Chapter 75

331 16 0
                                    

BANG ! Bunyi tembakan yang kuat menyentakkan mereka semua .

' Dah habis dah drama air mata korang ? Masih nak sambung ke ? Atau nak sambung drama tumpah darah pula ? ' soal lelaki berkemeja merah dengan glock hitam ditangannya .

Ada dua orang lelaki yang turut berdiri dibelakangnya .

' Hairul ! Kau buat apa ni ? ' Soal Hairi , tanpa rasa takut sedikit pun dia menapak kedepan .

' Kalau kau berani mendekat dengan aku , budak tu aku tembak ' Ugut Hairul sambil menghalakan glock ke arah Naqeeb yang berada di dukungan Narzeel .

Terus terhenti langkah Hairi . Masing - masing sudah mula cuak . Haura pula berdiri dibelakang Narzeel . Naqeeb pula sudah berada di dukungan Haura .

' Korang ingat aku akan biar korang semua bahagia macam tu aje ? Tak , korang silap '

' Hairi.. Aku dah kata aku balas atas apa yang kau dah buat pada aku . Sekarang , masa tu telah tiba '

Hairul mengoyak senyum sinis .

' Hairul.. Apa yang kau nak huh ? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku ?! '

' Banyak ! Banyak benda yang aku tak puas dengan kau ! '

' Kau rampas segalanya dari aku , termasuk kasih sayang mak ! Kau tu cuma anak kutip dalam keluarga aku , tapi aku tak faham kenapa mak lebih sayang pada kau ! '

' Kau cuma budak yang dibawa untuk jual tapi kenapa mak pilih untuk jaga kau ? '

' Aku suka tengok hidup kau hancur Hairi . Aku suka tengok kehidupan kau tertekan.. Macam tu juga la aku '

Kata Hairul sinis . Hatinya sakit bila teringat waktu kali pertama Hairi jejak masuk ke dalam keluarganya . Walhal , lelaki itu hanya budak yang diculik dan sepatutnya dia dijual .

Tapi tak tahu apa istimewanya Hairi dimata Puan Asmah sehingga emaknya itu lebih sayangkan Hairi berbanding dirinya .

' Aku yang hasut mak untuk bencikan Hayana . Aku takkan biarkan kau hidup bahagia sesenang tu Hairi.. '

' Tapi mak bodoh ! Dia cuma bencikan Hayana bukan kau ! Kenapa semuanya menang pada kau ? Kau boleh hidup bahagia dengan isteri kau.. Sedangkan aku perlu kotorkan tangan aku hanya untuk dapatkan perhatian mak ! '

' Kau ? Kau tak buat apa , kau cuma tahu melawan mak tapi dia tetap pilih kau ! Dia tetap nampak kau sebagai anak dia '

' Dalam keadaan dia nak mampus pun dia masih panggil nama kau ! Mana adilnya disitu pada aku ? '

' Sekarang.. Aku akan balas semuanya pada kau.. '

Hairul menghalakan glock itu ke arah Haura .

' Kau tembak dia.. Aku tembak kau '

Hairul sedikit terkejut apabila satu glock berada dibelakang kepalanya .

' Afiq ! '

Jerit Haura yang masih berada dibelakang Narzeel .

Dua orang lelaki yang ada dibelakang Hairul tadi telah ditumpaskan oleh Afiq dalam diam .

Dalam kesempatan itu Narzeel berlari ke arah Hairul dan cuba untuk merampas glock yang ada ditangan Hairul .

' Argh ! '

Hairul mengerang kesakitan bila tangannya dipusing kuat oleh Narzeel untuk jatuhkan glock hitam yang ada ditangannya .

' Afiq ! Belakang kau ' Kata Narzeel sambil menunjuk ke belakang Afiq .

Seorang lelaki yang telah ditumpaskan olehnya tadi kembali bangun .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now