chapter 44

185 12 0
                                    

Di dalam kereta Haura diam . Tenang pula rasanya bila hal diantara dia dan Afiq telah pun selesai .

' Sweetheart... Dah petang ni , kita balik terus la ya ? ' Narzeel memegang tangan Haura yang dari tadi asyik diam sahaja .

' Kerja you macam mana ? ' Tanya Haura pula . Seharian Narzeel tak masuk pejabat hari ni . Tapi , nak risau apa ? Dia kan boss ?

' Isaac ada , dia akan settle kan . Lagipun i miss you alot , so ada peluang ni i nak manja manja dengan you ' Pipi tembam Haura di picitnya .

Ya Allah makin geram dia dengan pipi tu . Makin hari makin tembam , tembam je takpe ni package merah sekali . Buat dia tak tahan nak gomol lahai .

' Ok la , kalau macam tu i bagitahu mommy i tumpang rumah Adeen ' Narzeel hanya mengangguk .

' Ok dah ! Um you , i nak tanya hal you dengan Maisara macam mana ? ' Tanya Haura tiba tiba . Lama juga dia tak dengar Narzeel sebut tentang Maisara .

' Entah , malas la nak ambil tahu . Sejak dia hampir kena langgar haritu diam je . Office pun lama dah tak datang , tapi bagus juga . Rimas nak melayan dia ' Rungut Narzeel . Siapa sahaja betah nak melayan sikap terlebih mengada tu ?

' Tak baik la you ni . Habis tu nanti , macam mana you explain dekat family dia ? '

Narzeel diam . Dia tak fikir lagi tentang itu . Yang dia tahu , dia mahu luangkan masa dengan Haura . Rindu !

Haura mengerut dahi bila melihat Narzeel parkir di hadapan satu bangunan . ' Kita kat mana ? ' Tanya Haura pelik sambil membongkokkan badannya .

' Rumah i . Jum ' Enjin kereta dimatikan . Dia keluar dari kereta . Haura masih lagi terkebil .

Bila dia keluar dari kereta terus tangannya digenggam Narzeel . Haura hanya mengikut langkah suaminya itu .

Di dalam lift , Haura hanya memandang tangan kecilnya di dalam genggaman Narzeel . Comel je tangan dia , dengan tangan Narzeel yang berurat itu . Geram pula nengoknya .

Narzeel hanya sembunyi ketawa bila Haura memainkan urat di tangannya . Comel pula rasanya bini dia ni . Selalu malu malu je .

Bila pintu lift terbuka , penthousenya dituju . Pintu dibuka dan Narzeel mengajak Haura untuk masuk ke dalam .

Melopong mulut Haura melihat rumah itu . Kemas , cantik , teratur dan nampak mewah . Memang la nama pun penthouse .

' Seriously Narzeel.. You tinggal sorang dekat rumah besar macam ni ? Tak sunyi ke ? ' Tanya Haura . Dia meletakkan bag nya di atas sofa .

Narzeel pula membuka kot dan baju kemejanya . Dia hanya memakai seluar panjang dan t-shirt putih .

' Sunyi la juga , sebab tu kadang kadang i balik rumah umi ' Balas Narzeel . Dia membuka tirai slide door nya . Terpampangla pemandangan di balkoni itu .

' Oh.. Kalau you tinggal sini breakfast nacam mana ? And baju baju you siapan sediakan ? '

' Kadang Nyna yang siapkan breakfast dekat office . Baju pula orang yang datang ambil dan cuci siap iron sekali . I tinggal pilih jela bila nak pakai ' Haura terangguk angguk mendengar apa yang dikatakan Narzeel .

' Jelousnya.. Nanti kalau i dah boleh jadi isteri you sepenuh masa , you tak boleh buat macam tu lagi tahu ! ' Kata Haura seolah amaran .

' Jelous kenapa ? ' Tanya Narzeel pelik . ' Jelous la orang cucikan baju you semua , kalau boleh sehelai rambut you pun i taknak orang sentuh ' Muncung Haura berkata .

' Comel la you ni.. dah pergi la tukar baju tu . Pakai je baju t-shirt i yang mana mana you nak.. ' Haura hanya mengangguk . Bilik Narzeel dituju .

Di dalam bilik dia menghembus nafas pelan . Macam mana dia nak bagitahu Narzeel tentang kehamilannya ? Macam mana kalau Narzeel marah ?

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now