Chapter 33

183 12 0
                                    

Beberapa bulan kemudian

Haura tersenyum riang . Segulung ijazah dipegangnya erat . Akhirnya di berjaya untuk menamatkan pembelajarannya .

' Koranggg congrats ! Lepas ni mesti aku rindu gila dekat korang ' Naula memuncungkan mulutnya . ' Eh kau ni , cakap macam dah tak jumpa je . Kita still kawan okay , sampai mati '

Tiga gadis itu berpelukan dengan memakai satu set baju convocation . Pasti selepas ini mereka akan rindukan setiap memori yang telah terlakar di university ini .

' Tisya.. ' Haura menoleh kebelakang .
' Mommy !! ' Haura terus berlari mendapatkan mommynya Datin Hallen . ' Tahniah anak mommy , you did it well sayang ! ' Pipi anaknya dipicit .

Haura memandang sekeliling . ' Papa mana ? ' Tanya Haura . Datin Hallen tersenyum tipis . ' Papa dekat kereta tu ha , dia penat tu . Tisya janga fikir bukan bukan ya ? He really proud of you ' Bahu anaknya diusap .

Haura cuba untuk tetap tersenyum meski hakikatnya hatinya terasa dihiris dalam . Dia sudah cuba sehabis boleh untuk membanggakan Dato Mokhtar dan Datin Hallen .

Dia sendiri tak tahu bagaimana ingin melembutkan hati tua itu .

Dibalik lain , Dato Mokhtar hanya memerhati isteri dan anaknya dari jauh . Ya , dia bangga dengan apa yanga diperolehi Haura . Dia tersenyum dalam diam .

' Hayana , Hairi.. Anak korang dah berjaya sekarang . Dia dah tamat belajar . Aku minta maaf sebab gagal jadi ayah yang baik buat dia . Tapi aku sayang dia sangat.. Kau mesti bangga kalau kau masih ada dekat sini Hayana.. ' Ucapnya .

Air mata yang mengalir itu dikesat . Ya , dia rasa gagal untuk menjadi ayah buat Haura . Dia tahu terlalu banyak penderitaan yang anaknya tanggung disebabkannya .

Dia berharap satu hari nanti Haura akan faham , setiap apa yang dia lakukan ialah untuk kebaikkan Haura .

Haura yang sibuk bergambar dengan rakan rakannya itu terganggu apabila telephone nya berbunyi . Dia melihat nama yang tertera di skrin telephone itu .

Seketika dia mengukir senyum . Tanpa berkata banyak dia terus mengangkat panggilan itu .

' Haiii !!! ' Sapa Haura riang . Dia betul betul rasa teruja kerana Narzeel menelifonnya .

' Amboi happy nya dia dah grad ' Balas Narzeel . Dia juga turut tersenyum mendengar suara Haura yang teruja itu .

' Mestila , i dah lama tunggu saat ni tahu . You dekat mana ni ? ' Tanya Haura .

' I dekat hujung dewan ni , datang la ' Haura seperti tak percaya apa yang dikata Narzeel . Dia terus memandang ke hujung dewan dan mencari kelibat seseorang .

Dia mengukir senyum apabila melihat kelibat Narzeel yang melambainya dari jauh .

' Mommy , mommy tunggu sini kejap ya . Haura nak pergi tandas ' Datin Hallen hanya anggukan sahaja .

Haura terus pergi meninggalkan Datin Hallen dengan rakannya disitu . Tempat yang diduduki Narzeel dituju .

Haura berlari dan terus memeluk tubuh suaminya . Narzeel mula tersenyum . Dia membalas pelukan Haura . Belakang tubuh isterinya itu diusap .

' Well done sweetheart , you did it ' Bisiknya perlahan . Haura semakin mengetatkan pelukannya . ' Thankyou.. ' Balas Haura pula .

Haura melepaskan pelukan dan mengesat air matanya . ' Hey.. Kenapa menangis ni hm ? ' Narzeel membongkokkan sedikit badannya untuk mengelap air mata isterinya .

' I terharu.. You sanggup datang sini dan ucap tahniah pada i . Kalau ayah , ibu , mommy and.. Papa ada mesti lagi best kan ' Narzeel tersenyum tipis .

Dia faham akan perasaan Haura sekarang . ' It's okay sweetheart , ibu mesti bangga dengan you . I kan ada ? I will always be by your side ' Pipi Haura diusapnya lembut .

Haura kembali tersenyum bila mendengar kata kata Narzeel . ' You nak cakap dengan ayah ? ' Soalan Narzeel membuatkan Haura mengerut dahi .

Tanpa berkata apa , Narzeel mengeluarkan telephone miliknya . Number seseorang di dail .

' Assalamulaikum anak ayah.. ' Haura kembali menangis apabila mendengar suara ayah nya .

' Anak ayah jangan nangis ya , maaf sebab ayah tak dapat pergi . Ayah nak ucap tahniah pada Haura , Haura dah berjaya tamat belajar sekarang . Ayah bangga dengan Haura tahu.. '

' Jangan nangis sayang.. Sebab ayah tak dapat nak lap air mata anak ayah ni . Ayah nak Haura tahu yang ayah sayang sangat pada Haura , ayah akan sentiasa doakan kejayaan Haura ya sayang.. '

Air mata Haura semakin galak jatuh membasahahi pipinya . Narzeel mengusap bahu Haura untuk menenangkan isterinya itu .

' T-terima kasih ayah.. Haura minta maaf sebab tak mampu jadi anak yang baik buat ayah.. Haura janji Haura akan kuat untuk ayah ' Dia mengukir senyum selepas mengucapkan ayat itu .

Hairi dibalik panggilan itu pun turut tersenyum . Andaikan dia mampu berada disisi anak nya sekarang , pasti dia akan mendakap puterinya itu . Isterinya pasti bahagia bila melihat anaknya sudah pun berjaya sekarang..

Hairi toleh kebelakang bila namanya dipanggil . Dia terus memutuskan panggilan .

' Kau cakap dengan siapa ? ' Soal wanita separuh abad itu . Dia menolak butang kerusi rodanya ke depan untuk mendekati anak nya .

' Tak ada siapa ' Balas Hairi singkat . Dia menyimpan semula telephone di dalam pocketnya .

' Ingat Hairi , kalau aku tahu kau menipu aku.. Aku tak akan teragak agak untuk apa apakan anak kau ' Kata Puan Asmah dengan jari yang menunding ke arah anaknya .

' Apa mak mengarut ni ? Anak saya dan Hayana dah lama mati la ' Hairi terus memalingkan badannya dari memandang wajah Puan Asmah . Dia tak mahu menampakkan wajahnya yang gugup .

' Oh ya ? Kau jangan ingat aku bodoh Hairi . Kau sorok anak kau bawah tanah pun aku boleh tahu . Aku takkan apa apakan anak kau selagi dia tak ganggu hak milik aku ' Kata Puan Asmah .

Dia tahu semuanya . Dia tahu bahawa anak Hairi dan Hayana masih hidup . Ya , dia langsung tak merestui perkahwinan anaknya dengan Hayana .

Dia mahukan anaknya berkahwin dengan pilihannya . Tapi Hairi terlalu degil . Dia tetap mengahwini Hayana .

' Puan.. Kita ada budak baru sampai.. ' Sampuk satu suara dari arah belakang .

' Kau jangan sesekali jumpa dia lagi kalau kau tak nak nasib anak kau sama macam budak budak tu ' Pesan Puan Asmah lalu meninggalkan Hairi disitu .

Apabila kelibat Puan Asmah hilang di pandangannya dia meraup wajahnya . Ini la sebabnya dia tinggalkan Hayana dulu . Dia tak mahu anaknya jadi mangsa kebencian Puan Asmah .

Puan Asmah sememangnya kejam . Dia menjadikan kanak kanak yang tak berdosa itu sebagai hambanya . Ada yang akan dijual dan dijadikan pelacur dari situ la dia mendapat duit .

Hairi langsung tidak menyokong atas apa yang dilakukan Puan Asmah . Dia tak mahu terlibat dalam kerja kotor ibunya . Hanya adiknya sahaja Hairul yang sentiasa mengikut telunjuk Puan Asmah .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now