Chapter 67

294 14 0
                                    


Beberapa bulan kemudian...

Istanbul

Pagi yang damai itu menyambut seorang putera lelaki yang baru sahaja dilahirkan . Wan Naqeeb Aldric . Haura tersenyum sambil bersandar dikatil melihat Afiq yang mengazankan anak lelakinya .

Haura sendiri tidak menyangka bahawa dia akan bertemu dengan Afiq disini . Paling terkejut ialah , Afiq juga tinggal di apartment yang sama dia dan Nawal tinggal .

Alasan dia datang kesini katanya nak membawa hati yang luka . Nak mengubat luka , mana tahu boleh dapat jodoh sekali . Ni Afiq yang cakap eh .

Nawal mengambil Naqeeb yang ada didukungan Afiq selepas lelaki itu mngazankan Naqeeb . Kemudian bayi lelaki dengan mata tercelik luas itu diletak ditepi Haura .

' Tahniah Haura.. ' Nawal menjatuhkan ciuman di atas dahi Haura . Wanita ini sangat la kuat , bertarung nyawa didalam wad bersalin seorang diri tanpa ada suami disisi .

Apabila Naqeeb berada di sebelah Haura , automatik mata bayi itu terpejam . Mungkin rasa terbuai dengan sentuhan si ibu .

" Muka Naqeeb sama macam abi.. Mata ikut abi , kening ikut abi.. Hidung pun sama " Ujarnya dalam hati . Haura mengusap pipi Naqeeb dengan jari telunjuknya . Naqeeb pula langsung tidak terkesan dengan sentuhan Haura .

Malah makin membuatkan dia berasa terbuai dengan memejam mata . Haura  kembali mengukir senyum melihat Naqeeb yang sudah pun tertidur .

' Haura dah jadi ibu sekarang.. Haura mesti kena lagi kuat untuk Naqeeb ' Kata Nawal , tangan sepupunya digenggam . Haura berasa bersyukur kerana Nawal sentiasa ada dengannya .

Tak pernah sekalipun wanita mengeluh menjaganya sepanjang dia mengandung . Ketika dia sakit , Nawal la orang yang paling risau tentangnya . Dia bersyukur kerana Allah menghadirkan orang yang baik untuk menemaninya disini .

' Haura... Adeen call ' Bagitahu Afiq , dia menghampiri Haura sambil telefon ditunjuk ke arah Haura . ' Tak sabar betul minah ni nak tengok anak aku '  Haura menggeleng kepala .

Adeena di Malaysia itu setiap hari menelifonnya menanya kabar . Dia la paling excited menunggu kehadiran bayi kecil itu .

' Oh my god , ya Allah.. Comelnyaa anak kau Haura . Rugi pula tak minta cuti awal - awal . Kalau tak boleh aku gomol anak kau ' Adeena monyokkan wajahnya .

Dia tak dapat pergi kesana merai hari bahagia ini bersama sahabatnya kerana terhalang dengan kerjanya di Malaysia . Kalau tak dah lama dia terbang ke Istanbul untuk berjumpa dengan Haura dan Naqeeb .

' Woi , suara kau slow sikit boleh ? Kau tak nampak budak tu tengah tidur ? ' Sampuk Afiq , suaranya diperlahankan sedikit ketika berbicara dengan Adeena .

' Diam la kau ! Tepi tepi , aku bukan nak tengok muka tak handsome kau tu ' Adeena menjulingkan matanya ke atas . Afiq pula mengejek gaya Adeena . Dua orang ni memang tak boleh duduk sebumbung , nak gaduh je kerja .

' Apa nama dia Haura ? ' Tanya Adeena dengan mata masih melekat pada wajah Naqeeb yang sedang lena .

' Wan Naqeeb Aldric ' Balas Haura sambil tersenyum melihat riaksi Adeena yang tak habis habis memandang anaknya .

' Nice name.. Like his father name ' Kata Adeena . Riak wajah Haura seketika berubah . Afiq yang tersedar akan hal itu terus mengalihkan telefon .

' Okay la Adeen phone aku battery nak habis , lain kali sambung tengok si Naqeeb ni . Dia nak tidur bye ' Tanpa sempat Adeena membalas , Afiq mematikan panggilan .

' Okay la , aku pun kena balik ni . Cafe tu nanti tak ada siapa pula jaga . Tahniah Haura , aku doakan semoga kau mampu jadi ibu yang baik untuk Naqeeb '

' And for Naqeeb.. Jadi anak yang baik ya.. Jangan sakitkan hati umi ' Pipi Naqeeb yang tertidur lena itu dicubit sedikit . Haura tergelak kecil .

' Thanks sebab azankan anak aku.. Aku tak tahu nak balas jasa baik kau macam mana sebab sanggup uruskan semua hal hospital '

' Tak ada apa hal la , kau kan kawan aku . If you need anything just call me ' Haura hanya mengangguk .

' Aku pergi dulu ' Pamit Afiq . Haura hanya menghantar susuk tubuh Afiq keluar dengan ekoran mata .

' Okay la , akak pun nak balik . Nak mandi kejap nanti akak datang balik bawakkan makanan untuk Haura ' Kata Nawal . Dia pun belum mandi dari subuh tadi .

Kalut punya pasal nak bawa si Haura datang hospital . Gelabah dia call si Harriz dengan Afiq .

' Ya akak.. Akak rehat la dulu . Terima kasih sebab banyak jaga Haura ' Haura mengukir senyum dibibirnya .

' Haura ni dah macam adik akak dah.. Selagi Haura tinggal dengan akak , Haura and Naqeeb tanggungjawab akak ' Kepala Haura diusap . Dia sudah menganggap Haura ini seperti adiknya sendiri .

Mereka membesar bersama , Nawal sendiri pun tidak sangka bahawa Haura sudah pun bergelar ibu dengan sekelip mata . Padanya , Haura masih lagi gadis kecil .

Tangan Nawal disalam . Nawal pula mencium sesaat pipi Naqeeb .

' Akak pergi dulu.. ' Haura mengangguk . Harriz hanya tersenyum ke arah Haura dan dia keluar dari bilik itu bersama Nawal .

Selepas kelibat Nawal dan Harriz hilang dari pandangan , Haura tersenyum nipis . Cermin kaca yang menampakkan pemandangan luar itu dipandang .

Kemudian di pandang pula Naqeeb yang masih terlena di atas lengannya .
' Maafkan umi sebab Naqeeb tak dapat jumpa abi lagi . Tapi umi janji , satu hari nanti Naqeeb akan jumpa dengan abi ' Tangan kecil itu dipegang dan diciumnya lama .

Tipu kalau dia tak berasa kosong kerana Narzeel tak ada bersamanya untuk menyambut kehadiran putera kecil mereka . Tapi.. Ini jalan yang dia pilih . Meski kejadian itu sudah 4 bulan berlalu , tapi hatinya masih tak dapat melupakan apa yang Narzeel lakukan padanya .

Ayat yang tertulis di dalam kertas bahawa Narzeel tak akan pernah cintakannya masih lagi terpatri diingatan . Sakit dan sukar untuk dia terima semua itu .

Dia percayakan Narzeel sepenuh hatinya . Tapi kepercayaannya dikhianati . Dikhianati oleh orang yang kita cinta sangatla sakit . Pedih . Perit . Luka yang amat dalam .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now