Chapter 47

215 14 0
                                    

Esok pagi Narzeel membawa Haura ke hospital untuk membuat pemerisaan tentang kandungan isterinya .

Haura bangun dari katil selepas doctor itu membuat pemeriksaan kandungannya . Dia menurunkan semula bajunya . Narzeel membantu isterinya untuk turun dari katil itu .

Kemudian di papah isterinya untuk duduk kerusi . Haura tergelak dengan perangai overprotective Narzeel . Tak membuncit lagi perut ni dia dah risau semacam..

Haura duduk dikerusi berhadapan dengan doctor syakila yang merawat Haura . Narzeel pula duduk disebelahnya .

' So how's my wife ? ' Tanya Narzeel .

Doctor itu mengangguk kecil sebelum berkata ' Kandungan isteri Encik sihat . Baru 4 minggu . Tapi awal kandungan ni kena jaga jaga juga . Jangan buat kerja berat berat atau stress ' Pesan Doctor Syakilla .

Narzeel dan Haura hanya mengangguk . Nak tanya tentang jantina baby masih awal rasanya..

NARZEEL di dalam kereta itu senyum tak henti . Tak sangka pula rasanya dia dah nak jadi ayah . Teruja tak terkata hatinya..

Haura pula turut bahagia melihat suaminya . ' Kita pergi rumah umi.. I nak bagitahu dia ' Kata Haura lalu memegang tangan Narzeel .

' Kerja you macan mana ? ' Tanya Narzeel . Nanti cuti kerap kerap habis disyak bukan bukan oleh Dato Mokhtar .

' I bagitahu Harriz kereta Adeen rosak , so i masuk lambat '

' Oh.. Pandai menipu ya ? '

Haura gelak tak bersalah . ' Tipu sunat.. ' Narzeel turut tergelak .

Masing masing dihurung rasa bahagia dengan cahaya mata yang membesar di rahim Haura .

Buat masa sekarang Narzeel tak mahu Haura terlalu banyak fikir . Tentang mereka , pandai pandai la dia fikir nanti . Dia tak mahu hal ini memudaratkan kandungan Haura .

Sampai dirumah Puan Adila mereka masuk ke dalam rumah agam itu . Puan Adila sangatla teruja melihat menantunya turut ada sekali .

Sudah lama mereka tidak berjumpa .
Narzeel dan Haura duduk di sofa depan tv . Puan Adila menuangkan air yang dibuatnya tadi di dalam cawan .

Nara juga turut ada disitu . Narzeef sahaja tidak ada . Selepas dia dan abangnya bertengkar hari itu , mereka jarang bersemuka .

Kalau Narzeel ada , Narzeef tak ada . Kalau Narzeef ada Narzeel tak ada .

Narzeel pun malas mahu ambil tahu dan ingatkan lagi kejadian haritu . Dia biarkan fikiran adiknya itu tenang dahulu .

Nara pelik , dari tadi abang dan kaka iparnya asyik tersengih sengih .

' Korang kenapa ? Sengih sengih.. ' Akhirnya Nara bersuara . Narzeel dan Haura memandang antara satu sama lain .

' Umi.. Lepasni umi dah tak sunyi dahla ' Kata Narzeel . Puan Adila mengerut dahi . Masalahnya bila masa dia kata dia sunyi ?

' Apa maksud kamu ni Along ? Umi tak faham ' Berkerut wajah tua itu memandang anak dan menantunya . Haura disebelah Narzeel hanya menunduk .

Narzeel sudah tergelak melihat Haura yang menunduk itu . Malu la tu...

' Tak lama lagi umi dah nak dapat cucu , jadi tak ada la umi sunyi sebab boleh main dengan cucu '

Puan Adila menekup mulut . Nara juga begitu . Kedua duanya sangat terkejut dengan apa yang diberitahu Narzeel .

' Ya Allah Haura.. Alhamdulillah , tahniah ! ' Hampir terjerit Puan Adila kerana begitu seronok .

Nara pula sudah bertukar tempat duduk , dia duduk disebelah Haura .
' Tahniah akak !! Kan Nara dah kata , lepas akak habis belajar mesti Nara dapat anak buah.. '

' Lepas ni Haura kena lebih hati hati la ya , dah mula kerja kan ? Ha jangan buat kerja berat berat ' Pesan Puan Adila . Haura hanya mengangguk .

Narzeel pula hanya tersenyum disebelah Haura . Suka dia apabila meihat wajah bahagia Haura . Mungkin ini la yang diimpikan isterinya selama ini . Ingin bahagia disamping orang yang dia sayang..

Haura memandang Nara . Nara pula perasan yang kakak iparnya ni asyik memandangnya sahaja . Mengidam nak makan dia ke ?

' Akak ada apa apa nak tanya Nara ke ? ' Tanya Nara .

Haura perlahan medekat kepada Nara yang memberi makan kepada ikan koi itu .

' Nara , boleh tak akak nak tanya.. Siapa Haura Medyna ? '

Soalan Haura membuatkan Nara terkaku .

' Jujur dengan akak please Nara.. ' Haura meraih tangan Nara yang masih memandangnya . Dia tahu , pasti ada sesuatu di antara Narzeel dengan Haura Medyna dan Nara pasti tahu .

Nara menutup balang makanan ikan itu . Dia menarik Haura untuk duduk di meja . Dia panang dulu sekeliling sebelum membuka bicara .

' Akak betul nak tahu ? '

Haura mengangguk laju .

' Haura Medyna tu.. arwah kekasih along

Haura menekup mulut .

' Dulu masa sebelum keluarga kami pindah disini , kami menetap dekat pahang . Tapi selepas kejadian yang along sendiri tak boleh terima , umi buat pilihan untuk pindah '

' Haura Medyna atau akak Ara . Dia baik , lembut dan manis sangat bila dia bercakap . Sama macam akak . ' Nara tersenyum seketika , apabila dia memandang wajah Haura automatik dia teringatkam arwah . Wajah mereka sangatla sama .

' Akak Ara meninggal sebab kena dera dengan ayah dia . Kisah hidup akak dengan Kak Ara hampir sama . Dua dua hilang kasih sayang ayah '

' Tapi Kak Ara lebih teruk , hari hari kena pukul . Along la yang selamatkan dia . Tapi sekejap je , sebab ayah kak Ara buat report polis , jadi kami terpaksa lepaskan '

' Lepas berapa hari , along dapat tahu yang Kak Ara dah tak ada . Dia meninggal pada hari lahir along . Bila polis siasat baru la ayah dia mengaku yang dia dera Kak Ara sampai meninggal '

Tak berkelip mata Haura mendengar apa yang diceritakan oleh Nara .

' Tapi akak jangan risau , itu masa lalu along . Masa depan along ialah akak.. Dengan baby ni ' Nara menyentuh perut Haura yang masih kempis itu .

Haura tersenyum nipis . Dia juga terfikir , masih pentingkah wanita bernama Haura Medyna dalam hidup Narzeel ?

Dia menunduk memandang perutnya . Dia harap Narzeel sudah melupakan gadis itu . Dia perasan wajah dia dan Haura Medyna hampir sama , nama mereka juga sama .

Dia tak mahu apabila Narzeel melihatnya , yang dia nampak adalah Haura Medyna bukan Haura Aatisya .


The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now