Chapter 77

352 15 0
                                    

Beberapa bulan kamudian..

Semua orang menepuk tangan menyanyikan selamat hari lahir kepada Naqeeb .

Naqeeb yang didukung oleh Narzeef itu menunjukkan riak wajah yang sangat seronok sambil menepuk tangannya sendiri .

Semua tersenyum suka melihat gelagat Naqeeb .

' Happy birthday sayang umi.. ' Haura mencium pipi Naqeeb . Pisau potong kek itu diambil dan dipegang bersama Naqeeb .

Haura menunduk sedikit . Dia pun sudah sarat mengandungkan anak keduanya . Anak perempuan pula kali ini .

Lain rasanya bila Narzeel tak ada disinya ketika dia mengandung ini . Keluarganya la yang banyak menjaganya dan sentiasa menemaninya .

Hari ini juga merupakan hari lahir Haura . Tarikh hari lahirnya dengan Naqeeb adalah sama .

Selesai memotong kek semua menepuk tangan . Naqeeb tersengih suka menampakkan giginya .

' Puan.. Sini kejap ' Panggil Isaac , dia mengambil Naqeeb yang ada didukungan Narzeef itu .

Haura hanya mengikut . Isaac membawa Haura ke taman mini belakang rumahnya .

' Puan duduk sini.. ' Arah Isaac dan Haura hanya mengikut . Dia duduk di atas kerusi kayu yang ada disitu .

' Ada apa ni Isaac ? ' Soal Haura . Dia masih tak faham apa yan cuba ditunjukkan oleh Isaac .

Naqeeb diletakkan di atas ribanya . Sekali sekala dia mengelap peluh yang mengalir di dahi anaknya .

' Nah.. ' Isaac menyerahkan Ipad kepada Haura .

Haura mengambil , dia menekan butang start untuk memainkam video yang ada di dalam Ipad itu .

' Haaaa cantikkan belon tu sayang ? I ingat nak bawa you naik , tapi you takut tinggi . Sayang.. I nak cakap Happy birthday to you and Naqeeb . I love you so much sayang.. '

' I minta maaf kalau i masih belum jadi suami yang baik pada you.. Tapi i nak cakap terima kasih sebab sudi maafkan atas setiap kesilapan i '

' You're so special to me sayang.. Thankyou sebab lahirkan anak kita . Haih.. I tak pandai la jadi sweet ni . So ini aje la yang boleh i cakap '

' Happy birthday my precious wife.. And to Naqeeb.. Nanti kalau abi tak ada , tolong jaga umi tahu . Naqeeb tu lelaki , kena kuat macam abi . Lawan sahaja siapa yang berani sakitkan umi '

' Ingat lelaki yang kuat tak akan semudah itu sakitkan hati wanita , terutamanya umi . Naqeeb kena jadi lagi kuat dari abi ya ? Jaga umi . I love you my son.. '

Satu senyuman dihadiahkan sebelum video itu tamat . Haura pejam mata , laju sahaja air matanya mengalir . Dia rindu . Benar orang kata , rindu pada seseorang yang tak ada itu sakit .

' Sebenarnya Tuan Narzeel nak tunjukkan video ni pada Puan masa di Istanbul.. Tapi benda lain pula jadi '

' Tuan arahkan saya untuk jaga Puan bila dia tak ada nanti.. saya tak tahu yang dia betul - betul maksudkan apa yang dia kata '
' Hari ini , mungkin hari terakhir saya sebagai orang kuat Tuan Narzeel memandangkan syarikat dia pun sudah diambil alih oleh Narzeef . Narzeef pun mungkin tak perlukan saya '

' Tapi Puan jangan risau , saya akan tetap pegang amanah Tuan . Kalau Puan perlukan apa - apa , bagitahu saya '

Isaac bangun dari duduknya . Dia mengusap kepala Naqeeb yang ada di atas riba Haura .

' Puan beruntung sebab miliki Tuan Narzeel sebagai suami . Walaupun jasad dia dah terkubur , dia tetap mahukan Puan dilayan seperti seorang ratu '

Isaa menunduk sedikit sebelum dia pergi meninggalkan Haura disitu .

Haura termenung . Air matanya tak henti jatuh . Ipad tadi juga digenggamnya kuat . Itula satu - satunya video yang dapat dia dengar suara milik Narzeel .

Dia rindu suara candu yang membuatnya ketawa , bahagia dan tenang . Dia rindu pelukan hangat dari Wan Narzeel Aathif .

Adeena yang entah datang dari mana melabuhkan punggung disebelah Haura . Tubuh sahabatnya itu ditarik masuk ke dalam dakapannya untuk menenangkan Haura .

' Hari ni hari bahagia kau , takkan kau nak menangis juga lagi ? ' Air mata Haura itu dikesat .

' Aku dah janji dengan kau kan yang aku akan sentiasa ada dengan kau.. Bukan aku je , kami semua akan ada dengan kau '

' Walaupun kami tahu , kami tak akan mampu gantikan tempat Narzeel yang satu tu . Dia dah tenang dekat sana , kau perlu doakan sahaja buat dia '

' Aku rindu dia Adeen.. Hidup aku rasa kosong bila tak ada dia ' Luah Haura . Kepala Naqeeb dicium lama .

' Kalau boleh aku nak ikut mana saja dia pergi.. '

' Adeen.. Aku percayakan kau , aku amanahkan kau jaga anak - anak aku '

Haura memandang Adeena .

' Jangan mengarut Haura.. Kau yang akan jaga anak kau.. ' Perut Haura yang besar itu diusapnya . Haura tersenyum nipis .

Dia tak tahu sama ada umurnya masih panjang atau tidak . Boleh jadi Allah menarik nyawanya ketika dia sedang nelahirkan anak keduanya .

Tapi dia tahu , walaupun dia tak ada nanti dia tak perlu risau tentang anak - anaknya . Kerana dia mempunyai keluarga yang sentiasa ada disampingnya .

Bagaimana mereka ada disamping Haura , begitu juga la Haura mahu mereka ada disamping anak - anaknya .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now