Chapter 48

202 13 0
                                    

Datin Hallen masuk ke dalam bilik Haura . Dia memandang sekeliling bilik itu . Cantik , kemas . Kadang - kadang dia memang suka masuk bilik anaknya ini , bilik ini seolah menenangkan .

Baju - baju Haura yang dilipat diletakkan di atas katil . Semenjak Haura mula berkerja sekarang , kebanyakkan kerja rumah Datin Hallen la yang siapkan .

Orang gaji ? Datin Hallen langsung tak galakkan ada orang gaji dalam rumah ini . Dia lebih suka buat semuanya sendiri . Hasilnya , dia mempunyai anak - anak yang juga turut pandai buat kerja rumah .

Kerana dulu anak anaknya itu rajin ikut dia kemana sahaja . Jadi bila sudah terbiasa melihat , mesti pandai buat . Anak dara jangan malas ya..

Datin Hallen menutup lampu night stand disebelah katil Haura ditutup . Mesti budak ni kalut sangat tadi sampai lupa tutup lampu .

' Aduh.. ' Datin Hallen menunduk ke bawah bila kakinya terpijak sesuatu .

Dia mengambil benda yang dipijaknya tadi . Berkerut dahi Datin Hallen apabila melihat alat ujian kehamilan itu . Dua line..

Dia terduduk di atas katil sambil menekup mulut . Alat ini.. Milik Haura ? Dia juga perasan , kebelakangan ini Haura banyak teringin macam macam . Kadang kadang muntah tak menentu , kerap sakit pinggang .

Haura mengandung ?

Haura membuka kasut nya . Pintu rumah dibuka . Terkejut dia dibuatnya bila melihat satu bag besar yang ada dihadapannya .

' Papa.. Mommy.. Bag siapa ni ? ' Tanya Haura . Dato Mokhtar duduk tegak di atas kerusi dan Datin Hallen pula langsung tak memandangnya . Masing masing muka tegang .

Dato Mokhtar bangun . Dia berjalan ke arah Haura yang masih berdiri disebelah bag itu .

Pap !

Tamparan diberi buat Haura . Haura terkedu . Pipinya yang pedih dipegang

' Dasar anak tak kenang diuntung ! ' Jerkah Dato Mokhtar dihadapan muka Haura . Terhinjut bahu itu akibat jerkahan Dato Mokhtar .

' P-pa.. Apa yang Haura buat ? ' Tanya Haura dengan air mata yang sudah jatuh . Pipinya masih lagi dipegang .

Dato Mokhtar melemparkan alat ujian kehamilan itu dihadapan Haura .

' Ni apa ?! Kau mengandungkan anak siapa Haura ! ' Haura sudah mula terdiam melihat alat ujian kehamilan yang berada di lantai .

' H-haura.. Haura boleh jelaskan pa.. ' Haura cuba meraih tangan Dato Mokhtar , tapi tangan tua itu menepis kasar .

' Kau jangan sentuh aku ! Aku jijik dengan kau Haura . Aku tak sangka perangai kau seteruk ni , tak cukup ke didikan kami pada kau selama ni ?! '

Jatuh air mata Dato Mokhtar . Dia kecewa , hampa.. Sedih .

Haura sudah menunduk takut , air mata juga masih lagi mengalir . Lagi lagi bila melihat wajah papanya yang cukup jelas dengan kecewa .

' Aku tahu aku banyak salah pada kau Haura . Aku tak bagi kasih sayang yang selayaknya kau dapat . Tapi sampai macamni kau balas pada aku ? '

' Tu ! Kau tengok wajah mommy kau tu ! Kalau kau tak kesiankan aku pun , kesiankan dia Haura . Dia jaga kau , tatang kau macam minyak yang penuh dari kecil '

Bibir tua itu bergetar dengan muka yang memerah akibat menangis . Jarinya ditunding ke arah Datin Hallen yang juga tersedu sedu menangis . Dia langsung tak memandang wajah Haura .

' Haura Aatisya.. Kau bukan la anak aku . Tapi aku sayang kau , tapi aku ada sebab kenapa aku tak tunjuk . Aku tahu aku gagal , tapi apa yang kuat buat ni seolah buat aku rasa aku tak layak jadi seorang ayah ! '

' Kalau ibu kau Hayana masih ada , dia kecewa dengan sikap kau ! Aku tak tunjuk yang selama ni aku sayang kau sebab aku tak nak kau benci ayah kau sendiri ! '

' Aku tahu ayah kau ada dekat sini , dia masih cari kau . Kau tak tahu betapa takutnya aku Haura , aku takut kau benci ayah kau sendiri . Sampai aku kena korbankan kasih sayang aku pada kau '

' Mungkin alasan aku tak cukup baik atau masuk akal . Tapi aku harap kau faham dengan apa yang aku cuba buat Haura . Tapi ini yang kau balas pada aku ?! '

Haura semakin kuat menangis . Hari ini dia benar benar melihat betapa kecewanya wajah Dato Mokhtar dan Datin Hallen terhadapnya .

Bukan hanya wajah yang kecewa , air mata juga turut jatuh . Air mata yang cukup jelas menandakan hampa dan kecewa .

Haura mendekati Datin Hallen . Dia melutut dihadapan mommynya itu .

' Mommy.. Mommy percayakan Haura kan ? Haura boleh jelaskan , bagi Haura peluang mommy ! '

Haura meronta bila tangannya diheret oleh Dato Mokhtar ke pintu depan . Tubuh Haura ditolak keluar dari rumah .

Badan Haura yang ditolak itu disambut seseorang . Nasib dia tidak jatuh ke lantai , kalau tidak mesti itu membahayakan kandungannya .

' Ya Allah Mokhtar ! Kau kenapa ? ' Tanya Hairi sambil menahan badan Haura dari jatuh ke lantai . Terkejut juga dia bila melihat anaknya diperlakukan sebegitu rupa .

' Bagusla kau ada , aku nak kau bawa anak kau ni jauh dari rumah aku . Mulai harini , Haura bukan anak aku lagi ! '

Haura makin menangis bila Dato Mokhtar berkata begitu . Dadanya naik dan turun dengan tangisan yang teresak - esak .

Datin Hallen datang dari arah belakang Dato Mokhtar .

' Mommy ! Dengar dulu Haura boleh jelaskan.. M-mommy.. '

Datin Hallen mendekat dengan Haura . Bag yang ditariknya tadi diletakkan di hadapan Haura .

' Pergi dan jangan kembali lagi '

Selepas berkata begitu Datin Hallen terus masuk ke dalam rumah begitu juga Dato Mokhtar .

Haura berlari untuk mendapatkan tubuh Datin Hallen tapi pintu sudah tertutup rapat .

' Mommy ! Papa pleaseee dengar penjelasan Haura ! Please.. Please '

Haura mengetuk pintu itu . Lama lama tubuhnya terasa lembik . Kepalanya pusing . Pandangannya juga kabur . Dan akhirnya dia tumbang..

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now