chapter 6

271 17 0
                                    

Haura termenung sendiri dengan air mata yang mengalir . Kadang dia tertanya , kenapa Tuhan mengujinya sebegitu berat ? Mengapa dunia terlalu kejam ?

' Haura.. ' Pantas Haura mengesat air matanya . Dia tersenyum tipis ke arah Hani . ' Akak minta maaf bagi pihak papa . Jangan fikir sangat apa yang papa cakap itu semua sebab emosi dia sendiri . Papa sayang Haura.. '

Pedih.. Pedih untuk dia percaya ayat itu . Dia seolah merasa bahawa itu sangat mustahil . Mustahil untuk Dato Mokhtar sayangnya seperti dulu .
' He hate me.. ' Lirih Haura . Dia menahan sebak yang datang di dada .

' Semua salah Haura . Kalau tak disebabkan Haura semua ni tak jadi , kalau Haura just stay dekat asrama semua ni takkan jadi ! ' Haura berkata dengan perasaan yang amat benci pada dirinya sendiri .

2 tahun . 2 tahun peristiwa kelam itu mengaburi dirinya . Membuatkan dia merasa semakin dibenci oleh papanya sendiri . ' No its not . Itu takdir Haura , akak Hawa meninggal bukan sebab Haura . Itu pilihan dia sendiri , bukan salah Haura '

Hani memegang kedua bahu adiknya . Jujur dia juga rasa kehilangan kakak sulungnya . Tapi sekalipun dia tak pernah menyalahkan Haura .

' Dia.. Dia pergi pun sebab Haura kak.. ' Tanpa menunggu lama , Hani terus memeluk adiknya . Mengusap belakang Haura untuk menenangkan adiknya itu .

' Dia pergi pun sebab itu ajal dia . Bukan salah adik . Akak Hawa pergipun bukan sebab Haura . Haura tak salah , dengar cakap akak ' Tegas suara Hani seolah menahan dirinya untuk menangis .

Dia.. Dia yang begitu baik dan tulus mencintai seseorang . Namun pemergian dia meninggalkan seribu luka buat seorang Haura Aatisya .

Hani dan Haura berjalan masuk ke dalam mall yang serba mewah . Akhirnya dapat juga Hani memujuk adiknya dan membawa Haura keluar .

' Haura nak beli apa , ambil je . Akak belanja Haura kalini jangan segan ok ? ' Haura hanya mengangguk . Syukur Tuhan mengujinya dengan dugaan yang cukup berat . Namun Tuhan itu adil kerana menghadiahkannya tulang belakang yang kuat .

Hani memang seorang kakak yang baik . Penyayang.. Dia sikit pun tak pernah berbangga diri apabila dipuji ramai orang . Padanya itu hanyala dunia semata mata . Cumanya Haura sedikit tidak berkenan dengan pakaian kakaknya yang sangatla terdedah .

Tapi dia tak mahu menghukum . Setiap manusia boleh berubah . Lagi pula Hani juga seorang yang sangat gemar tentang ilmu agama . Cumanya dia terhalang dengan kerjayanya sendiri . Kerjaya yang tak diinginkan..

' Haura tunggu dekat sini kejap , akak nak pergi toilet ' Haura hanya mengangguk . Sementara menunggu kakaknya pergi ke tandas dia singgah sebentar di Tealive yang ada di mall itu .

Haura memesan air yang dia mahu . Dia duduk di salah satu kerusi yang ada di situ sementara menunggu pesanan airnya .

' Pesanan atas nama Aatisya.. ' Haura terus bangun dari duduknya . Dia membuka bag nya untuk mengambil duit . ' Err kejap eh , saya cari dompet kejap ' Kata Haura . Pekerja Tealive itu hanya mengangguk .

Merata Haura mencari duit di dalam bag nya , tapi hampeh.. Langsung tak jumpa . Hatinya sudah mula gugup . Matanya melilau mencari kelibat kakaknya . ' Nah.. '

Haura memandang ke kanan . Dia memandang lelaki itu dari bawah sehingga la ke atas . ' Ehh fiq.. Ya Allah macam mana kau boleh ada dekat sini ? ' Terkejut Haura dengan ketibaan Afiq yang sangatla tiba tiba .

' Aku saja je datang lepak sini sorang sorang , taktahu pula kau ada.. ' Bohong Afiq . Sebenarnya dari tadi lagi dia mengekori Haura . Taktahu apa yang menghasutnya untuk buat begitu .

' Err Adik.. ni bakinya.. ' Kata pekerja Tealive itu menyentakkan percakapan mereka berdua . Afiq hanya mengangguk dan mengambil resit dan card creditnya semula .

' Thankyou la fiq... Kalau kau takda tadi taktahu la apa jadi ' Mereka berjalan keluar dari kawasan Tealive itu . ' Takda apa la , kau tuu lain kali behave sikit . Nasib aku ada , kalau takda ? Silap silap kau dah jadi pekerja dekat sini nanti '

Haura ketawa kecil . Afiq memandang ke arah cup air Haura . Keningnya bertaut . Pelik , kenapa Haura meletakkan nama Aatisya.. ' Haura.. Kenapa kau letak nama last kau ? ' Haura terdiam sejenak .

' Saja.. Aku lagi suka nama tu dari nama Haura ' Bohong Haura . Aatisya , nama itu sangat istimewa buat seseorang . ' ohh kalau macamtu , aku pun nak panggil Aatisya la ' Gedik pula si Afiq ni kan ? Haih.. Tolong sesiapa panggil Nuryn jap .

' Takyah la sampai macamtu , panggil je Haura ' Halang Haura . Sebenarnya dia sendiri tidak kuat mendengar nama Aatisya . Nama itu seolah membuatkan dia terngiangkan satu suara . ' Kau tahu tak apa yang aku suka ? '

Tanya Afiq tiba tiba . Haura hanya mengangkatkan keningnya bagi menjawab pertanyaan Afiq . ' Aku suka apa yang kau suka.. Jadi aku tetap nak panggil kau Aatisya ' Balas Afiq . Haura tersenyum nipis .

Jujur kadang dia juga dibuai dengan mulut manis Afiq . Ya , Afiq sangat baik padanya . Tapi dia tak boleh menipu perasaannya bahawa hati Haura Aatisya hanya untuk dia.. ' Haih kau ni degil en fiq... Takyah.. Aku lagi suka kau panggil aku Haura ' Kata Haura .

Setelah berapa minit berborak baru Haura teringat tentang kakaknya . ' Weh Fiq.. Aku kena gerak ni , kakak aku , nanti dia cari aku pula . Thanks sebab belanja aku . Bye '

Haura terus meninggalkan Afiq yang masih terkebil kebil disitu . Afiq hanya tersenyum tipis . Ya , dia sukakan Haura . Dia cintakan Haura sejak sekolah rendah lagi . Namun dia sendiri taktahu kenapa begitu susah untuk luluhkan hati seorang Haura Aatisya .

Tentang Nuryn.. Dia terpaksa untuk membalas perasaan wanita itu . Kerana dia fikir , mungkin selepas dia menerima Nuryn.. Tak ada sesiapa lagi akan menganggu Haura . Dia tahu pembulian terhadap Haura selama ini angkara siapa .

Dia juga marah terhadap Nuryn , tapi dia takut keadaan menjadi makin teruk kalau dia memberontak terhadap Nuryn . Mungkin Haura akan dapat lebih teruk dari apa yang Nuryn buat padanya selama ini .

' Akak.. ' Tercungap nafas Haura mencari kelibat kakaknya . Namun kakaknya santai sahaja memakan cake red velvet di secrete resepi . ' Ya Allah Haura ! Haura pergi mana ? Puas akak cari ' Syukur tak terkata Hani bila sudah melihat adiknya .

' Haura pergi beli air tadi.. Lepastu terjumpa dengan kawan , terlupa pula Haura datang dengan akak.. ' Haura tersengih kecil . Hani menggelengkan sahaja kepalanya . ' Macam macam la Haura ni.. Dah duduk dulu makan baru kita shopping ' Haura hanya mengangguk .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now