami hehe .

' Ehem.. Cemburu ke Tuan Narzeel ? ' Soal Haura dengan sedikit tawa dihujung ayatnya . ' Ofcourse i am.. You isteri i and only mine . Kalau boleh i tak akan benarkan mana mana lelaki pun lintas dalam otak you apatah lagi rindu . Get it sweetheart ? '

Sekali lagi Haura kembali ketawa . Tak tahu kenapa tapi dia dapat bayangkan wajah cemberut Narzeel ketika ini .

' HAHAHHAH haihla Narzeel.. Nasib kita ni jauh , kalau you depan mata i sekarang nak jee i picit pipi you tu ' Kata Haura gaya yang membayangkan bahawa Narzeel berada di depannya sekarang .

' HA HA HA seronok la seronok , nasib kita jauh kalau tak dah lama i makan you . But it's okay , you nak lari mana kan ? Nanti you balik sini juga , time tu baru you tahu siapa suami you ' Kali ini Haura pula yang terdiam .

Narzeel dibalik panggilan itu sudah tersenyum sinis . Tahu la dia bahawa Haura sudah mula rasa cuak dengan ayatnya .

' Ai sweetheart , kenapa diam ? ' Haura sudah mula tak keruan dengan ayat Narzeel . ' Sudahla , i ada banyak kerja lagi nak buat dari layan you . Bye Assalamualaikum ! ' Terus panggilan dimatikan oleh Haura .

Narzeel sudah terkekeh ketawa bila Haura mematikan panggilan . Tahu takut , dengan dia memang tidak la Haura nak menang . Beras kita beli .

Haura menepuk dahinya sendiri . Sudah tahu bahawa dia akan kalah bila berdebat dengan Narzeel tu masih lagi degil nak berlawan . Kan dah terkono .

Terkejut Haura dibuatnya bila pintu biliknya dibuka dari luar . ' Ya Allah Adeen ! Ketuk la dulu kalau ye pun ' Marah Haura kepada Adeena yang main terjah sahaja biliknya . .

' Kau cakap dengan siapa hah ? I , you bagai.. Kau ada boyfriend eh ? ' Soal Adeena dengan melabuhkan punggung di atas katil Haura .

Haura sudah mula terkedu dengan soalan Adeena . ' Mana ada.. Aku call dengan mommy aku la , kau salah dengar ni ' Bohong Haura . Habis la dia.. Kalau dengan Adeena ni dia diibaratkan kena soal siasat dengan polis .

' Ye ke ? Macam tak boleh percaya je ' Matanya dikecilkan memandang Haura . Haura meneguk air liur , alasan apa lagi aku nak kasi ni ?

' Weh korang , jum turun dewan makan.. ' Dengan tiba tiba sahaja Naula muncul dibalik pintu itu . ' Kau ni kan Naula , kerja kau makan makan makan . Dari sebelum datang campus tadi sampai la dekat campus ni kau fikir makannn je kan ? '

Naula menggaru belakang tengkuknya . Lah dia ajak makan pun salah ke ? ' Kau ni kenapa tiba tiba nak marah ? Aku ajak makan je kut.. ' Mulutnya dimuncungkam dengan kedua jari terlunjuk dilagakan .

' Bukan marah , masalahnya.. Eh memang marah pun , kau tengah menganggu soal siasat aku dengan Haura ' Naula sekali lagi bingung . Kepalanya yang tidak gatal digaru .

' Soal siasat ? Sejak bila pula kau jadi peguam ni Adeen ? ' Soal Naula bingung . Adeena menjulingkan matanya ke atas . Stress betul layan Naula ni .

' Haish kau diam kejap . Ha back to you , kau jujur kau call siapa tadi ? ' Jari ditunding ke arah Haura dan sebelah tangan mencekak pinggang . ' Betul la aku cakap tadi.. Aku call mommy aku la '

' Kau kenapa Adeen ? Haura dah jawab kan dia call mommy dia , lagipun tadi kau sendiri dengar aunty suruh Haura call bila sampai ' Kata Naula .

Haura mengusap dadanya lega . Laju sahaja dia mengangguk . ' Ha betul tu , mommy aku yang suruh call dia.. Dahla aku nak turun makan , kau percaya ke tak lantak la '

Haura menukar topik , tudung yang tetsangku di almari di ambil dan dipakainya . Lalu dia menarik tangan Naula untuk keluar dari bilik . Mujurla ada si Naula ni , kalau tak kena tahan satu malam la dengan Adeena .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now