Chapter 68

301 17 0
                                    

Narzeel Aathif

Narzeel termenung sendiri didalam pejabat sambil berbaring di sofa yang ada disitu . Tangan diletakkan di atas dahi dan sebelah tangan lagi melapik kepala .

Pintu pejabat yang dibuka dari luar langsung tak dihiraukannya . Isaac menapak masuk ke dalam pejabat Narzeel . Dia duduk di sofa sebelah Narzeel .

' Tuan.. Sekarang dah lewat malam . Tuan tak nak balik lagi ? ' Tanya Isaac . Selepas 4 bulan Haura tak ada , hidup majikannya ini sangat la tak terurus . Tak sama seperti Tuan Narzeel yang dia kenal dahulu .

Tak dapat dinafikan betapa tingginya tempat Haura Aatisya di dalam hati Narzeel . Kehilangan gadis itu sangatla memberi kesan buatnya .

' Untuk apa lagi aku nak balik Isaac . Aku balik atau tak , keadaan masih sama . Rumah tu tetap kosong tanpa Haura.. ' Balasnya dengan suara yang agak mengendur . Mata itu masih lagi terpejam .

Dapat Isaac lihat air mata yang mengalir turun ditepi mata Narzeel . Dia tahu bahawa Narzeel sendiri telah berputus asa untuk mengharapkan isterinya pulang .

' Jangan macam ni Tuan.. Balik la , harini seharian Tuan bekerja . Rehatkan diri , nanti sakit siapa nak jaga ? ' Bahu Narzeel ditepuk sedikit . Dia sendiri tak tahu macam mana nak pujuk majikannya ini .

Ini dah kali ke lima dia berpesan kepada Narzeel untuk pulang . Jam pun sudah menujukkan pukul 9 malam .

' Nak dibandingkan sakit aku ni , apa yang aku buat pada Haura lebih sakit '

Narzeel bangun dari baringannya . Dia bersandar di sofa . Gambar Haura yang ada di atas dadanya tadi diambil dan dipandang .

' Kau tahu.. Harini dah cukup 9 bulan 10 hari Haura kandungkan anak aku . Maknanya , harini Haura dah lahirkan anak aku kedunia '

' Macam mana la kan wajah anak aku tu ? Entah laki ke perempuan.. ' Narzeel senyum dihujung ayatnya . Dapat Isaac lihat wajah teruja Narzeel menceritakan hal itu padanya

' Happy birthday sayang.. ' Ucapnya perlahan dengan air mata yang jatuh . Hari ini juga hari lahir Haura , bermakna sama tarikh dengan kelahiran anaknya .

' Aku teringin sangat nak azankan anak aku Isaac.. Tapi disebabkan kejahilan dan kesilapan aku , aku tak dapat buat semua tu ' Wajah Haura didalam gambar itu diusap .

Itula rutinnya , jika rindu dia akan memandang gambar Haura . Nama Haura Aatisya tak pernah terpadam dalam hatinya meskipun dalam doanya .

Dia sentiasa doakan yang isterinya itu selamat dan baik - baik sahaja . Dia percaya , meski jarak yang jauh tetapi doa tetap akan sampai..

' Tuan.. Pandang saya ' Arah Isaac . Narzeel hanya mengikut , dia langut memandang Isaac yang duduk dihadapannya .

Isaac memandang ke dalam anak mata Narzeel . Mata iris kelabu itu ditenungnya .

' Tuan memang bersalah sebab tak jujur pada Haura . Tapi Tuan tak boleh mengalah macam ni untuk cari dia . Kesian pada Tuan Narzeel . Disebabkan kesedihan dia juga Tuan jadi macam ni.. '

' Jangan disebabkan rasa menyesal Tuan , Tuan hancurkan terus Narzeel dalam diri Tuan.. '

' Bangun.. Cari balik dimana Puan . Demi Tuan Narzeel . Tuan Narzeel sanggup korbankan diri dia untuk Tuan , hanya sebab Tuan rindu pada arwah Haura Medyna.. '

' Tuan Narzeel.. saya tahu Tuan dengar apa yang saya cakap . Keluar la , jangan sembunyi dibalik diri Tuan yang lain.. ' Ucap Narzeel dengan memandang ke arah mata helang majikannya .

Tapi tetap sama , iris mata itu tak berubah . Isaac mengeluh perlahan . Dia bangun dari duduknya .

' Lepas Tuan dah jumpa Puan nanti , ceritakan semuanya pada dia . Jujur pada dia , siapa Tuan yang sebenar . Tuan Narzeel tak salah.. Kesian pada dia ' Ucap Isaac lalu meninggalkan Narzeel disitu .

Melihat Isaac yang sudah keluar , dia kembali bersandar di sofa . Gambar Haura dipandang lama .

' Keluar la Zeel.. cari mana Haura . Aku dah tak kuat.. Maafkan aku ' Kata Narzeel pada dirinya sendiri dengan air mata yang jatuh .

HARRAZ berjalan sambil bersiul ke arah keretanya . Lock kereta dibuka , baru sahaja dia membuka pintu tetapi ada satu tangan yang pantas menutupnya kembali .

Harraz sedikit terkejut . Dia menoleh kebelakang . Tubuhnya dengan tiba tiba sahaja ditolak menyandar ke kereta .

' Mana bini aku ? ' Tanya Narzeel kasar dengan mencengkam kolar baju kemeja Harraz . Harraz sedikit pun tidak gerun , dia ketawa perlahan .

' Bini kau kan ? Kenapa tanya aku ? ' Balas Harraz . Narzeel menunjukkan riak wajah dingin diwajahnya .

' Aku tanya kau baik - baik Harraz , where is my wife ?! ' Suara itu mula meninggi . Wajah yang tadi masih tenang mula bertukar merah . Iris mata yang tadi kelabu bertukar warna hitam pekat .

' Eh aku tak tahu la ! Kau gila ke ? ' Tangan Narzeel yang mencengkam kolar bajunya ditepis kuat . Dada Narzeel berombak laju .

Tangannya naik untuk menghalakan penumbuknya ke arah Harraz . Tapi dengan tiba - tiba ada yang menahan .

' Tuan ! Sabar.. Bukan ini cara dia.. ' Isaac yang tadi hanya menunggu dikereta cepat mendekati ke arah Narzeel bila dia perasan sesuatu yang lain .

' Narzeel.. Untuk apa lagi kau cari Haura ? Tak puas lagi kau gunakan dia untuk lepaskan rasa nafsu kau tu ? '

' Aku ingat perangai aku ni dah cukup syaitan . Tapi kau lebih teruk dari aku , macam binatang ! ' Hina Harraz kepada Narzeel tanpa sedikit rasa takut pun .

' Hey ! Jaga ayat kau , kau tak tahu apa - apa jangan sedap sedap je hina orang . Sekarang bagitahu dia , mana Haura ' Sampuk Isaac yang masih menahan Narzeel yang hampir hilang kawalan .

' Aku tak tahu ' Balas Harraz mendatar . Pintu kereta kembali dibuka tapi Isaac menahan .

' Tolong Harraz.. Aku merayu . Bagitahu aku mana Haura . Aku nak tebus kesalahan aku , aku merayu pada kau ' Narzeel melutut di hadapan kaki Harraz .

Dia lemah . Dia benar - benar ingin berjumpa dengan Haura untuk terangkan segalanya . Harraz yang melihat keadaan Narzeel itu menelan air liur .

Sehebat itukah Haura Aatisya menundukkan Wan Narzeel Aathif ? Sehingga lelaki yang kaku dan beku ini mampu melutut dihadapannya .

' Istanbul '

Narzeel mendongak memandang Harraz . ' Haura dekat Istanbul ' Kata Harraz sekali lagi . Narzeel pantas bangun .

' Aku dah bagitahu kau mana Haura , janji dengan aku tebus kesalahan kau . Jangan ulang lagi ! ' Pesan Harraz bernada amaran . Narzeel pantas mengangguk .

' Thanks Raz.. Aku akan betulkan semuanya '

Harraz senyum tipis . Dia menarik Narzeel masuk ke dalam dakapannya , mereka berpelukan dengan cara lelaki .

' Goodluck '



Siapa Narzil ? Siapa Narzeel ?

Sorry if ada yang tak faham chapter ni . Say hye to plot twist <3

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now