Chapter 22

224 13 0
                                    

Selesai makan , Haura menyuruh Puan Adila untuk berehat dan dia yang mengemas di meja makan . Memandangkan Narzeef sudah pun naik ke atas , dia memilih untuk membuka tudungnya .

Ralit Haura mencuci pinggan tiba tiba terasa ada bulu yang bermain di kakinya . Haura menunduk kebawah . Spontan Haura menjerit dan naik ke atas kerusi yang berhampiran disitu .

' Aduhh macam mana boleh ada kucing dalam rumah ni.. Huaaaaa ' Haura menguis kucing yang ingin mendekatinya itu . Ini la sifat Haura yang ramai tak tahu . Si penakut kucing !

Narzeel yang duduk di ruang tamu itu terus bergegas ke dapur ketika mendengar jeritan Haura . ' Sayang.. What's wrong ? ' Tanya Narzeel kalut . Gelisah juga dia apabila mendengar Haura menjerit sekuat itu tadi .

' Youuu tolonggg ada kucingggg ' Haura merengek meminta bantuan Narzeel . Narzeel yang berdiri dihujung dapur itu tergelak kecil . ' Seriously Haura ? You takut kucing ? AHAHAHAH ' Hampir senak perut Narzeel ketawa .

Gadis yang dulu dia kenal sebagai orang yang tegas dan ganas penakut kucing ? ' Narzeel it's not funny ! I takut ni pleaseee ' Hampir menitis air matanya akibat takut . Tapi si Narzeel ni pula boleh gelak sakan ?

' Yeye , kelakar la you ni ' Narzeel menggeleng kecil . Baru dia ingin menunduk mengambil kucing itu , sekali lagi Narzeef menganggu . ' Weh weh apahal ni ? Sampai atas dengar korang buat anak '

Haura terus terjun dari kerusi itu lalu bersorok dibelakang Narzeel kerana dia tidak bertudung . ' Woi tutup mata kau ! ' Kata Narzeel dengan nada yang sedikit tegas . ' La kenapa ? ' Tanya Narzeef dengan riak kosong .

' Tutup sebelum aku butakan terus mata kau ! ' Arah Narzeel sambil mengangkat buku lima ke arah Narzeel . Kalut kalut Narzeef menutup matanya . Laju sahaja Narzeel mengambil tudung milik Haura dan sarungkan ke atas kepala isterinya

' Sweetheart pergi naik atas , semua ni nanti i suruh Nara yang buat.. Go ' Haura hanya mengangguk . ' Zeef , kau jangan buka mata sampai aku kata buka . Faham ? ' Narzeef hanya mengangguk walaupun dia masih tak faham kenapa dia perlu tutup mata ?

Cepat cepat Haura melintas Narzeef dan berlari naik ke atas . ' Buka ' Dengar sahaja perkataan Narzeef terus mengalihkan tangannya dari menutup mata . ' Kau dah kenapa Long suruh aku tutup mata ? ' Tanya Narzeef .

' Kau lain kali boleh tak jangan menyampuk ? Dengar apa apa tu chill jangan gelabah biawak ! Ni kalau aku duduk dalam bilik pastu bini aku tengah bogel macam mana ? ' Soal Narzeel tak puas hati . Boleh naik api juga kepalanya dengan sikap Narzeef ni .

' Aaa rezeki la kut , kan ? ' Jawab Narzeef selambat . ' Atok kau rezeki , dah kau pergi kurung tiga ekor awek kau ni . Lepastu panggil Nara kemas ni ' Pesan Narzeel lalu dia kembali ke ruang tamu .

Jam menunjukkan pukul 10 malam . Narzeel naik ke atas . Pintu bilik dikuak perlahan . Dia memandang Haura yang masih bertelekung berdiri di depan balkoni .

Telephone yang menekap ditelinga Haura diambil lalu dibuka speaker . Haura agak terkejut dengan tindakan Narzeel . Narzeel hanya menyuruh Haura untuk diam dengan meletakkan jari telunjuk dibibirnya . Mereka berdua hanya mendengar bebelan Dato Mokhtar .

' Kau jangan buat rumah ni macam hotel , faham ? Suka hati nak balik suka hati taknak balik ! Kalau rasa dah taknak duduk sini , angkut aje semua barang kau dan takyah balik lagi ! ' Senafas Dato Mokhtar menyemburkan ayat itu buat Haura .

Haura hanya mampu menahan air matanya dari jatuh . Dato Mokhtar terus mematikan panggilan selepas menghembur ayat kesat itu .

Narzeel menarik Haura masuk ke dalam dakapannya . Belakang tubuh Haura diusap lembut untuk menyalur kekuatan buat isterinya .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now