Chapter 31

205 11 0
                                    

Haura Aatisya

' Haura , kau okay tak ? Semalam aku dengar kau macam menjerit , kenapa ? ' Tanya Adeena . Haura yang tengah makan itu pun terhenti .

' Oh.. Nothing , aku just mimpi benda seram . Ala kau tahu kan aku penakut ' Adeena hanya mengangguk dengan jawapan Haura .

Sedang mereka menjamu makanan masing masing seorang lelaki datang menegur mereka . ' Hey , boleh aku join ? ' Tiga gadis itu mendongak .

' Ai sejak bila kau belajar beradab ni Fiq ? Selalu main duduk je ' Kata Adeena . Afiq tergelak kecil . Dia mengambil tempat duduk dihadapan Haura .

' Sikit nya kau makan Haura . Diet ke ? ' Tanya Afiq kepada Haura . ' Tak ada la , Aku tak lapar so makan sikit  je la buat alas perut ' Balas Haura .

' Mana boleh macam tu , nah.. Ambil udang ni ' Seekor udang besar diletakkan ke dalam pinggan Haura .
' Eh takpela Fiq , kau makan la . Lagi pun aku dah jemu sangat makan udang ni '

Kalau diikutkan perutnya yang teringin ini , memang nak sahaja dia ambil udang yang diberi Afiq tu . Tapi segan pula rasanya . Semua salah Adeena , kalau tak disebabkan kawannya seorang itu berebut udang dengannya tadi tak ada la dia hilang selera makan .

' Ha bagus la kalau macam tu . Fiq kalau kau nak tahu Haura ni hari hari aunty masakkan dia udang , jadi dia pun dah jemu sangat.. Takpe Haura kalau kau tak nak.. Meh sini kasi aku ' Udang itu diambil dan diletakkan di dalam pinggangnya .

Haura memandang tajam ke arah Adeena . ' Ya Allah Adeen.. Baik nya kau.. Untung aku ada kawan baik macam kau ni , terima kasih la ya makan kan udang tu untuk aku . Jasa kau tetap ku kenang.. ' Ucap Haura .

Meski dalam hatinya sedang panas membara dengan sikap Adeena sekarang tapi apakan daya , perlu la bersabar untuk berkawan dengan anak syurga .

Adeena tersenyum sinis . Puas hatinya dapat mengenakan Haura . Ini semua disebabkan hal yang berlaku semasa di kelas tadi . Kalau si Haura tidak menyebut namanya untuk jawab soalan di depan tidaknya dia berniat untuk berebut udang dengan Haura .

" Padan muka kau.. Nak jual mahal lagi , ambik ni " Ayat itu dikata di dalam hatinya . Udang itu selamba di kopek dan di makan di hadapan Haura dengan penuh nikmat .

' Uish sedap betul Haura udang ni.. Rugi betul kau tolak .Tapi takpe la orang kata rezeki tu tak salah alamat . Ye dok ? Terima kasih la Fiq sebab baik hati bagi udang ni ' Ucap Adeena selamba dengan menayang wajah bongkak pada Haura .

Hanya hanya senyum paksa . Kakinya diangkat untuk menendang kaki Adeena tapi lain pula jadinya .

' Oi mak kau berjoget ! ' Semua memandang ke arah Naula yang melatah itu . ' Kau kenapa Naula ? '

Tanya Adeena pelik . Tiba tiba sahaja melatah . ' Err tak ada apa aku tergigit lidah ' Bohong Naula . Kakinya digosok perlahan .

Manusia mana la sepak kaki dia ni . Haura pula buat tak tahu sahaja , macam mana dia boleh salah sepak ?

Afiq sudah menggeleng kepala dengan sikap tiga gadis itu . Matanya tak lari dari memandang Haura yang duduk dihadapannya .

Ya dia mengaku , dia masih cintakan Haura . Perasaan itu masih kekal dalam hatinya . Dia sendiri tak tahu apa yang membuatkan dia begitu tergila pada gadis itu .
"  Buka la hati kau untuk aku Haura . Bagi aku ruang dan peluang untuk aku buktikan aku cintakan kau " Ayat itu diucap di dalam hati

Memiliki Haura adalah satu hal yang mustahil baginya . Hati wanita itu terlalu keras . Siapa sahaja yang tidak terpikat dengan wajah anggun Haura Aatisya .

Ramai yang cuba mendekati gadis itu tapi kebanyakannya semua gagal . Jadi beruntung la siapa yang bertahta di hati Haura Aatisya .

Afiq Darren

Afiq yang sedang baring di atas katil itu disapa oleh rakan sebiliknya , Imran . Dari tadi si Imran perasan yang Afiq ini asyik termenung sahaja . Lepastu tiba tiba sahaja sengih .

' Kau kenapa Fiq ? Orite tak orite , sengih sorang sorang ' Afiq tergelak kecil . Dia bangun dan menyandar di katilnya .

' Takkan kau angau dekat Haura kut ? ' Usik Imran . ' Setiap masa aku angaukan dia Im ' Balas Afiq dengan senyum tak lekang di bibir .

Mendengar nama wanita itu sahaja sudah buat dia tak keruan apatah lagi melihat wanita itu . ' Kita dah semester akhir dah Fiq , sampai bila kau nak pendam perasaan kau tu ? '

Afiq diam sejenak . Dia sendiri tak tahu bila dia ingin ungkapkan perasaan ini .
' Entahla Im , aku takut . Aku takut kalau disebabkan perasaan ni aku hilang dia terus ' Balas Afiq .

Dia takut kehilangan Haura . Pada nya cukup la Haura menganggapnya sebagai kawan . Dia tak mengharapkan wanita itu membalas perasaannya . Dia takut jika dia mengungkapkan perasaan sukanya Haura akan menjauh .

' Tak cuba tak tahu Fiq . Lagipun kau cerita yang korang rapat dari sekolah rendah kan ? Tak mustahil Haura tu pun ada perasaan yang sama dekat kau ' Imran menepuk bahu kawannya itu .

' Macam ni la Fiq , selalunya perempuan yang akan cair dulu tahu . Katakanla , dia pun suka kau . Tapi dia tengok kau anggap dia kawan je , dia boleh tawar hati Fiq . Itu pun boleh buat kau hilang dia '

Imran cuba memberi nasihat dan keyakinan buat Afiq untuk luahkan perasaanya . Walaupun dia single , tapi dia pakar bab bab ini huhu .

' Tapi macam mana kalau dekat hati dia ada orang lain ? ' Soal Afiq . Dia juga kerap memikirkan tentang hal itu . Dia takut jika Haura sememangnya sudah menaruh hati kepada orang lain .

' Kau ada nampak ke dia rapat dengan mana mana lelaki ? Tak ada kan.. Haih kau ni jangan banyak fikir . Cuba la dulu mana tahu Allah tu boleh gerakan hati dia untuk suka kau juga '

Afiq merenung ke lantai . Ada betulnya juga apa yang dikatakan Imran .

" Setiap malam aku doakan kau untuk jadi jodoh aku Haura . Aku nak miliki kau dan sempurnakan hidup kau . Nama kau tak pernah sekali aku lupa untuk diselitkan dalam doa aku " Ayat itu diucap di dalam hati sahaja .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now