Chapter 18

214 15 0
                                    

Narzeel Aathif

' Menyesal aku bagi muka , kalau tak sebabkan umi aku pun tak hamak nak pandang muka dia . Heish ! ' Amuk Narzeel sendiri . Rambut diraup kebelakang . Matanya melilau disekeliling mall itu mencari kelibat Haura tapi langsung tak jumpa .

Iphone dikeluarkan dari pocket . Number Haura didail . Setelah beberapa kali membuat panggilan tetapi Haura tetap tidak menjawab . Narzeel terus keluar dari mall itu . Langsung tak fikirkan tentang Maisara .

HAURA masuk ke dalam sebuah kedai buku . Adeena dan Naula sudah pun disuruh pulang dahulu . Dia ingin menenangkan fikiran dan hatinya yang masih panas mengingatkan apa yang jadi pagi tadi .

Haura memang seorang yang gemar membaca . Kalau diberi pilihan dia ingin mengambil course menulis tetapi Dato Mokhtar menyuruhnya belajar business supaya boleh bina syarikat sendiri satu hari nanti .

Sedang ralit dia membelek buku , tiba tiba dia terlanggar dengan seseorang .
' Allah.. Sorry saya tak perasan kak minta maaf ' Kata orang yang melanggar itu . Haura mengutip bukunya yang jatuh . Dia menyorokkan buku yang dipilihnya tadi .

' Maaf sekali lagi kak-- ' Gadis yang melanggar Haura itu diam seketika . Haura juga turut hairan . ' Akak Haura ? Haura Aatisya binti Dato Mokhtar , kan ? ' Haura mengerut dahi . ' Err... Ya saya , dan awak ? ' Tanya Haura semula .

' Ya Allah.. Tak sangka jumpa akak dekat sini ! ' Teruja gadis itu berkata . Haura masih lagi terkebil . Dia ni macam artist ke sampai excited sangat adik ni meloncat jumpa dia..

Gadis itu mengajak Haura untuk duduk di salah satu meja di dalam sebuah restaurant . ' Saya Naraleen . Wan Naraleen Aalisya , adik Wan Narzeel Aathif suami akak.. ' Haura terkedu seketika . Narzeel ada adik ? Tak cerita pun..Cantik juga adik Narzeel ni , pandai keluarga dia didik . Nampak seperti seorang yang mementingkan aurat .

' Oh maafla.. Akak tak tahu , Abang Narzeel tak pernah bagitahu akak pun yang dia ada adik ' Balas Haura . Nara hanya tersenyum . Kenal sangat dengan perangai perahsia abangnya itu . ' Takpe , Nara faham . Dan Nara dah agak , along tu memang suka berahsia '

Haura mengangguk faham . ' Tak , bukan salah along juga . Akak pun salah sebab tak tanya pasal keluarga mertua akak , kalau Nara nak tahu nama mak mertua akak pun akak tak tahu ' Haura ketawa janggal . Malu pula tiba tiba .

Nara juga turut ketawa . ' Serious la akak ? Heish along ni bukan nak cerita haih.. ' Nara menggeleng kepala dengan sikap abangnya .

' Nara tahu kan , perkahwinan akak dengan along ni tak dirancang pun.. Kami tak sempat kenal sesama sendiri lagi lepastu terpisah 6 tahun dan langsung tak berhubung.. Akak takut juga kalau keluarga mertua akak tak suka akak ' Luah Haura . Siapa sahaja tak risau tentang keluarga mertua ?

' Mula mula umi tahu tu , dia mengamuk la juga.. Tapi lama lama dia redha saja dengan perangai along tu . Jangan risau umi tu baik dulu along selalu cerita pasal akak dekat umi masa korang sekolah.. ' Lega Haura mendengar . Rezekinya mendapat mertua sebaik itu .

' Hey ladies.. Rancak borak ' Nara dan Haura terdiam sekejap mendengar suara garau yang menegur mereka .

' Lah along.. along buat apa dekat sini ? ' Kata Nara . Haura masih tak memandang wajah Narzeel yang berdiri disebelahnya . ' Sekarang luch hour , itu yang along datang sini.. Ingat nak ajak isteri along tapi dia off phone pula.. Merajuk agaknya ' Kata Narzeel selamba dengan tangan didalam pocket .

' Okay okay , masalah rumah tangga jangan bawa sampai luar . Sekarang lunch hour kan ? elok juga along ada kita lunch sama sama along belanja ' Narzeel hanya mengangguk lalu melabuhnya punggungnya disebelah Haura .

Secara statik Haura menjauhkan dirinya ketepi . Nara yang melihat itu sembunyi senyum . Comel je gaduh .
' Takpela Nara akak kenyang lagi , akak balik dulu nanti kita jumpa lagi ' Pamit Haura . Dia bangun dari duduknya .

Tak sempat dia mengatur langkah Narzeel sudah menarik tangan milik Haura . ' Jangan tipu la , pagi tadi you tak breakfast pun . Come sit ' Pujuk Narzeel . Melihat Haura yang masih tak bergerak itu terus dia menarik pinggang Haura .

Haura yang tak bersedia itu jatuh ke atas riba milik Narzeel . Statik mata mereka bertembung . Haura menolak tubuh Narzeel menjauh dan dia duduk disebelah Narzeel . Merah pipinya akibat malu .

' Nara jangan cuba cuba buat ya , kahwin dulu ' Pesan Narzeel pada adiknya . Dia tergelak kecil melihat muka Haura yang merah padam akibat malu itu .

Seusai makan . ' Akak duduk la dengan kitorang sehari dua . Nara nak juga kenal dengan akak ' Pujuk Nara . ' Akak pun nak juga kenal dengan Nara dengan umi.. Tapi keadaan tak mengizinkan ' Balas Haura .

' Kenapa ? You takut papa marah you tak balik rumah ? ' Sampuk Narzeel . Haura hanya diam . Ya itu memang sebabnya dia tak boleh mengikut kehendak Nara . Dia malas mahu fikir alasan untuk Datin Hallen dan Dato Mokhtar . Nanti ada la yang dituduhnya .

' It's okay , you cakap je you balik rumah kawan you teman dia for one day ni.. Senang kan ? ' Cadang Narzeel . Kalau boleh dia pun mahu bawa Haura pulang untuk kenal dengan keluarganya .

' Tak cuba tak tahu Haura.. ' Sambung Narzeel lagi . Haura mengeluh perlahan . Akhirnya dia mengangguk setuju . Nara sudah tersenyum suka . ' Yeayy !! Sayang akak ! ' Haura juga turut tersuka dan teruja dengan sifat Nara . Sangatla jauh beza dengan sifat Narzeel yang beku .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now