Chapter 34

188 12 0
                                    

Haura Aatisya .

Haura duduk disamping kubur Puan Hayana . ' Ibu.. Terima kasih sebab lahirkan Haura . Terima kasih sanggup pertaruhkan nyawa ibu untuk lahirkan Haura '

' Haura dah tamat belajar . Haura bahagia sangat sangat , ayah cakap dia bangga dengan Haura . Kalau Ibu ada mesti lagi bahagia bila Haura boleh tengok senyuman ibu '

' Haura boleh peluk ibu sambil tunjuk ijazah yang Haura dapat . Terima kasih untuk semuanya ibu . Haura dah janji dengana ayah untuk terus kuat , macam tu juga Haura akan janji dengan ibu '

' Tunggu Haura menyusul ya ibu ' Air matanya jatuh bila mengungkapkan ayat itu .











MALAM itu dua keluarga berkumpul untuk makan malam bersama .  Termasukla Dato Malik , adik lelaki Dato Mokhtar

Dato Malik merupakan ayah kepada Nawal Alana , sepupu kepada Haura . Begitu juga isterinya Datin Husna ibu tiri kepada Nawal .

Harriz dan Harraz juga turut ada disitu .
Harraz dari tadi tak lari memandang Haura . Dia baru sahaja pulang dari London menamatkan pembelajarannya .

Rindu rasanya dia ingin melihat wajah cantik Haura Aatisya . Tak ada yang berubah pada Harraz , masih sama . Dia tetap berniat untuk jadikan Haura miliknya .

Harriz pula abang kepada Harraz . Sikap mereka berdua sangatla jauh beza . Harriz yang pendiam dan beku . Sama sahaja seperti Narzeel .

' Haura dah tamat belajar ni apa plan Haura ? ' Tanya Datin Husna kepada Haura .

' Tak ada plan apa apa , Haura ikut je apa yang papa tentukan ' Balas Haura . Dia kembali menunduk . Dia perasan Harraz dari tadi memandangnya .

Dia mula rasa tak selesa . Peristiwa kelam yang berlaku diantara dia dan Harraz dulu masih kekal diingatannya . Dia tahu Harraz masih sama , tetap berperangai syaitan yang bertopengkan manusia .

' Oh bagus la macam tu , nak juga dengar cakap papa . Kalau si Harraz ni tak boleh suruh apa semua nak melenting ' Sampuk Dato Malik pula .

Harraz hanya diam sambil menggaru belakang tengkuknya . Dia bukan saja saja melenting tapi dia langsung tak minat dalam bidang business .

' Dia seorang saja anak yang aku tinggal , Hani dah ada kerjaya sendiri dekat france . Sekarang Haura la pula jadi macam kakak dia ' Kata Dato Mokhtar .

' Apa plan abang untuk Haura ? ' Tanya Dato Malik . Dia memasukkan daging stik itu ke dalam mulutnya .

' Aku ingat nak dia kerja dengan Harriz , boleh ? Paklong dengar Harriz perlukan assistant ' Dato Mokhtar memandang Harriz yang diam dari tadi .

' Ya , Harriz memang tengah cari assistant . Harriz okay sahaja kalau Haura nak ' Balasnya . Dia sambung makan semula .

' Ha bagus la macam tu . Nanti Harriz tetapkan tarikh Haura bekerja ' Haura hanya diam . Dia terpaksa ikutkan sahaja kehendak papanya . Dia percaya itu la yang terbaik buatnya .

Tapi.. Macam mana dengan Narzeel ? Agak agak dia izinkan tak Haura ni kerja dengan Harriz ?

Haura dan Nawal berborak sesama sendiri di singki sambil mencuci pinggan . Kaya tak kaya , anak dara kena rajin jangan hadap orang gaji je .

' Akak jangan risau la , Haura takkan ambil abang Harriz akak tu.. ' Kata Haura sambil tersengih . Dia perasan akan wajah Nawal yang berubah bila Harriz bersetuju untuk dia bekerja .

' Eish apa Haura mengarut ni ' Nawal mengemam bibirnya sendiri . Malu pula , dia teroverreaction ke tadi ?

' Elelele , Haura tahu akak sukakan abang Harriz dah lama . Kalau tak , takkanla akak ikut je mana abang Harriz pergi ? ' Usik Haura lagi .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now