Chapter 76

339 18 1
                                    

Haura duduk lesu ditepi kubur itu . Dari tadi matanya tak lepas memandang kubur yang masih merah itu .

Air matanya tak henti - henti jatuh . Sekarang separuh nyawanya telah terkubur bersama Narzeel .

Lelaki itu kembali meninggalkannya sendiri . Dia hilang alasan untuk dia tersenyum .

Dia hilang kekuatannya .

Narzeel tak dapat diselamatkan kerana kehilangan darah yang banyak , dan tembakan itu tepat kena pada jantungnya .

Mendengar sahaja berita itu , Haura seolah hilang separuh nyawanya .

Dia baru sahaja ingin merasa bahagia bersama lelaki itu .

Setiap memori yang terlakar bersama Narzeel masih segar diingatannya . Lelaki itu telah banyak buat dia bahagia .

Segala rasa pahit dan manis lelaki itu tetap akan bersama dengannya . Namun kini.. Dia hilang penemannya , kekuatannya .

Semua hilang .

Dia memejam mata . Masih dia ingat ciuman terakhir dia kepada Narzeel saat tubuh itu dibaluti kain kafan . Wajah suaminya sangat tenang .

Dia masih ingat wajah yang ditatapnya tadi buat kali terakhir .

" I love you my precious wife , Haura Aatisya "

" Sayang tetap bidadari hubby sampai syurga "

" Hubby cintakan sayang sampai syurga "

Itu ayat terakhir Narzeel Aathif sebelum dia memejam mata buat selamanya .

' Haura.. Sudahla , jangan menangis lagi . Narzeel pasti tak suka tengok kamu menangis macam ni '

Bahu anaknya diusap . Hairi cuba untuk menenangkan anakya itu . Haura tak henti - henti menangis . Tapi dia tidak meracau lagi cuma air mata sahaja yang masih jatuh .

Dia kuat... Namun air mata jatuh kerana orang yang selalu mengesat air matanya itu telah tiada .

" Shhhh.. Jangan menangis lagi sayang.. I tak suka "

Itula ayat yang selalu menjadi penenang ketika dia menangis .

' Macam mana i nak teruskan hidup tanpa you Narzeel ? Macam mana i nak balik rumah kita dan i nampak segala memori kita ? '

' Memori itu masih kekal tapi you dah tak ada . Kenapa tinggalkan i seorang disini ? I tengah menangis sekarang , tapi kenapa i tak rasa hangat sentuhan jari you usap air mata i ? '

Batu nisan itu digenggam kuat dan menangis semahunya . Dia berharap agar Narzeel muncul disebelahnya dan mengusap air mata itu .

Namun semua itu mustahil..

' Naqeeb perlukan you.. I perlukan you.. Tapi you dah pergi dulu . I tak kuat.. '

' Haura.. Enough . Narzeel tak suka you menangis macam ni . Mari kita balik , nanti kita datang lagi ' Ajak Maisara yang cuba untuk memujuk sepupu iparnya itu .

Puan Adila memapah tubuh Haura untuk berjalan . Haura disahkan mengandung 3 minggu selepas kejadian buruk di dewan hotel itu .

Dia membawa benih Narzeel yang tumbuh dirahimnya . Sekali lagi dia akan melahirkan anak ini tanpa Narzeel disisinya .

' Haura kuat.. ' Bisik Puan Adila yang memapahnya itu . Dia juga turut bersedih atas pemergian anak sulungnya .

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)
Kematian memang tidak mengenal usia .

" Selamat Jalan , Wan Narzeel Aathif "





Hehe chapter ni pendek sikit <3

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now