Chapter 73

270 16 0
                                    

HAIRI memasukkan semua baju - bajunya ke dalam bag . Dia langsung tak menghiraukan kata - kata adiknya Hairul .

' Kau nak pergi mana ? kau tahu kan mak tengah sakit , takkan kau nak tinggal dia macam tu je ? ' Soal Hairul , bengang . Dia cuba untuk menahan abangnya dari pergi .

' Kau kan anak kesayangan mak , jadi kau jaga la dia . Aku dah penat nak hidup dalam kongkongan dia . Sampai bila nak ikut telunjuk dia ? ' Balas Hairi dengan suara yang menengking .

Dia memandang tajam ke arah adiknya . ' Sampai hati kau kan ? Kata - kata mak langsung kau tak nak dengar , kau lebih pentingkan anak kau yang tak guna tu dari mak '

' Kau jangan sebut anak aku macam tu ! Disebabkan mak la aku tinggal anak aku , disebabkan mak anak aku tak dapat kenal ayah kandung dia . Aku lebih pilihkan mak dulu berbanding isteri dengan anak aku '

' Telunjuk mak yang mana lagi aku tak ikut ? Buat kerja haram ni ? Dari awal lagi aku dah cakap aku tak nak masuk campur . Aku ada kehidupan aku sendiri , tolongla jangan halang aku lagi '

' Aku sanggup hilang isteri aku semata - mata sebab mak.. Kali ni biar la aku hidup dengan cara aku '

Zip bag ditutup dan dia menarik bag itu keluar dari bilik . Hairul merengus geram . Dia menendang katil dengan sekuat hati .

' Hairi ! Jadi sekarang kau nak tinggal mak dan kembali pada anak kau ? '

' Ya '

Hairul senyum senget dengan kepala digeleng sedikit .

' Fine.. Aku tak halang kau pergi . Tapi apa - apa jadi pada mak , aku tak akan maafkan kau ! Aku akan balas atas setiap apa yang kau buat pada mak ingat tu '

Hairi langsung tak endahkan kata - kata adiknya , malah dia pergi begitu sahaja . Dia langsung tak mahu ambil tahu lagi tentang Puan Asmah mahupun adiknya selepas ini .

Dia mahu tebus dosanya yang dulu kerana tinggalkan isteri da anaknya begitu sahaja . Dia sudah cukup tersiksa dan hancur hanya kerana ingin mengikut cakap Puan Asmah .

Kali ini dia mahu atur kehidupannya sendiri . Bukan dia tak sayang pada Puan Asmah , tapi dia tak rela melihat perbuatan keji emaknya .

Sudah berkali dia menegur tetapi Puan Asmah tetap tak peduli , hinggakan sakit begini pun dia masih mahu teruskan kerja kotornya . Jadi apa gunanya lagi dia berada disini ?

Hairul toleh kebelakang apabila namanya diseru . Dia memandang wajah lelaki yang berdiri dihadapannya .

' Kenapa Bon ? ' Soalnya risau .

' Puan Asm-- ' Tak sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya , Hairul terus menolak tubuh lelaki itu ketepi dan melintasi lelaki itu .

Langkah diatur kebilik yang menempatkan Puan Asmah . Masuk sahaja kebilik , dirinya terasa lemah melihat keadaan Puan Asmah yang semakin nazak .

' M-mak.. ' Hairul terus melutut dia tepi katil . Tangan Puan Asmah diraih dan digenggam kuat .

' H-hai.. ri.. ' Ujar Puan Asmah dengan nafas yang sedikit sesak . Matanya juga sedikit terbeliak dengan dada yang naik turun .

' Ini Hairul mak.. Abang dah pergi tinggalkan mak.. Ni Hairul , anak kedua mak.. bukan Hairi '

Kepala Puan Asmah diusap dengan air mata yang mengalir . ' H-hairi.. ' Nama yang sama disebutnya . Tangan Hairul digenggam kuat .

Hairul tak mampu berkata apa melainkan menangis . Disaat begini pun emaknya masih memikirkan tentang abangnya . Walhal dia yang ada disisi emaknya ketika sakit .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now