Chapter 29

208 12 0
                                    

Narzeef menuruni tangga sambil bersiul . Niatnya ingin ke dapur tapi terhenti bila melihat abang nya yang duduk di sofa .

Dia mengatur langkah ke arah Narzeel . Narzeef memandang ke arah gambar yang dipegang abangnya . Automatik dahinya berkerut .

' Along.. ' Narzeel yang ralit memandang gambar itu mengalihkan pandangannya kepada Narzeef . Narzeef pula mengambil tempat duduk disebelah abangnya .

' Bukan main khusyuk pandang gambar kak Ara ' Kata Narzeef . Narzeel mengukir senyum , matanya kembali memandang ke arah gambar yang dipegangnya .

' Dia dah tak ada Zeef , cara ni jela aku boleh ubatkan rindu . Lainla kalau isteri aku ada ' Narzeef memandang pelik ke arah abangnya .

' Apa maksud kau Long ? Kau jangan cakap kau guna kan Haura Aatisya untuk ubatkan rindu kau pada arwah ' Jari ditunding ke arah Narzeel .

' So what ? Kau sendiri tahu muka Haura Aatisya sama macam Haura Medyna.. Itu aje cara yang aku ada untuk ubatkan rindu ' Kata Narzeel selamba tanpa rasa serba salah sedikit pun .

Narzeef memandang tajam ke arah abangnya . Kepala digeleng perlahan .
' Sanggup kau buat macamni pada isteri kau sendiri Long.. Kau ingat Akak Haura tu apa ? Patung ? Kau sedar tak apa kau buat ni ? ' Tanya Narzeef kasar .

Rasa bengang membaluti dirinya bila melihat wajah selamba si abang . ' Aku sedar , dan aku tahu apa yang aku buat . Haura isteri aku dan aku berhak buat apa sahaja pada dia '

Narzeef mengoyak senyum sinis . Dia masih tak percaya yang abangnya boleh berkata begitu . ' Jadi kau kahwin dengan Akak Haura semata mata wajah dia sama macam arwah kak Ara ? Kau tak rasa kejam ke Long ? Macam mana kalau satu hari nanti Akak Haura jumpa gambar gambar Arwah yang kau simpan ? '

Bertalu talu soalan keluar dari mulut Narzeef . ' Dia tak akan tahu kalau tak ada siapa bagitahu . Aku kenal Haura , perempuan naif macam dia tu boleh buat apa je kalau dia tahu ? '

' Jangan yakin sangat Long , kau sendiri tak tahu apa yang boleh jadi '

' Sudah Zeef ! Kau masih budak , kau tak akan faham betapa sakitnya rindu pada orang yang dah tak ada , kau tak rasa apa yang aku rasa . Aku kenal Haura , disebabkan tu aku berani buat semua ni '

Narzeel terus bangun dari duduknya . Dia berjalan ke arah tangga namun langkahnya terhenti apabila Narzeef bersuara sekali lagi .

' Kau tak kenal dia sepenuhnya Long , 6 tahun korang terpisah . Jadi jangan yakin dengan apa yang kau buat ' Kata Narzeel sinis .

' Haura milik aku dan dia cuma ada aku . Pada akhirnya dia tetap akan kembali pada aku . Jangan masuk campur urusan aku Zeef ' Selepas berkata ayat itu dia terus naik ke atas dengan persaan yang dingin .

Narzeel masuk ke dalam biliknya . Dia terus menghempaskan diri ke atas katil . Tangan diletakkan di atas dahi dan mata dipejam .

Selepas beberapa saat matanya kembali terbuka . ' Maafkan aku Haura , Hanya kau sahaja yang layak menggantikan Ara . Tapi maaf , hati aku masih pada Haura Medyna '

Ara atau nama sebenarnya Haura Medyna . Seorang wanita yang dicintai oleh lelaki bernama Wan Narzeel Aathif dengan sepenuh hati .

Kehilangan wanita itu masih tak dapat diterima Narzeel . Dia rindu , dia rindu akan gelak tawa gadis itu . Senyuman manis gadis itu . Dan segala tingkah wanita itu dirinduinya .

Sukar untuk dia melupakan gadis itu begitu sahaja . Gadis yang buatkannya jatuh cinta berkali kali .

Ya dia mengaku , dia hanya gunakan Haura Aatisya untuk ubatkan rindunya pada gadis itu . Dia tahu dia kejam , tapi rindu ini memaksanya untuk lakukan perkara bodoh ini .

Dia berani buat , jadi dia berani tanggung . Dia akan pastikan Haura tak akan tahu langsung siapa Haura Medyna dalam hidupnya .

" I janji , tak akan ada orang lain yang mampu gantikan gadis cengeng macam you ni "

" Walaupun i dah tak ada ? " Soal wanita itu

" Ya . Walaupun you dah tak ada , you tetap pemilik hati seorang Wan Narzeel Aathif "

Memori itu kembali muncul di fikirannya . Terlalu banyak memori yang terukir dalam hidupnya bersama gadis itu .

' Muncul la dalam mimpi i sweetheart.. I miss you ' Ayat itu diucap sebelum dia memejamkan mata dibuai mimpi .

" Cintaila siapa yang kamu suka kerana kamu akan berpisah darinya . Seberapa kuat rasa sayang yang ada , kita akan tetap berpisah dengan orang yang paling kita cinta di dunia . Maka , jibril mengingatkan bahawa janganlah mereka menjadi penghalang kepada tujuan kita yang sebenarnya iaitu akhirat yang lebih kekal abadi " - F

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now