Chapter 42

185 12 0
                                    

Haura Aatisya

Haura terbongkok - bongkok dihadapan sinki . Dia memuntahkan semua isi di dalam perutnya .

Sudah berapa hari dia muntah begini . Kepala pening , perutnya sering memulas . Buat kerja sikit pun cepat penat .

Haura duduk dibirai katil . Dia mengurut sikit kepalanya yang masih pusing .

Tiba tiba tangannya naik menyentuh perut . Haura terus membuka laci disebelah katilnya . Alat ujian kehamilan diambil .

Haura terus masuk ke dalam tandas . Selepas beberapa minit menunggu , Haura kembali mengambil alat itu .

Dia menekup mulut . Dua line.. Dia mengandung . Perasaan Haura mula bercampur baur . Bahagia dan suka . Tapi.. Dia juga bimbang kalau nanti Dato Mokhtar dan Datin Hallen tahu

Dia tiada pilihan lain selain memberi tahu Narzeel . Narzeel mesti punya cara untuk selesaikan semua ini .

Number Narzeel di dail . Belum sempat dia ingin menelifon Narzeel , satu message masuk .

Haura membuka message tersebut .

" Haura , aku nak jumpa kau esok . Hal penting " Afiq Darren .

Haura mengerut dahi . Hal penting ? Apa yang penting sangat tu ?

Haura hanya membiarkan message itu . Dia tak mampu beri jawapan lagi , mesti la kena tanya Narzeel dulu . Kalau tak habis dimarahnya nanti .

Number Narzeel kembali di dail . Beberapa minit menunggu baru la Narzeel menjawab .

' Lamanya nak angkat phone.. ' Kata Haura dengan nada yang agak meleret . ' Hah.. I baru lepas work out , kenapa ? ' Balas Narzeel .

Haura mengangkat kedua keningnya . Malam malam pun nak work out ? 
' You nak badan you berketak macam mana lagi sampai malam pun work out ? ' Tanya Haura . Dalam masa yang sama dia sengih sendiri , terbayang pula tubuh Narzeel yang dibasahi peluh itu .

' I bosan , so i work out la . Lain la you ada . Alaa lagipun , badan i berketak pun you suka kan ? Silap silap nanti you peluk tak nak lepas ' Usik Narzeel gatal . Mula la miang pakcik ni .

' Sempat lagi tu nak sakat orang.. You i nak minta izin '

' Apa tu ? ' Tanya Narzeel . Telephonenya di buka loudspeaker dan di letakkan di atas island kitchen .

Bukan ada siapa pun , lagipun dia tinggal seorang di penthouse nya . Sekali sekala sahaja pulang ke rumah Puan Adila .

' I nak jumpa Afiq . Hal penting . Lepastu i nak jumpa you juga , also hal penting ' Bagitahu Haura secara terang . Tak mahu nanti bagitahu sekerat sekerat Narzeel ni salah faham pula .

' Hal penting apa dengan Afiq tu ? ' Tanya Narzeel sambil meneguk air orange . Dia berjalan menuju ke sofa . Badan di rehatkan disitu .

' I tak tahu , tapi nampak gaya macam penting betul.. Boleh la eh ? ' Meleret suara Haura dihujung ayat itu . Cuba untuk memujuk Narzeel , mana la tahu pakcik miang ni termakan .

' Ye la ye la , i izinkan . Hm.. Pasal hal penting dengan i pula ? ' Tanya Narzeel . Haura mengetap bibir . Takkan nak bagitahu sekarang ?

' Itu... Kena tunggu esok la ' Balas Haura . Narzeel menjuih bibir . Macam tu pula ? Apa apa jela bini oii !

' Iya la . Okay la i nak mandi ni , badan berpeluh ' Kata Narzeel . Dia bangun dan meletakkan cawannya tadi ke dalam sinki .

Haura dibalik telephone itu hanya mengangguk . ' Okay , bye Love you ! ' Kata Haura riang bercampur teruja . Atau lebih kepada beria .

Haura masih tak meletakkan panggilan , berharap Narzeel akan membalas ayat itu . ' Iya love you too , sweetheart ' Balas Narzeel mendatar tanpa perasaan . Dia tahu Haura menunggu balasan darinya .

Jadi dia ikutkan sahaja . Karang.. Merajuk pula isteri kecil dia tu . Haura sudah tersenyum gedik bila Narzeel mengucapkan ayat itu .

Dia terus mematikan panggilan dan baring di atas katil secara meniarap . Muka sudah merah . Ni kalau Narzeel depan mata dia . Mampus la kena sakat .

Haura berpusing menghadap siling . Senyum dibibirnya masih tak lekang .

Tangan diletakkan di atas perutnya , rasa bahagia bila ada satu nyawa di dalam rahimnya .

' Baby.. Abi cakap I love you la dekat umi . Umi suka ! Baby suka tak ? ' Tanyanya sambil mengusap perutnya itu . 

' Selamat malam hubby.. '


Jumpa next chapter malam ni , chiaw !

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now