Chapter 26

203 13 0
                                    

Narzeel hanya menghantar Haura setengah jalan sahaja . Tak mahu pula nanti dilihat sesiapa . Haura memandang wajah Narzeel . ' Thankyou sebab kenalkan i dengan family you . Dorang baikkkk sangat '

Kata Haura dengan senyum tak lekang dibibirnya . Jujur dia berasa sangat nyaman bila bersama dengan keluarga Narzeel . ' Ya.. Dah banyak kali you berterima kasih , nanti ada masa i bawa you jumpa umi lagi okay ? '

Haura mengangguk teruja . Tangan Narzeel diambil dan dibawa ke dahinya . Kemudian satu ciuman diturunkan di kekura tangan suaminya .
' Assalamualaikum Hubby.. '

Terbit satu senyum dibibir Narzeel mendengar ayat yang keluar dari mulut Haura . Nada yang lemah lembut itu mampu membuatkan imannya berguncang !!

' Sudah.. Jangan goda i dekat sini , go masuk cepat kang tak pasal pasal orang nampak ' Haura tergelak kecil . Baru sahaja dia ingin membuka pintu lengannya ditarik . Haura pusing memandang Narzeel dengan kedua keningnya diangkat .

Tanpa berkata apa apa , belakang kepala Haura ditarik dan satu ciuman didaratkan di dahi licin milik Haura Aatisya . Haura masih lagi terkejut dengan tindakan Narzeel itu hanya diam terkaku .

' Jaga diri okay sweetheart ? ' Lambat lambat Haura mengangguk . Panahan mata Narzeel buatkan hidupnya tak keruan . Pantas dia melarikan matanya dari terus memandang mata helang Narzeel dan terus keluar dari kereta .

Narzeel menghantar susuk tubuh Haura dengan ekoran mata . Senyum tipis terukir dibibirnya , melihat gelagat Haura tadi mengingatkan dia tentang seseorang . Tingkah laku Haura dan Dia langsung tak jauh beza . Manja , cengeng , ganas dan kadang membuatkan dia ingin ketawa dengan kecomelan Haura .



Haura melangkah masuk ke dalam rumah . Namun langkahnya dihentikan dengan satu suara . ' Baru ingat nak balik ? ' Haura menggigit bibirnya . Dia memandang Dato Mokhtar yang bersandar disofa .

' Kan Haura dah cakap Haura balik lewat sikit.. ' Muncul pula lagi satu suara . Semestinya Datin Hallen . ' Bela sangat anak you ni.. Nanti jadi apa apa baru tahu nak sembunyi muka ' Seusai dia berkata begitu terus Dato Mokhtar naik ke atas .

Haura mengeluh perlahan . Dia berjalan ke arah Datin Hallen yang duduk di meja makan itu . ' Mommy.. Percaya la Haura tak buat benda tak elok dekat luar.. ' Terang Haura , dia tak mahu kalau Datin Hallen fikir dia buat yang bukan bukan diluar sana

' Ya sayang.. Mommy percayakan Tisya , jangan di dengar sangat papa kamu tu . Ni Haura dah breakfast ? ' Haura menggeleng . Walaupun sememangnya dia sudah sarapan tapi dia mahu menjaga hati Datin Hallen .

Kerusi dihadapan Datin Hallen didudukinya . Datin Hallen pula menyiapkan sarapan buat Haura . ' Mommy.. Haura nak tanya sikit boleh ? ' Datin Hallen hanya mengangguk .

' Ibu Hayana dulu.. Memang tak ada anak ke ? ' Tak tahu apa yang menghasutnya untuk tanya begitu pada Datin Hallen . Terhenti tingkah Datin Hallen dengan soalan anaknya .

' Kenapa Tisya tanya ? ' Soalan dibalas soalan . Haura menggaru tengkuknya .
' Saja.. Sebab yela ibu Hayana tu hampir sama umur dengan mommy takkan la dia tak kahwin lagi kan ? ' Balas Haura . Dia memandang wajah Datin Hallen yang semakin berubah itu

' Haura makanla , mommy ada kerja dekat atas ' Sekeping roti diletakkan di atas pinggan Haura . Lalu Datin Hallen meninggalkan Haura sendirian disitu . Haura mengukir senyum tipis .

Dia masih tak faham kenapa Mommy dan Papanya masih lagi mahu berahsia tentan hal ini . Sedangkan dia sudah pun berusia 24 tahun..

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now