Chapter 49

226 11 1
                                    

HAURA membuka mata . Kepalanya yang masih pening itu dipegangnya . Matanya juga terasa pedih .

Haura memandang sekeliling . Dia tak tahu dia dimana sekarang . Haura bersandar di kepala katil .

Pintu bilik yang terbuka mengalihkan pandangan Haura .

' Oh my , syukur you dah sedar.. ' Narzeel duduk dibirai katil . Dia mengenggam kedua tangan Haura dan dahinya dicium berkali - kali .

Haura merenung lama sambil membiarkan apa yang dilakukan Narzeel . Seketika.. Dia teringat apa yang terjadi padanya .

' N-narzeel.. '

Narzeel munduk bila mendengar suara kecil Haura memanggilnya . Baju di pinggang Narzeel dicengkam kuat oleh Haura .

' I- mimpi kan ? Papa dengan mommy tak buang i kan ? '

Narzeel diam melihat wajah Haura . Kemudian dia menunduk . Kalau boleh dia tak mahu cakap hal ini dengan Haura sekarang kerana isterinya itu baru sahaja sedar .

' Narzeel.. Cakap dengan i yang semua ni tak betul please.. ' Tangan Narzeel digoncang untuk lelaki itu bersuara .

Tanpa berkata apa apa terus kepala Haura ditarik masuk ke dalam dakapannya . Haura diam seketika.. kemudian matanya mula berair .

Dan dia sedar.. Bahawa itu kejadian itu adalah nyata.. Bukan mimpi .

Haura mula menangis . Dia menyandarkan dahinya dibahu Narzeel .

' Narzeel.. '

' Shhhtt.. Tak apa.. I ada dengan you . I tak akan tinggal you okay sweetheart.. Jangan menangis '

' I sakit tengok you nangis.. '

Belakang kepala Haura diusap . Haura tak hiraukan kata - kata Narzeel . Dia menangis sekuat dan semahunya diahu lelaki itu .

Narzeel hanya mampu membiarkan . Dalam keadaan begini dia tak mampu berkata apa . Biarla Haura melepaskan rasanya sedib dihatinya .

Dia sedia menjadi tempat wanita itu bersandar mahupun menangis . Dia telah berjanji dengan wanita itu untuk sentiasa berada disisinya . Dan sekarang.. Dia harus kotakan janjinya .


Melihat Haura yang sudah nyenyak tidur , dia mengusap kepala itu . Narzeel mengemam bibirnya , dia menahan diri untuk tidak menangis .

Pipi kiri Haura dipandangnya , ada kesan luka . Mungkin kesan luka disebabkan tamparan Dato Mokhtar .

Hairi telah pun menceritakan segalanya pada dia . Dan dia boleh agak apa yang terjadi pada isterinya . Dia berasa kesal , dia lambat bertindak .

Sekarang masalah makin bertambah , keadaan Haura agak lemah . Suruh makan tadi pun tak nak , sudahnya Narzeel mengalah sahaja dari memaksa .

Air mata Narzeel jatuh ke atas dahi Haura . Dia tak tahu kenapa tapi hatinya berasa kesal . Disebabkan rancangan bodohnya ini , Haura dibuang keluarga .

Kalau dia tak terlalu ikutkan kata hati dan nafsunya , pasti semuanya masih baik - baik . Dalam tak sedar , dia musnahkan lagi kehidupan wanitanya .

Haura mengerut dahi bila mendengar satu esakan disebelahnya . Dahi dan hidungnya juga terasa basah .

Haura membuka mata perlahan . Terkejut dia dibuatnya bila melihat Narzeel yang menangis sambil memejam rapat matanya .

Haura terus menekup kedua pipi Narzeel dengan tangannya .

' N-narzeel.. You kenapa ? '

Haura bangun sedikit untuk memandang wajah Narzeel yang tertunduk .

Terkejut Haura dibuatnya bila Narzeel menolaknya untuk baring . Dia menangis di ceruk leher Haura .

' I'm sorry.. i gagal buat you bahagia '

' Narzeel.. You did nothing.. Jangan la menangis ' Haura menggosok belakang kepala Narzeel untuk menenangkan suaminya itu .

' I bahagia dengan you . You tak salah pun-- '

' Tak ! Sebabkan you kahwin dengan i family you buang you.. ' Laju sahaja Narzeel memotong ayat Haura .

Dia masih lagi menggogoi diceruk leher itu .

Haura mengeluh perlahan . Kalau tadi Narzeel tak menangis dan berpura - pura kuat dihadapannya . Dia tak mahu terlihat lemah dihadapan Haura .

Tapi apa pun , dia tetap manusia biasa . Dia akan tetap menangis..

' Shhhtt.. Sudah la tu , jangan nangis lagi . Malu la baby tengok abi dia menangis ' Haura menepuk belakang Narzeel . Macam baby dah si Narzeel ni menggogoi .

Haura gelak kecil bila Narzeel menggoncangkan badannya . Tahu la dia Narzeel ni malu . Mana tak nya , ini kali pertama dia tengok Narzeel menangis .

' Ya ya , i maafkan you . Kita mula hidup baru , i dah boleh jadi isteri you sepenuh masa dah ' Haura mencium tepi kening Narzeel yang ada di atasnya .

Narzeel mengangguk perlahan sambil menarik hingusnya . Mahu sahaja si Haura ni gelak , tapi nanti dosa pula .

' Penyek la anak kita you tindis i macam ni '

' Ermmm ! ' Narzeel mengetatkan pelukannya bila Haura cuba untuk menolak dirinya turun .

Dia malu , malu nak tengok muka Haura . Nanti mesti Haura gelakkan dia sebab menangis .

' Mr iceberg ni rupanya manja ya , kuat menangis.. kita sama , cengeng ' Haura mencubit perlahan pipi Narzeel . Namun Narzeel tidak mengendahkan .

Dia mahu Haura sahaja sekarang . Pelukan gadis itu mendamaikannya . Menenangkan .









Explanation about Haura Medyna .

Haura Medyna atau Ara . Haura Medyna dan Haura Aatisya bukan orang yang sama . Wajah mereka sahaja yang sama . Haura Medyna ni kira arwah kekasih kepada Narzeel Aathif .

That's it , apa - apa lagi yang tak faham . You guys can ask in the comment <3

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now