Chapter 7

241 15 0
                                    

Wan Narzeel

Narzeel duduk termenung sendiri di tepi kolam . Dia taktahu apa yang menganggu fikirannya yang membuatkan dia termenung sebegini . Ralit dia memandang air kolam yang tenang itu , tiba tiba bahunya ditepuk seseorang .

' Eh umi.. ' Narzeel membetulkan duduknya . Puan Adila mengambil tempat disebelah anak terunanya itu . ' Along fikir apa ? ' Tanya Puan Adila . Dari tadi dia perasan yang anaknya ini asyik termenung sahaja .

' Tak ada apa la umi.. Penat sikit , nak sesuaikan diri dekat sini . Nak catch up balik pelajaran semua.. ' Balas Narzeel . Dia sendiri tidak pasti dengan jawapannya betul atau tidak . ' Oh.. Biasala tu Long , sekolah baru kan . Tapi betul ke itu aje yang Along fikirkan ? '

Tanya Puan Adila untuk lagi . ' Along teringat dia la Umi.. ' Akhirya , dia berani mengungkapkan ayat itu . 3 tahun dia memendam untuk tidak berbicarakan tentang hal itu . Pada akhirnya dia tetap gagal . ' Yang lepas tu , biarkan aje lepas.. Jangan diungkit lagi . Kita yang masih hidup ni kena juga teruskan hidup.. Umi percaya pasti ada hikmah disebalik semua ni '

Puan Adila mengusap belakang anaknya . Dia tahu tak mudah untuk anaknya lupakan semua ini . Apa pun dia akan tetap berada disisi anaknya . ' Along ada dengar pasal Maisarah ? '

' Takda pula , lama dah Along tak contact dia ' Balas Narzeel . Maisarah adalah sepupunya yang paling rapat dari kecil . Puan Adila hanya mengangguk .

' Umiiii !!! tengok angah ni ! ' Serentak Puan Adila dan Narzeel toleh ke atas . ' Apa lagi kamu ni Nara ? ' Tanya Puan Adila dengan gelengan kecil . ' Umi tengokla angah niii dia kacau Nara ! Rampas rampas phone orang.. ' Cemberut sahaja muka gadis itu mengadu .

' Naikla umi , settlekan dua beruk tuuu ' Narzeel ketawa dihujung ayatnya . ' Wan Narzeef Aaqil ! Elok kamu bagi sebelum umi naik atas.. ' Diam , tiada balasan . Tanpa aba aba terus Puan Adila masuk ke dalam rumah . Bersediala sesungguhnya perang akan bermula .

Setelah kelibat uminya hilang.. Dia kembali termenung.. ' Aku rindu kau.. ' Itu ayat yang diungkapnya sebelum matanya terkatup rapat menahan air mata . " I love you yeobo ! " ...Suara itu masih terdengat di gegendang telinganya .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now