Chapter 45

225 14 4
                                    

Malam itu , Haura menghidangkan makanan diatas meja . Mula mula ingat nak oder je , tapi bila buka peti ais rumah Narzeel ni macam macam ada . Macam pasar raya pun ada .

Semuanya cukup lengkap . Narzeel yang baru keluar dari bilik itu terus menuju ke meja makan bila membau haruman dari dapur .

Haura yang menyusun pinggan itu dipeluknya dari belakang . ' Allah.. Narzeel terkejut la ' Dia menampar manja tangan Narzeel yang memeluknya .

' Masak apa ni , sedap je bau ' Narzeel merehatkan dagunya di aras bahu Haura . Kadang dicium jinjang leher putih itu .

' I tak tahu you suka makan apa , jadi i masak apa yang kena dengan tekak i hehe . Dudukla ' Kerusi di tarik dan Narzeel pun duduk .

' You masak apa pun i makan la sweetheart... Thankyou ' Pipi Haura dicubit . Haura ketawa kecil . Dia pun turut duduk dihadapan Narzeel 

Nasi dicedok ke dalam pinggan Narzeel . Kemudian lauk ayam masak merah itu di letakkan juga di atas nasi .

' Oh ya i lupa.. You kata ada hal penting , dari pagi tadi i tunggu '

' Lepas makan la... I janji ' Haura mengangkat tangannya seolah bersumpah .

Narzeel mengangguk sahaja . Dia menolak pinggan nasi ke arah Haura .
' Suapkan.. ' Pinta Narzeel sambil tersngih menampakkan giginya .

Haura menggeleng kepala . Mengada betul suami dia ni . Haura mengambil nasi itu lalu digaul . Narzeel mengundurkan kerusinya .

' Sit here ' Narzeel mengarahkan Haura untuk duduk di atas ribanya . Haura hanya menurut . Dia duduk di atas riba Narzeel dan nasi yang ada ditangannya dihala ke mulut Narzeel .

Narzeel menahan belakang badan isterinya dan sebelah tangan lagi diletakkan di atas paha Haura .

' Sedap ? ' Tanya Haura . Narzeel mengangguk laju . ' You makan la juga ' Nasi yang ingin dihala kemulutnya tadi ditolak semula ke arah mulut Haura .

' Tak apa you makan la ' Haura menolak . Dia sebenarnya tak selera nak makan . Paksa nanti muntah pula .

' You nak i cium you ke atau you makan ? ' Narzeel bertanya dengan diselitkan satu usikan . Haura mengetap bibir .

' Suka mengugut ' Haura cemberut wajah . Digagahnya juga menelan nasi itu . Narzeel senyum puas bila Haura mengikut katanya .

' Tak baik tarik muka depan suami ' Pipi Haura dicubit . Memerah pipi itu bila dicubit Narzeel . ' Sakitla.. Nah buka mulut ' Narzeel mengikut .

Best pula kahwin ni , makan ada orang suap . Nanti nak mandi pun suruh isteri mandikan jela .

Selesai makan , Haura membasuh pinggan disinki . Narzeel yang baru selesai solat itu keluar dari bilik .

Dia mengatur langkah ke arah Haura . Pinggang ramping itu dipeluk dari belakang dan sebuah ciuman didaratkan di belakang telinga Haura .

' I basuh pinggan ni , jangan nak manja sekarang ' Terteleng sedikit kepala Haura bila Narzeel semakin ganas mencium lehernya .

' Ya basuh jela , i nak peluk you.. Rindu ' Narzeel merengek seperti bayi kecil . Pelukan di pinggang Haura diketatkan . Haura tergelak kecil . Macam mana la si Narzeel ni nak jadi bapak orang ?

Kalau diri sendiri pun manja lain macam . ' kenapa pipi you ni makin tembam eh ? Badan pun berisi sikit '

' Kenapa i nampak gemok ke ? ' Tanya Haura , pinggan yang dicucinya ditirapkan di atas rak pinggan .

' Tak pun.. I cakap you berisi je , makin best pula peluk ' Haura mengekek ketawa bila jambang Narzeel bergesel di lehernya .

' You geli la HAHAHAHA ' Makin suka Narzeel berbuat begitu . Haura menutup air . Dia pusing memandang Narzeel .

' Kenapa sweetheart ? ' Tanya Narzeel bila Haura tak berkelip memandangnya . Tanpa berkata apa dia terus mendaratkan ciuman dibibir Narzeel .

' You gonna be a father.. ' Bisik Haura perlahan . Tercengang Narzeel disitu . Seperti tak percaya apa yang dikata Haura .

' Y-you mean.. ' Narzeel bersuara gagap . Haura mengangguk , dia menarik tangan Narzeel dan diletakkan diperut .

' Allah... ' Dahi mereka bercantum dan puncak hidung mereka bertemu . Luluh hatinya mendengar apa yang dikata Haura . ' Thankyou.. Thankyou.. ' Dahi Haura berkucup berkali kali .

' T-tapi.. How about us ? Perut ni akan membesar nanti '

' You don't have to worry okay.. Kandungan you masih awal , masih sempat untuk i fikir apa nak buat ' Pipi Haura diciumnya pula .

Tak tahu kenapa tapi dia berasa sangat bahagia . Sebelum ni dia langsung tak fikirkan soal anak . Ya mungkin selama ini dia melihat Haura Aatisya sebagai Haura Medyna , tapi kehadiran anak itu seperti mengubah sesuatu di dalam hatinya .

" Ara.. I'm gonna be a dad " Bibir Haura terus diciumnya dan tubuh itu dicempung ke bilik .

The Memories ; His Haura | C |Where stories live. Discover now