Chapter 79

701 24 2
                                    

Pintu labour room dibuka menggamit perhatian semua ahli keluarga yang menunggu Haura .

' Siapa suami Puan Haura Aatisya ? ' Tanya Doctor itu .

' Suami dia dah meninggal.. Saya ayah dia . Macam mana dengan anak saya Doctor ? ' Soal Hairi dengan cemas .

' Puan Haura melahirkan anak perempuan dan anak itu selamat dan sihat . Tapi.. '

' Kami tak dapat selamatkan Puan Haura ' Ujar Doctor itu .

' Maafkan kami , kami dah cuba sebaik mungkin '

Doctor itu berlalu pergi dari situ .

Hairi terduduk di atas kerusi selepas mendengar apa yang dikata oleh Doctor itu .

Semuanya cukup terkejut mendengar berita itu .

' H-haura.. Kenapa kau tinggal aku ' Adeena juga terduduk lemah . Tangan naik menekup wajahnya .

' Naula dah pergi.. Kali ni kau pula ' Ucapnya dengan air mata yang jatuh .

' Pa.. A-nak kita ? An-nak kita masih ada kan ? ' Datin Hallen memandang Dato Mokhtar yang masih tak percaya dengan berita yang bari didengarnya itu .

Dato Mokhtar menggeleng perlahan ke arah isterinya . Datin Hallen menekup mulutnya sendiri , air mata terus mengalir deras .

Narzeef memeluk erat tubuh Naqeeb yang ada didukungannya . Selama abangnya tak ada , dia la yang paling rapat dengan Naqeeb .

Anak buahnya itu sangat selesa bersama dengannya . Naqeeb masih kecil , sebut perkataan umi pun dia tak boleh lagi .

Tapi umi dengan abinya telah meninggalkannya terlebih dahulu .


Selepas membacakan doa , air yang didalam jug itu disiramkan ke atas tanah kubur itu .

Semuanya merasa sedih atas kehilangan Haura Aatisya . Cinta dia kepada Wan Narzeel Aathif terlalu kuat sehingga dia sanggup ikut kemana sahaja suaminya itu pergi .

' Zeef janji dengan along akan jaga Naqeeb . Zeef takkan biar dia rasa kurang kasih sayang sikit pun.. Along tenang dekat sana dengan akak '

Batu nisan itu diusap . Kubur Haura hanya berada di sebelah kubur Narzeel .

' Rehatla Haura.. Kau terlalu penat tanggung rindu pada Narzeel . Sekarang kau dengan dia akan berjumpa di dunia yang berbeza.. '

' Jangan risau tentang Naura dengan Naqeeb.. Kami akan jaga dorang sama - sama ' Kata Adeena , dia memandang lama ke arah kubur Haura itu .

Wan Naqeeb Aldric , Wan Naura Aqila . Putera dan puteri kecil buat pasangan syurga Narzeel Aathif dan Haura Aatisya . Itu la tanda cinta mereka .

Berkahirla kisah cinta mereka disini . Haura Aatisya memang diciptakan buat Narzeel Aathif dan Allah tidak hanya ingin mereka bersama di dunia , tapi juga di syurga-Nya .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now