Chapter 36

193 13 0
                                    

NARZEEL hanya diam di seat belakang sambil membuang padangan ke luar tingkap . Otak nya masih lagi memikirkan tentang Haura tadi .

Dia bukan apa , dia risau tentang keselamatan Haura . Dia risau jika sesuatu terjadi pada Haura . Tapi isterinya hanya membuat keputusan tanpa berbincang dengannya .

' Tuan.. Okay ke ? ' Soal Isaac yang duduk di seat depan sebelah pemandu . Dari tadi dia perasan wajah majikannya muram sahaja .

' Nanti masuk office aku kejap ' Soalan Isaac dibalas dengan arahan . Isaac hanya mengangguk sahaja . Narzeel kembali termenung sambil bermain dagunya .

Isaac hanya mengikut langkah Narzeel dibelakang sambil menuju ke arah pejabat Narzeel .

Masuk sahaja ke pejabat Narzeel terus menghempaskan dirinya ke atas kerusi . Dia memandang wajah Isaac yang berdiri dihadapannya .

' Duduk ' Arah Narzeel . Isaac hanya mengikut . Dia membetulkan kot nya dan melabuhkan punggung nya di atas kerusi berhadapan dengan Narzeel .

' Haura dah mula kerja . Kau rasa itu membahayakan dia ? ' Soal Narzeel dengan memandang wajah serious Isaac .

' Saya tak rasa bahaya . Kalau Puan mula kerja pun pasti atas arahan Dato Mokhtar . Saya percaya Dato Mokhtar takkan letakkan Puan dalam bahaya ' Balas Isaac .

Narzeel meraup wajahnya . Hatinya masih lagi rasa tak tenang . ' Tuan bukan risau tentang keselamatan Puan , tapi Tuan marah sebab Puan bagitahu dia kerja last minute ? ' Teka Isaac .

' Kau rasa ? ' Soal Narzeel kembali . Isaac tergelak kecil . Dia menggeleng perlahan kepalanya . ' Tuan tanya diri Tuan sendiri . Tapi sekarang saya rasa Tuan ada masalah lagi besar '

Narzeel mengerutkan dahinya . Dia mengangkat kedua keningnya sambil memandang Isaac . Isaac pula hanya menunjukkan dengan gerakan kepala .

Narzeel memandang kebelakang . Dia melihat ke dalam skrin cctv yang ada di dalam pejabatnya . Dia mengeluh perlahan dengan kepala kembali disandar ke kerusi .

' Buatla apa kau nak buat Saac , jangan bagi dia masuk . Aku tengah serabut ni ' Isaac hanya mengangguk . Dia kembali bangun dan membetulkan tie dan kot nya .

Kerusi yang diduduknya tadi ditolak masuk . Dia mengangguk sebelum keluar dari pejabat Narzeel .

Maisara terhenti langkah bila figura seorang lelaki keluar dari pejabat Narzeel . ' Hello , tepi la i nak masuk ' Maisara cuba menolak tubuh Isaac untuk ketepi .

Tetapi tubuh tegap itu tetap berdiri tegak dihadapannya . ' Tuan Narzeel tak ada . Dia keluar meeting ' Kata Isaac senada dengan wajah yang beku .

' You tak payah nak tipu la Isaac , i tahu Narzeel ada dekat dalam ' Maisara cuba melintasi Isaac tapi dia gagal .

' Aku kata tak ada . Hari ni hari busy dia . Faham tak , dalam pejabat ni tak ada sesiapa . Zero ' Jari nya diangkat membuat bentuk kosong .

Maisara menjuling matanya ke atas . Dia memeluk tubuh . ' Okay kalau macam tu , ketepi biar i tengok sendiri ' Maisara beranikan diri memandang anak mata tajam milik Isaac Noah .

' Syarikat ni ada undang undang . Dan pejabat ni adalah pejabat pemilik syarikat ni . Dan pejabat ni juga tak boleh dimasuk sembarangan orang . Faham ? '

' Tapi kalau kau nak masuk juga.. Boleh . Aku temankan kau , tapi kalau jadi apa - apa.. ' Isaac memandang tubuh Maisara dari atas ke bawah .

Dia menapak ke depan dan itu membuatkan Maisara mengundur kebelakang . ' Aku sedia bertanggungjawab ' Isaac memandang dalam ke arah mata Maisara yang sudah terkebil .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now