Chapter 17

224 12 0
                                    

Haura Aatisya

Haura memandang lama phone miliknya . Dia salah dengar ke ? Memang itu suara perempuan kan ?
' Sara ? Maisara ? ' Tekanya . Jadi apa yang Narzeel cakap tadi betul ? Dia memang dengan Maisara ?

Haura merenung lama . Tanpa sedar pintu biliknya dibuka . ' Tisya... Menung apa lagi tu ? Adeen dengan Naula dah sampai kat bawah ' Terus tersedar Haura dari lamunan dengan suara Datin Hallen .

' Sorry Mommy Haura leka kejap tadi , Mommy suruh dorang tunggu kejap Haura nak pakai tudung ' Datin Hallen hanya mengangguk . Dia memandang bakul yang terletak dihujung katil Haura .

' La.. Ni kenapa ? Katil Tisya kotor ke ? ' Tanya Datin Hallen . Haura sudah mula terkedu . Jawapan apa nak bagi ni ?
' Oh itu.. Tak Mommy , Haura period.. Itu yang tukar cadar ' Jawab Haura . Datin Hallen mengangguk lagi .
' Tak apa la kalau macamtu , mommy ambil basuh ya ? '

Haura anggukkan sahaja . Dia mengusap dada lega . ' Eh.. Tapi macam mana kalau mommy perasan itu bukan darah period ? ' Fikir Haura . Dia menepuk dahi sendiri . Shawl yang terletak elok di atas katil dipakainya .

Setelah siap menyiapkan diri , dia menggapai bag tangannya . Phone yang ada di atas meja dipandang .
' Nak call ke tak ? ' Fikir Haura . Dia mengetuk dagunya sendiri . ' Ah tak yah la , dia kan dengan Maisara tu.. ' Haura menjulingkan matanya . Menyampah pula bila teringatkan adegan Maisara memeluk suaminya .




HAURA , Adeena dan Naula melangkah masuk ke dalam sebuah Cafe . Mereka baru sahaja membeli keperluan untuk dibawa ke campus . Mereka duduk di salah satu meja yang kosong .

Setelah memesan makanan mereka berborak sesama sendiri . ' Haura.. Tak lama lagi dah nak graduate , so lepasni apa plan kau ? ' Tanya Adeena . ' Aku tak plan apa apa lagi , yang aku tahu aku nak rest kejap . Kalau papa aku tak ada nak atur apa apa aku cari kerja kut dekat mana mana company . Korang sendiri tahu kan perangai papa aku macam mana . Course University pun dia pilihkan untuk aku.. ' Balas Haura dengan suara yang sedikit lelah .

' Alaa , kau sabar la sikit . Percayala setiap apa yang papa kau buat tu untuk kebaikkan kau . Tengok kakak kau , dah sampai France siap ada syarikat sendiri lagi.. ' Kata Naula . Macam biasa Naula Qasyreen memang seorang yang positive vibe .

Berjaya tapi tak bahagia , for what ? ' Balas Haura dengan senyum tipis .
' Kau taknak cari boyfriend ke Haura ? Kau dah 25 tahun kut.. ' Tanya Adeena tiba tiba .

' Tak nak la.. Aku nak ada semua sendiri dulu . Rumah sendiri , kereta sendiri baru nak kahwin.. ' Balas Haura . Padahal aku dah kahwin sebelum aku belajar lagi dah huhu .
' Apa la kau ni Adeen , tahu boyfriend je.. Kau tanya orang , kau tu bila ? ' Sampuk Naula dengan menyiku lengan Adeena .

' Alaa aku ramai je nak , aku je jual mahal . Tapi Haura.. Afiq tu dah lama suka kau , asal kau tak layan eh ? Padahal korang dah kenal lama , apa lagi yang tak ngam ? ' Tanya Adeena lagi . Ya memang dulu dia tak sukakan Afiq , tapi itu sebelum dia tahu kebenaran .

Kebenaran yang Afiq rapat dengan Nuryn untuk lindung Haura . Dia dan Naula sahaja tahu , tapi tidak Haura . Kata Afiq , biarla rahsia~~ ' Hati aku tak boleh buka untuk dia la.. Entah maybe aku lagi selesa kawan je kut dengan dia ' Teragak agak untuk Haura menjawab . Dia menghirup airnya yang dipesan tadi untuk hilangkan gugup .

' Weh weh.. Tu bukan ke Liyan Maisara ? Anak jutawan terkenal yang baru balik dari Istanbul ? ' Naula menunjuk ke arah sepasang kekasih yang baru masuk ke dalam Cafe itu . Tapi ye ke kekasih ?

Haura pusing memandang ke arah yang ditunjuk Naula . ' Haah la... Cantik juga dia eh depan depan . Natural gila ! ' Puji Adeena pula . ' Kau mesti kenal dia kan Haura ? Yela papa kau pun jutawan juga ' Kata Naula sambil memandang Haura .

Haura masih memandang Maisara dan Narzeel yang berganding tangan itu .
" Semalam bukan main cakap , sentuh sekali la , terpaksa la.. Heish " Bebel Haura sendiri di dalam hati . ' Entah , aku bukan ambil tahu sangat.. Cantik sangat ke dia ? ' Tanya Haura pada Adeena dan Naula .

' Gila tak cantik ? Mak dia ada cawangan butik merata tahu ! Sah mesti dia jadi model nanti.. ' Puji Adeena dengan megah sekali..
' Eee tengokla boyfriend dia pun helokk ! haih sesuai kan dorang ? Bila la aku nak ada pasangan macamtu hm.. '

Tersentak Adeena dan Naula bila mendengar Haura menghentakkan gelas airnya dengan kuat . ' Alahh , tak ada la handsome mana pun.. Entah entah lelaki tu suami orang ' Ditekankan sikit perkataan suami orang itu . ' eish apa kau ni.. Tak baikla ' Kata Adeena .

Haura menjulingkan mata ke atas . Sakit pula hatinya bila dua orang sahabatkan sepadankan SUAMINYA dengan orang lain.. Tu suami aku la ! memang la helok ! Makin panas hati Haura bila Liyan Maisara melentokkan kepalanya ke bahu Narzeel .

Narzeel yang perasan sekumpulan wanita tadi memandang dia dan Maisara memerhati dalam ke arah salah seorang sekumpulan gadis itu .
Haura.. Nama itu muncul dibenak fikirannya . Seketika mata mereka bertembung . Laju sahaja Haura melarikan pandangannya .

' Sara please... ni tempat public jangan la macamni ' Narzeel sedaya upaya menolak tubuh Maisara yang dari tadi menempel dengannya . ' Ala biarla semua orang tahu yang abang ni milik Sara dan bakal suami Sara ! ' Teruja Liyan Maisara berkata .

Narzeel senyum kelat . Hatinya sudah mula tak tenang memikirkan Haura .
Maisara makin mengetatkan pelukannya dengan Narzeel bila dia perasan sekumpulan perempuan memandang dia dan Narzeel . Dan dia juga perasan Narzeel sedang memandang ke arah sekumpulan perempuan itu juga .

Maisara menarik wajah Narzeel memandangnya . Diusap bibir merah milik Narzeel .

Haura yang tak tahan melihat itu terus mengajak Adeena dan Naula keluar dari situ .

Narzeel menolak tangan Maisara yang makin gatal memeluk tubuhnya .
' Abang kenapa ? Sara peluk aje pun ' Maisara sudah mencebik wajah .
' Sara tolongg abang merayu ni tempat public jangan buat macamni ' Tegas Narzeel berkata . Kalau diikutkan nak sahaja dia menengking Maisara yang degil ini .

Tapi dia tak mahu masalah makin bertambah dengan sikap Maisara yang suka mengadu ini . ' So kalau bukan tempat public Sara boleh buat lebih dari ni la ? ' Tanya Maisara dengan senyum gatal terukir dibibirnya . Narzeel menolak Maisara menjauh darinya dan terus meninggalkan Maisara seorang diri disitu .

Liyan Maisara tergelak kecil . ' Nak tapi ego.. Tak apa , Sara nak tengok sekuat mana  abang boleh lawan.. ' Dia mengukir senyum sinis .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now