Chapter 30

229 11 0
                                    

Kepalanya terteleng ke kiri dan kekanan dengan peluh membasahi dahi . Tangan mengenggam cadar dengan kuat .

" Sedarla Haura , dia hanya cintakan aku . Kau tak layak untuk dia " Suara itu membisik ke telinga . Haura memejam mata dengan kuat

' Allah ! ' Dia terus bangun dari baringannya . Nafasnya tercungap cungap dengan tangan mangusap dada .

Peluh di dahinya di lap dengan belakang tangan . ' Ya Allah apa yang aku mimpi ni , astaghfirullah ' Kedua tangannya menekup muka .

Selimut yang menutup badannya dialih , laci disebelah katil dibuka . Sekeping gambar yang terlipat itu diambil .

Dia memandang lama ke arah gambar itu . Setiap inci wajah itu dipandangnya . Dia baru sedar bahawa wajah gadis itu hampir serupa dengannya .

' Haura Medyna.. Siapa dia ni ? Narzeel ada sorokkan apa apa ke dari aku ? ' Monolognya sendiri . Dia rasa seperti ada yang tak kena diantara gadis ini dengan Narzeel .

Mimpi tadi seperti ingin menyampaikan sesuatu . Seorang gadis berbaju putih dengan wajah yang sangat bersinar itu masih segar diingatannya .

Haura memandang ke arah jam . Jam sudah pun menunjukkan pukul 3 pagi . Dia memilih untuk tunaikan solat tahajud .

Salam diberi ke arah kanan kemudian kiri . Selesai menunaikan solat Haura menadahkan tangannya untuk berdoa kepada yang Maha Esa .

' Ya Allah.. Tentukanla apa yang terbaik buat hamba . Sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terbaik . Dalam setiap tanda tanya yang masih belum terjawab , mudahkanla hamba untuk menacari jawapan disetiap tanda tanya itu ' Kedua tapak tangan diusapkan ke mukanya .

' Apa yang you sembunyikan dari i Narzeel.. Your eyes.. Mata you jelas nyatakan sesuatu yang buat i tertanya apa maksud disebalik mata itu ' Nafas ditarik dalam dan dihembus .

Handbag yang berjenama itu disangkut ke tangannya . Dia berjalan dengan penuh diva menuju ke arah lift .

Rambutnya yang panjang dibetulkan sedikit . Mata mata yang memerhatikannya langsung tak diendah .

Butang lift ditekan , apabila pintu terbuka dia melangkah masuk . Selepas beberapa minit , pintu lift itu kembali terbuka .

Dia keluar dengan membuka spec matanya . Dengan penuh lenggok dia berjalan melintasi mata mata yang tertumpu padanya .

Ada yang berbisik antara satu sama lain , tapi dipekakkan sahaja telinga . Sampai dihadapan satu pintu , dia dihalang dengan seseorang .

' Sorry Cik Maisara , tapi Tuan Narzeel tengah sibuk sekarang.. Dia tak nak ada orang ganggu dia ' Wanita itu menunduk apabila Maisara memandang tajam ke arahnya .

Tangan disilangkan ke dada . ' Hello , you kenal tak siapa i ? Liyan Maisara , future wife kepada Narzeel Aathif yang you panggil Tuan tu . Bagunan ni milik future husband i so suka hati i la nak buat apa pun and you tak ada hak nak halang i '

Jari ditunding ke arah wanita yang menunduk takut itu . Tangannya ingin membuka pintu itu masih tetap dihalang . ' Ya saya tahu Tuan Narzeel tu bakal suami Cik Maisara . Tuan Narzeel juga bos saya jadi saya perlu ikut arahan dia . Dia tak mahu sesiapa pun ganggu dia '

Wanita yang dikenali sebagai pembantu peribadi Narzeel itu sedaya upaya menghalang Maisara untuk masuk ke dalam . Bukan niatnya saja saja mahu menghalang , kalau tak disebabkan arahan boss nya.. Tak ada nya dia buang masa menghalang Maisara .

Semua orang di pejabat itu sudah tahu tentang hubungan Narzeel dan Maisara . Heboh satu pejabat dengan gossip bahawa Tuan Narzeel mereka akan berkahwin dengan gadis yang tersangatla diva ini .

' Hey you boleh diam tak ? Jangan sibuk hal orang dah tepi ! ' Tubuh wanita itu ditolak Maisara . Nasib wanita itu mampu mengimbangi dirinya dari jatuh ke lantai .

' Aduh apasal la minah rambut karat ni degil sangat , habisla kalau Tuan Narzeel marah aku ' Monolognya sendiri . Lalu dia mengikut langkah Maisara untuk menghalang wanita itu lagi .

' Abang ! ' Narzeel yang dari tadi memandang fail fail di atas mejanya itu mengangkat kepala . Dia mengerut dahi dengan susuk tubuh yang berdiri dihadapannya sekarang .

' Maaf Tuan.. Saya dah cuba halang , tapi Cik Maisara tetap nak masuk ' Jelas pembantu peribadi Narzeel yang baru sahaja muncul dibelakang Maisara .

' It's okay Nyna , awak boleh keluar.. ' Arah Narzeel . Nyna hanya mengangguk , manakala Maisara pula sudah menjeling ke arah Nyna .

' Abang tengok la assistant abang tu , ada pula dia tak kasi Sara masuk jumpa abang ' Adu Maisara dengan wajah yang sangat cemberut .

Narzeel sudah mengeluh dalam diam .
Kalau diikutkan mahu sahaja dia menghalau Maisara keluar kerana dia benar benar sibuk sekarang .

Tapi bila difikirkan balik , hal ini akan kembali meyusahkannya . Nanti dia juga jadi mangsa untuk memujuk Maisara . Buang masa sahaja .

' Ya nanti abang nasihatkan dia , Sara pun jangan la kasar sangat dengan pekerja abang . Ni Sara ada apa datang ? ' Soal Narzeel lembut .

Maisara tersenyum gedik , dia berjalan ke arah Narzeel . Baru sahaja dia ingin duduk di atas paha lelaki itu Narzeel sudah menghalang . ' Sara please.. Berapa kali abang nak pesan , kita tak ada apa apa hubungan lagi jadi please.. Know your limit '

Maisara sudah membuat muka apabila Narzeel berkata begitu . Kenapa la abang sepupunya ini tersangat ego ?
' Kalau macam tu kita cepatkan tarikh kahwin nak ? Senang la nanti tak perlu jaga batas Sara nak buat apa pun boleh la kan sebab abang dah jadi suami Sara '

Kata Maisara riang . Narzeel anggukkan sahaja . Malas mahu berkata banyak . ' Oh ya , actually Sara nak ajak abang keluar makan . Sekarang kan luch our . Abang ni tahu la sibuk kerja tapi masa makan pun kena jaga tahu '

Bahu Narzeel ditepuk . Dia berdiri dibelakang Narzeel . ' Tapi kalau abang tak nak keluar makan kita spend time dekat sini pun okay.. ' Tangannya mula merayap di bidang dada Narzeel .

Narzeel pantas bangun dari kerusi itu .
' Aaaa ya ya , kita keluar makan . Tapi sekejap je sebab abang banyak kerja kena settle kan . Let's go ' Narzeel terus mengambil coat yang tergantung dikerusi dan keluar dari bilik itu .

Maisara menghentak kaki . ' Jual mahal lagi ? Takpe , ini baru permulaan ' Senyum sinis diukir dibibirnya dan dia langsung mengambil bag yang diletak di atas meja tadi lalu keluar dari bilik itu .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now