Chapter 56

207 12 0
                                    

Selepas semua ahli keluarga melihat wajah arwah buat kali terakhir , arwah diangkat masuk ke dalam keranda .

Sampai dikubur , Haura masih lagi termenung dan menangis . Bengkak mata itu menangis . Dia masih lagi tak percaya yang sahabatnya itu sudah tiada .

Narzeel keluar dari perut kereta . Pintu kereta disebelah Haura dibuka . Haura memaut tangan suaminya untuk keluar dari kereta .

' Narzeel , aku rasa kau takyah ikut la . Mommy dengan papa Haura ada ' Kata Adeena . Narzeel memandang ke arah Haura .

Berat pula hatinya ingin biarkan isterinya pergi sendiri . Sudahla lemah sahaja dia melihat tubuh isterinya itu .

' Tak apa.. Adeen ada , dia jaga i . You jangan risau ' Haura menepuk perlahan bahu suaminya . Tangan Adeena dipaut untuk berjalan .

Narzeel hanya menghantar susuk tubuh Haura dengan pandangan mata . Tak kuat dia melihat isterinya lemah begitu . Mata yang bengkak , wajah yang sembab dan langsung tak bermaya .

Adeena memimpin tangan Haura untuk berdiri di sebelah Datin Hallen . Haura cuba untuk menyalam tangan itu , tapi Datin Hallen hanya buat tak tahu . Haura senyum tawar .

Adeena yang perasan akan tingkah Datin Hallen itu mengusap bahu Haura . Dia dah tahu segalanya . Semuanya dah diceritakan oleh Narzeel .

Selepas semuanya selesai . Haura mengambil huluran jug air yang berisi bunga itu lalu dituangkan ke atas tanah kubur Naula .

Giliran Adeena pula melakukan hal yang sama . Haura duduk diam ditepi kubur itu . Dia mengenggam tanah yang masih merah dan basah itu .

' Salam takziah dari saya sekeluarga.. ' Haura menoleh perlahan bila Datin Hallen menyapa Puan Nasyrin , Ibu kepada Naula .

Puan Nasyrin hanya mengangguk dan membalas huluran tangan Datin Hallen . Datin Hallen langsung tak memandang wajah Haura yang duduk disebelah Puan Nasyrin itu .

Dato Mokhtar pula sedang bersembang dengan Tuan Qhair , ayah kepada Naula . Sememangnya keluarga dia dan keluarga Naula agak rapat .

Bila melihat Datin Hallen yan sudah pun mahu beredar dari situ , cepat cepat Haura mendapatkan tubuh tua itu .

' Mommy.. Tisya rindu mommy.. ' Haura memeluk Datin Hallen dari belakang . Datin Hallen diam seketika kemudian dia menepis kasar tangan kecil yang memeluknya itu .

' Mommy tolong.. T-tolong jangan buang T-tisya ' Haura cuba mendapatkan tangan Datin Hallen itu , tapi Datin Hallen tetap menarik dan menepis tangan Haura dari menyentuhnya .

' Lepas la ! Awak salah orang.. Saya bukan mommy awak '

Haura terkedu bila Datin Hallen berkata begitu . Air matanya semakin deras jatuh .

' Mommy jangan buat Tisya macamni.. ' Haura masih cuba untuk meraih tangan itu .

Tapi tiba - tiba tubuhnya ditolak Dato Mokhtar . ' Hey ! Apa lagi kau nak ha ? Kan aku dah kata kau bukan lagi anak aku ! ' Dato Mokhtar menengking Haura .

Nasib tak ada ramai orang disitu . Rata - ratanya semua telah pulang selepas pengebumian .

' Papa.. Jangan buat Haura macam ni ' Haura merayu di kaki Dato Mokhtar . Dia memegang erat kaki milik Dato Mokhtar .

' Jangan sentuh aku , aku dah kata aku jijik dengan kau ! Untuk apa lagi kau cari kami ? Nak kami sara anak yang tah siapa siapa bapak dia tu ?! '

' Sudah la Haura . Pergi jauh dari kami . Aku benci tengok muka kau ! ' Dato Mokhtar menolak kasar tubuh Haura jatuh ke tanah .

' Dato ! ' Narzeel mendakap tubuh yang jatuh ke tanah itu .

' Saya sabar dengan Dato selama ni . Saya bersabar sebab Haura , tapi apa yang Dato buat ni dah lebih ! ' Narzeel mula naik menengking . Naik turun dadanya melihat Haura yang diperlakukan begitu .

' Kamu lagi ? Kamu ni siapa ? Tak habis habis nak membela dia ? ' Jari Dato Mokhtar naik menunding ke arah Narzeel .

' Saya suami Haura ! Dan anak yang dikandung Haura itu anak saya . Jadi ini amaran terakhir jangan berani - berani lagi nak naik tangan pada isteri saya ! '

Dato Mokhtar terdiam bila Narzeel berkata begitu . Datin Hallen pula menekup mulutnya kerana terkejut dan tak percaya dengan apa yang dikata Narzeel .

Narzeel membantu Haura untuk bangun . Dia memandang tajam ke arah Dato Mokhtar .

' Dato buang la dia , sebab dia masih ada saya . Tapi sekejam apa pun Dato buat pada dia , dia masih sayangkan Dato sebagai papa yang membesarkan dia '

' Saya malas nak buang air liur untuk jelaskan semua ni . Lebih baik Dato tanya sendiri Hairi , ayah kandung Haura ' 

' Tak apa kalau Dato jijik dengan isteri saya . Saya akan pastikan Dato tak jumpa lagi Haura selepas ni , walaupun dalam mimpi '

Narzeel terus membawa Haura pergi dari situ . Haura masih lagi menoleh kebelakang , jujur dia rindu dengan belaian mommynya .

' You i nak jumpa papa , i nak ikut dorang balik ' Haura meronta - ronta ingin dilepaskan oleh Narzeel .

' Narzeel lepas.. S-sakit ! I nak ikut mommy dengan papa ' Narzeel hanya buat tam endah . Haura ditolak masuk ke dalam kereta dan dia memakaikan tali pinggan buat Haura dengan cara agak kasar .

' Narzeel ! I nak ikut papa dengan mommy balik , you pekak ke ?! '

' Diam Haura ! '

Haura tersentak . Kedua bahunya terhinjut kerana terkejut dengan tengkingan Narzeel .

' You nak ikut dorang balik buat apa ? Dorang dah buang you ! Dorang jijik nak tengok muka you , you masih nak ikut dorang balik ?! '

' I suami you dan tempat you dekat sisi i ! Dorang dah buang you , you sedar tak ? I ada , i akan jaga you.. Jaga anak kita.. '

' Please.. Jangan macam ni . Kawal emosi you . I sakit hati bila tengok you diperlakukan macam tu tadi , jadi you ingat i senang - senang nak lepaskan you pada dorang ? Never '

Air mata Narzeel jatuh sambil dia menjelaskan apa yang terbuku dalam hatinya . Dia benar - benar tak boleh terima apa yang dia lihat tadi .

Bagaimana kejamnnya Dato Mokhtar menghina isterinya . Menolak kasar tubuh yang selama ini dijaganya . Dia tak dapat terima semua itu .

' Please.. Jangan rayu dengan i untuk tinggalkan i atau untuk i tinggal dengan you . I tak kuat untuk hilang you Haura , please i merayu '

Tangan Haura diambil dan diciumnnya . Dia menganggam erat tangan itu dengan air matanya yang jatuh membasahi tangan Haura .

Narzeel mengangkat wajahnya memandang Haura . Isterinya itu menangis teresak - esak dengan bahu yang terhinjut . Seluruh wajah itu dipenuhi dengan air mata .

' Shtt.. Jangan menangis . I tak suka . I will always be by your side . I janji dengan you , please jangan tinggalkan i ' Rayunya lagi . Air mata Haura diseka dengan ibu jarinya . Kepala Haura ditarik perlahan dan dia menjatuhkan ciuman di dahi Haura .

- The Memories -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- The Memories -

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now