Chapter 41

176 17 0
                                    

NARZEEL keluar dari pejabatnya dengan menggantungkan kot di lengannya . Sampai di hadapan bilik Isaac , dia mengerut dahi melihat lelaki itu tersengih sendiri .

Pintu bilik Isaac diketuk . Isaac yang termenung tersedar dari lamunannya . Dia membetulkan rambut nya dan mengizinkan Narzeel untuk masuk .

' Kau kenapa ? Sengih sengih , taknak balik lagi ke ? ' Soal Narzeel sambil berdiri dihdapan meja Isaac .

Isaac ketawa janggal . Nampak sangat ke dia angau tadi ? ' Tak ada apa la Tuan.. Hehe ' Belakang tengkuknya diagaru untuk hilangkan kekok .

' Cerita la ' Narzeel berkata sambil menududukkan dirinya diatas kerusi berhadapan dengan Isaac .

' Cerita apa Tuan ? ' Tanya Isaac dengan muka yang masih bingung .
' Jangan buat buat tak tahu la . Cerita la apa yang buat kau sengih sampai macam tu tadi '

Isaac sudah menahan senyum . Malu pula rasanya bila boss tanya macam ni . ' Tuan pernah angaukan Puan sampai sengih sorang sorang ? ' Pertanyaan Isaac membuatkan Narzeel pula tersengih .

Okay faham ! Isaac tengah angaukan seseorang la ni . Siapa la perempuan yang hebat sangat mampu tundukkan Isaac Noah ni ?

' Kau angaukan siapa ? ' Tanya Narzeel . Namun Isaac hanya diam . Narzeel menepuk dahi , aduh takkan la dia nak bagitahu kan ?

' Kalau suka tu , tangkap je terus . Jangan lama lama nanti takut ada orang lain yang curi ' Pesan Narzeel .

Isaac hanya mengangguk . Baru sahaja Narzeel ingin bangun dari kerusi Isaac kembali memanggil .

' Tuan.. ' Narzeel memandangnya dengan kedua kening yang terangkat .

' Tak saya nak tanya , macam mana kalau Tuan bila sukakan seseorang tapi orang tu suka orang lain '

Narzeel kembali duduk di atas kerusi . Dasyat ni soalan ni .

' Kalau aku la kan.. Tak kisah la dia suka siapa pun , kalau aku suka aku akan usaha dapatkan . Buat dia jadi milik aku seutuhnya '

' Dia suka orang lain , tapi orang lain tu sukakan dia ke ? Kalau tak , kau tak payah tunggu lama . Ambil je dia terus . Buatkan dia lupa kan orang tu ' Isaac mengangguk .

' Tuan tak kisah ke ? ' Narzeel megerut dahi . Apa maksud Isaac ni ? Lain aje caranya .

' Maksud kau ? '

Isaac menggeleng . ' Tak ada apa la Tuan.. Kalau Tuan nak balik , balik la . Saya ada kerja lagi ' Kata Isaac .

Narzeel hanya mengangguk dan tinggalkan Isaac disitu .

Bila melihat kelibat Narzeel hilang dari pandangan matanya dia hembus nafas lega . Kepala disandar ke kerusi kemudian dia memainkan pen .

' Haih la Maisara.. Macam mana aku nak buat kau berhenti kejar laki orang ya ? Cuba la kejar aku pula... ' Dia ketawa dihujung ayat .

Kelakar pula rasanya bila dia yang langsung tak pernah fikirkan tentang perempuan ni , tiba tiba boleh angau .

Dengan Liyan Maisara pula tu . Perempuan paling diva , gedik dan mengada padanya . Tapi apa yang dilihat haritu , Maisara tidak sebegitu teruk seperti apa yang disangka .

Lebih kepada comel la . Tambah tambah bila muka dia marah . Buat kan Isaac lagi suka melihat . Tapi keras kepala betul Maisara ni . Dia tetap nak kejarkan Narzeel walau terang terang Narzeel tu sudah menolaknya .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now