Chapter 16

245 14 0
                                    

Narzeel Aathif

Narzeel menyandarkan kepalanya , dia menarik nafas dalam . Matanya dibuka kemudian dia membetulkan rambutnya sedikit . Kemudian dibetulkan pula necktie , pintu kereta dibuka .

Dia mengaturkan langkah untuk masuk ke rumah agam milik Tan Sri Kamal . Loceng rumah ditekan . Tak sampai berapa minit pintu itu dibuka oleh penyambut tetamu Tan Sri Kamal .

' Oh Tuan Narzeel.. ' Kata penyambut tetamu itu . Narzeel cuma menghadiahkan senyuman . Itula gelaran yang dipanggil buat Narzeel yang diarahkan oleh Tan Sri Kamal . Maklumla , Narzeel merupakan CEO dan pemegang saham terbesar di syarikat Tan Sri Kamal .

' Tan Sri Kamal ada ? ' Tanya Narzeel . Penyambut tetamu itu mengangguk dan pelawa Narzeel untuk masuk ke dalam . Narzeel hanya mengikut langkah penyambut tetamu itu .

Narzeel dihantar ke meja makan , Tan Sri Kamal dan Puan Sri Leya sedang menjamu sarapan pagi . ' Tan Sri.. Tuan Narzeel datang ' Tan Sri Kamal memandang ke arah Narzeel . ' Oh Narzeel.. Duduk la makan dulu.. ' Pelawa Puan Sri Leya .

' Um Narzeel datang sebenarnya nak jumpa Maisara ' Kata Narzeel . ' Sara dekat atas.. Dari semalam dia berkurung ' Narzeel memandang wajah Tan Sri Kamal yang dari tadi hanya diam .

' Narzeel minta maaf , Narzeel tak berniat nak tengking Sara semalam.. ' Narzeel seolah menjadi hamba disitu , diam menunduk . Kalau tak disebabkan uminya dia sudah lama pergi dari sini . Buang masa sahaja .

' Narzeel pergi la pujuk dia dekat bilik , dia lagi cepat sejuk kalau Narzeel yang pujuk ' Narzeel menggaru tengkuknya yang tidak gatal itu . Mahu tak mahu dis terpaksa juga ikut arahan Tan Sri Kamal . ' Bilik Sara yang mana satu ? '

' Ikut je kak Nad , dia akan tunjukkan ' Narzeel hanya mengangguk dan mengikut langkah pekerja yang diarah Tan Sri kamal .

Setelah sampai di depan pintu bilik milik Maisara , pekerja itu meninggalkan Narzeel bersendirian disitu . ' Haih.. Macam mana nak pujuk , aku mana pandai ayat perempuan hishh ' Keluhnya sendiri .

Belum sempat dia ingin mengetuk pintu , pintu itu sudah dibuka dari dalam . ' Maisara.. ' Liyan Maisara memeluk tubuhnya sendiri . Dia langsung tidak memandang wajah Narzeel .

' Buat apa lagi abang datang ? ' Tanya Maisara yang masih tidak memandang wajah Narzeel . ' Err , abang nak minta maaf tentang semalam.. Abang tak ada niat nak tengking Sara ' Ucap Narzeel . Tersangatla cliche ayatnya tapi tak mengapa , sekurang kurangnya dia mencuba . Ye dok ?

' Hm ' Itu sahaja yang dibalas Maisara . Narzeel menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal . ' Sara marahkan abang lagi ke ? ' Tanya Narzeel lagi .

' Sara tak marah , terasa je dengan abang . Sanggup abang marah Sara sebab Sara cakap pasal perempuan tu.. ' Balas Maisara . Nazeel hanya mampu bersabar sahaja .

Kalau melibatkan Haura memang dia tak boleh dibawa bincang . Tapi digagahkannya juga untuk sabar .
' Ya abang dah cakap abang tak sengaja , maafla.. Apa kata kita breakfast sama sama ? ' Dia terpaksa . Itu sahaja yang keluar di benak fikirannya sekarang .

' Hm tunggu Sara siap kejap ' Narzeel hanya mengangguk . Selepas susuk tubuh Maisara masuk ke bilik Narzeel menghembuskan keluhan kecil .

Ting !

" I keluar kejap dengan Adeen and Naula , lusa i dah kena balik campus " - Haura

Senyum kecil terukir dibibir Narzeel . Dia menjauh sikit dari bilik Maisara dan mengatur langkah ke koridor .

Iphone miliknya ditekap ke telinga . Selepas berapa saat senyum terukir dibibirnya bila mendengar suara seseorang dari telephone itu .

' Hi sweetheart.. '

Haura disebalik Telephone itu sudah senyum seperti kerang busuk .

' Ya kenapa call ? ' Tanya Haura .

' You dekat mana ni ? And nak keluar pergi mana ? ' Tanya Narzeel .

' Mall . I nak beli barang untuk bawa balik campus.. Kenapa ? ' Balas Haura .

' Ohh , saja tanya . I pelik you tiba tiba je bagitahu you nak pergi mana ' Kata Narzeel .

' I kan isteri you , mestila kena minta izin you dulu.. ' Balas Haura lagi .

Narzeel tersenyum kecil . Haura memang isteri yang baik .

' Abang.. Sara dah siap '

Haura disebalik panggilan itu mengerut kening mendengar suara seorang wanita .

Narzeel terus mematikan panggilan .
' Oh , jomla abang ada satu jam je lagi nak masuk office ' Kata Narzeel lalu mendekati Maisara .

Tanpa aba aba Maisara memeluk lengan sasa Narzeel . Namun laju sahaja Narzeel menarik lengannya . ' Sara.. Please jaga batas Sara , abang tak suka ' Seusai itu Narzeel terus melintasi Maisara .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now