Chapter 43

189 12 0
                                    

Keesokkanya . Haura turun dengan menggalas bag tangannya di atas bahu . Dia menuju ke meja makan . Kelibat Dato Mokhtar dicari , tapi tak jumpa .

' Mommy.. Mana papa ? ' Tanya Haura sambil duduk di kerusi . Bag nya diletakkan di kerusi sebelahnya .

' Papa ada hal katanya , itu yang dia keluar awal . Tisya nak pergi mana ni ? Harriz bagitahu mommy yang Tisya cuti ' Tanya Datin Hallen bila melihat anaknya ini bersiap cantik .

Dia perasan wajah anak nya semakin hari semakin cantik dan berseri . Macam seri mengandung pun ada . Ada kala dia tersenyum melihat wajah yang menenangkan itu , tak lari jauh dari wajah ibunya , Hayana .

' Haura ada hal , Afiq ajak jumpa . Ada hal penting katanya ' Kata Haura sambil menyuapkan pancake di dalam mulut .

' Oh Afiq kawan Tisya tu ya ? Lama mommy tak nampak dia , baik budaknya . Tisya ada apa apa ke dengan dia ? ' Tanya Datin Hallen . Tapi lebih kepada usikan .

' Mana ada la mommy , kitorang kawan je . Mommy jangan fikir bukan bukan ya , Haura muda lagi nak kahwin ' Haura seolah memberi amaran pada Datin Hallen .

Datin Hallen tergelak kecil . Muda apanya anak oi , awak dah 25 !

Sampai di satu cafe Haura melangkah masuk ke dalam . Kelibat Afiq dicarinya . Kemudian dia ternampak lelaki yang mengangkat tangan sambil memandang ke arahnya .

Haura pantas mengatur langkah ke arah lelaki itu . Dan semestinya itu adalah Afiq Darren .

' Amboi Fiq . Lama tak nampak , makin segak bergaya kau ya ? ' Usik Haura sambil meletakkan bag nya di atas meja . Afiq sudah ketawa malu . Haura suka buat jantung dia berdebar .

' Kau nak oder apa apa ke Haura ? Aku belanja ' Haura menggeleng . Dia baru sahaja belasah pancake dan nasi lemak Datin Hallen tadi . Memang tak muat dah nak tambah .

' Tak pela , lagipun aku kejap je kat sini . Ada hal lagi lepasni . Ha apa hal penting kau nak bagitahu tu ? ' Tanya Haura . Dia memandang ke arah Afiq yang masih terkebil .

' Haura.. Aku... ' Wajah Haura dipandang dengan penuh rasa gementar . Haura masih menunggu apa yang akan dikatakan Afiq .

' Aku suka kau.. ' Laju dia berkata . Kemudian dia terus menunduk . Malu ada , takut ada , gelisan ada semua ada la . ' Fiq.. Kau.. Kau main main je kan ? ' Haura ketawa hambar berharap apa yang dikata Afiq tadi sekadar gurauan .

' Haura please.. Stop cakap aku main main . Aku betul betul sukakan kau ' Katanya dengan mata tepat memandang Haura .

Kotak cincin dari pocketnya dikeluarkan . Lalu dihala ke arah Haura . ' Haura.. Sudi tak kau-- ' Belum sempat Afiq menghabiskan ayatnya Haura sudah menolak cincin itu .

Kotak cincin itu ditolak dengan hujung jarinya secara perlahan . ' Maaf Fiq.. Aku tak boleh terima kau.. Aku anggap kau kawan je ' Katanya , dia memandang wajah Afiq yang tadinya senyum mula mengendur .

' Haura please bagi aku peluang , aku betul betul cintakan kau dan aku nak halalkan kau ' Bersungguh sungguh Afiq berkata .

Dia langsung tak bermain main dengan kata katanya . Sudah lama dia menunggu masa untuk nyatakan perasaan nya pada Haura .

' Aku minta maaf Fiq , aku tahu niat kau baik . Aku tahu kau ikhlas . Tapi aku tak boleh , aku minta maaf ' Haura menunduk .

Rasa serba salah menghurungi dirinya . Dia tahu niat Afiq baik dan ikhlas . Tapi dia isteri orang , takkan dia nak terima lamaran Afiq ni pula ?

' Berkali kali kau tolak aku Haura , boleh aku tahu kenapa ? ' Tanya Afiq lembut . Senyum kelat ukir dibibirnya . Hatinya ibarat dihiris dengan pisau yang tajam tiada tandingan .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now